30 September 2012

Syarikat Singapore kuasai bisnes di Malaysia?

Berapa banyak lagi premis perniagaan di Mid Valley ini dipunyai oleh Singaporean?
Semalam aku bawak family jalan-jalan di Mid Valley dan terpandang satu kedai membuat kunci di aras P1 pusat membeli belah femes di KL itu. Di situ tercatat "Dimiliki oleh:  XXXXXX (Singapore) Pte. Ltd.". Aku tertanya-tanya macam mana kedai buat kunci pun "import" dari seberang tambak. Kat Malaysia ni tak ada orang nak berniaga buat kunci ke?

Patutlah sebelum ini beberapa kawan dan sahabat aku duk bercerita begitu banyak para peniaga Singapore dengan bebas dan berleluasa membuka perniagaan mereka di sini. Malahan mereka juga memiliki atau menguruskan gedung-gedung perniagaan utama di ibu negara dan beberapa bandar besar di Malaysia.

Aku diberitahu kalau Suria KLCC diuruskan oleh Singapore dan begitu juga medan selera di Suria KLCC pun diurus dan dimiliki syarikat Singapore. Bahkan beberapa bangunan pencakar langit di sekitar KLCC pun dimiliki oleh orang Singapore. Dataran Pahlawan  yang menjadi kebanggaan rakyat Melaka pun khabarnya dimiliki dan diuruskan oleh orang Singapore.

Sebelum ini aku memang tak berapa nak percaya cakap-cakap orang tapi bila tengok kedai buat kunci pun orang Singapore punya, sudah pasti mereka juga boleh dan diberi peluang untuk menjalankan perniagaan yang lebih besar di Malaysia. Agak-agak berapa banyak kedai kat Mid Valley itu dimiliki peniaga Singapore? Di KLCC, di Alamanda, di Pavillion, di Berjaya Mall, di Lot 10 dan lain-lain gedung perniagaan. Aku tak tahu dan tiada siapa pun nak ambil tahu.

Aku bukan dengki atau apa, tapi kalau mereka dah kuasai gedung perniagaan di sini, kat mana lagi orang kita nak meniaga? Tak kanlah peniaga kita hanya layak berniaga di tepi jalan sedangkan gedung-gedung perniagaan pula untuk para peniaga asing - Singapore, Taiwan, China....

Agaknya sebab itulah kut ada pengurusan gedung perniagaan "menghalau" peniaga Melayu seperti yang terjadi ke atas Sherifah Salim ini kut?

Aku harap kementerian berkaitan dapat memantau keadaan ini dan pak-pak menteri yang bijak pandai perlu buat sesuatu bagi memastikan para peniaga tempatan diutamakan untuk menjalankan perniagaan. Jangan bersifat kera di hutan disusukan, anak kat rumah mati kelaparan!

Mail Sabri... tolong beri perhatian!

28 September 2012

Bajet 2013... Maaf aku tak rasai apa-apa!

PM ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Bila orang tanya aku macam mana dengan Bajet 2013 yang dibentang PM petang ini? Terus terang aku katakan aku "tak merasai apa-apa" daripada bajet berkenaan. Sungguh, tiada apa yang menarik bagi aku seorang kakitangan swasta, berpendapatan RM5,000 lebih sedikit, tiada pinjaman PTPTN, sudah berkeluarga dan sudah mempunyai rumah sederhana besar untuk diisi oleh kami anak-beranak.

Aku memang dari awal tidak mengharapkan apa-apa daripada Bajet 2013. BR1M aku tidak layak. Skim bantuan rumah pertama yang dinaikkan kepada mereka berpendapatan RM5,000 ke bawah aku tak layak. Bantuan rebat membeli handphone 3G aku tak tergolong belia. Baucer pembelian buku untuk mahasiswa pun tak dapat sebab belum ada anak masuk kolej.

Yang aku boleh nikmati cuma bantuan sekolah RM100 yang diberikan. Aku ada empat orang anak bersekolah, maka dapatlah RM400 tahun depan. Bila kerajaan beri insentif kepada pemilik bas sekolah pun, aku tidak jamin tambang van sekolah dengan Uncle Yeoh tahun depan kurang, sebab tahun depan 4 orang anak aku akan gunakan van yang sama. Kalau tahun ini dah cecah lebih RM300, tahun depan gerenti boleh sampai RM450. Oh tidakk...

Oh ya! Bonus satu setengah bulan gaji termasuk setengah bulan ketika sebelum raya dulu. Maaf... aku bekerja swasta dan isteri juga bukan kakitangan awam. Jadi aku tidak menikmati apa-apa pun.

Tapi itu tidak bermakna aku perlu menyalahkan kerajaan atau aku patut menyokong pembangkang pada PRU-13 akan datang supaya dapat kerajaan baru, PM baru! Maaf... walaupun aku tak dapat apa-apa daripada Bajet 2013, tapi sekurang-kurang lebih separuh daripada 28 juta rakyat Malaysia dapat manfaat daripadanya. Ramai yang bersorak riang.

Lagi pun adalah mustahil bagi mana-mana kerajaan pun untuk memenuhi kehendak setiap inci rakyat. Anwar? Lagilah... Cakap jeh degang-degang. Keperluan batin bini sendiri belum tentu dapat dipenuhi. Heee... Apa yang penting majoriti rakyat dapat manfaat daripada Bajet 2013 (dan bajet-bajet lain).

Apa pun yang pasti PRU-13 tidak akan diadakan tahun ini, dan yang pasti BAJET 2013 bermakna PILIHAN RAYA UMUM juga akan diadakan pada 2013! 

Bajet 2013.. bajet pilihan raya!!! (UPDATE!)

TERKINI:
Antara intipati Bajet 2013:

  • Diskaun 20% kpd mereka yang melunaskan hutang PTPN secara langsam dan 10% yang konsisten.
  • Pemberian bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam. Setengah bulan sudah dibayar sebelum raya Aidilfitri baru-baru ini, setengah bulan pada Disember dan terakhir pada Januari 2013.
  • Bantuan baucar buku kepada mahasiswa diteruskan dan ditambah dari RM200 kepada RM250. Berkat kemenangan besar proaspirasi pada PRK lalu?
  • Bantuan sekolah RM100  kepada pelajar sekolah rendah dan menengah diteruskan dan dibayar mulai Januari 2013
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia gelombang kedua akan diberikan dan diperluas kepada individu bujang. Akan dibayar pada awal 2013
  • Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan
  • Rebat RM200 bagi setiap pembelian telefon bimbit 3G khusus untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun
  • Geran pelancaran RM10,000 kpd penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Swasta
  • RM1.2 bln untuk pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN
  • Tambahan RM1 bln kpd Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan Sekolah. RM400 juta utk sekolah kebangsaan, Masing-masing RM100 juta utk SJKC, SJKT, sekolah mubaligh, SAR bantuan kerajaan, sekolah berasrama penuh dan MRSM.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.
  • Pencen minimum dinaikkan kpd RM820 utk pesara kerajaann yg berkhidmat sekurang-kurangnya 25 thn, melibatkan 50,371 pesara
  • Peruntukan tambahan RM500juta bg meningkatkan kemahiran guru dlm pengajaran subjek teras
  • Memperuntuk RM38.7 bln kpd Kementerian Pelajaran ataupun 15% drpd seluruh peruntukan.

POS ASAL:
Sebentar lagi kira-kira sejam dari sekarang PM merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2013 dan semua maklum bahawa bajet kali ini adalah bajet pilihan raya. Ini kerana PRU-13 akan diadakan antara sekarang sehingga April 2013.

Jadi sebagai bajet pilihan raya, sudah pasti PM akan "memberi" apa sahaja yang diinginkan oleh hampir semua golongan rakyat. Dan antara perkara yang akan menjadi perhatian rakyat dalam pembentangan bajet itu nanti ialah:

1) Bonus kakitangan awam... Memang perkara ini menjadi tumpuan utama. Najib boleh umum apa sahaja pemberian untuk rakyat tapi kalau tak beri bonus, semua orang macam hampa. Jadi, apakah Najib akan umum pemberian bonus kali ini?

2) Bantuan Rakyat 1Malaysia gelombang kedua... Banyak sudah yang bercakap sebelum ini bahawa kerajaan akan memberikan BR1M kali kedua sebelum diadakan pilihan raya. Mungkin dalam bajet petang ini Najib akan mengumumkan mengenainya.

3) Cukai rokok... Para perokok seluruh negara duk tunggu-tunggu sama ada kerajaan naikkan lagi cukai rokok. Kalau naik bermakna harga rokok akan naik lagi... Perokok pasti mengeluh, yang sudah berhenti merokok menarik nafas lega!

4) Harga rumah... Isu harga rumah melambung tinggi menjadi keluhan rakyat terutama mereka yang berpendapatan sederhana (antara RM4,000 - RM6,000). Kalau mereka berpendapatan rendah dan mereka yang baru bekerja ada insentif pasal rumah, tapi golongan ini tersepit. Apakah ada insentif untuk kurangkan harga rumah?

5) Harga kereta... Pembangkang duk main isu harga kereta yang tinggi. Depa duk pukul canang nak turunkan harga kereta. Apakah Najib juga akan umum sesuatu mengenainya?

Jadi inilah antara tumpuan rakyat dalam bajet kali ini. Jadi sama-samalah kita tunggu pembentangan Bajet 2013 oleh Najib dari Dewan Rakyat kira-kira sejam dari sekarang.

TUNGGU ULASAN BAJET AKU SELEPAS INI!

26 September 2012

Jangan pandang belakang............ Neelofa

Dah penat harungi pilihan raya kampus, mehlah rehatkan fizikal dan mental dengan menatap wajah-wajah pelakon, pengacara tengah boom, Neelofa dari sudut pandang yang agak berbeza. (Oik Hans Isaac... Pls jangan kacau awek ni... Hee)






"Apa pandang-pandang...." ~ Neelofa

Sah! Demo Bersih punca kuota tambahan haji ditolak

Sah! Demo Bersih yang dianjurkan puak-puak pembangkang di Mekah dan Madinah menjadi punca kerajaan Arab Saudi menolak permohonan tambahan kuota haji dari Malaysia tahun ini.

Malaysia sebelum ini memohon tambahan kuota haji sebanyak 10,000 tempat lagi bagi umat Islam di negara ini bagi memenuhi keperluan mereka yang dalam senarai menunggu berbanding 28,000 yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini. Bagaimanapun permohonan itu ditolak.

Aku percaya inilah kali pertama permohonan tambahan kuota haji ditolak kerajaan Arab Saudi walaupun (khabarnya) telah mendapat campur tangan daripada Perdana Menteri. Dan tanda tanya kenapa Arab Saudi begitu bertegas terhadap Malaysia kali ini sudah terjawab.

Surat bantahan rasmi kerajaan Arab Saudi terhadap tindakan bodoh segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih di Mekah dan Madinah tersebar di bangunan Parlimen hari ini, sekali gus mengukuhkan bukti punca utama permohonan tambahan kuota haji dari Malaysia ditolak negara itu.

Klik untuk besarkan imej!
Dan orang yang paling seronok dengan keputusan kerajaan Arab Saudi itu sudah pastilah Ostat Nasarudin Hasan  yang sebelum ini awal-awal berkata kalau kerajaan Arab Saudi kurangkang kuota haji, kerajaan BN-lah yang patut bertanggungjawab dan bukannya para pendemo yang ditunjang puak-puak Pas itu.

Tak caya? Baca komen beliau kat Facebook ini...


Inilah perangai puak-puak depa! Lepas ni depa duk balun kerajaan sebab gagal pucuk kerajaan Arab Saudi tambah kuota haji sampai ramai ahli-ahli Pas tak boleh tunai haji. Walhal punca permohonan tambahan kuota ditolak disebabkan  depa sendiri yang duk buat tahi kat sana.

25 September 2012

Keputusan PRK: Isyarat jelas kepada Anwar, Nik Aziz! (UPDATE)

TERKINI (3.10.2012):
Keputusan PRK di UIAM... Proaspirasi kalah teruk? Atau spt diumum Timbalan Rektor, calon tidak pro mana-mana pihak. UIAM tidak ada yg pro mana-mana pihak? Biar bonar Timbalan Rektor ni... 

TERKINI (28.9.2012):

Sah UM dikuasai proaspirasi! Pengundian semula hari ini membabitkan dua kerusi yang mencatatkan keputusan seri sebelum ini berpihak kepada proaspirasi. Ini mengesahkan promahasiswa yang condong kepada pembangkang kalah teruk!


POS ASAL:
Pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di 20 IPTA melontarkan isyarat jelas kepada Anwar Ibrahim dan Nik Aziz bahawa golongan muda sebetulnya sudah menolak politik hancing pembangkang. Ini terbukti apabila mahasiswa proaspirasi menang besar pada pemilihan kali ini.

Aku diberitahu antara IPTA yang dimenangi oleh kumpulan proaspirasi ialah UMK, UTM,  UMT, UPNM, UMP, UPSI, UniSZA, UPM, UMS, UniMAP, UTHM, UTeM...

Di UM pula masing-masing mengaku menang selepas dua kerusi dimenangi calon Bebas. Masing-masing calon berkenaan menyokong mereka. Keputusan menyaksikan proaspirasi menang 19, promahasiswa 20, dan 2 Bebas Dua kerusi mencatat keputusan seri antara proaspirasi dan promahasiswa.

Lain-lain keputusan yang belum diketahui setakat ini (9.30 malam) ialah USM, USIM dan UIA. Pemilihan UKM belum diadakan manakala UIA terpaksa diadakan semula ekoran masalah tenikal.

DIKEMAS KINI:

Berikut kemenangan proaspirasi berbanding promahasiswa:
  1. UPM : 40-7
  2. UUM : 34-2
  3. UTM :  32- 4
  4. UMK : 10-4
  5. UMP : 18-6
  6. UMT : 18-2
  7. UPNM :  14-0
  8. UniMAP : 30-0
  9. UTHM  : 26-1
  10. UTeM  : 28-0
  11. UPSI :25-4
  12. USM : 25-4
  13. USIM : 24-0
  14. UKM : 10-18
  15. UM : 21-20-2 
  16. UIAM : 0-26 
Kemenangan calon Bebas (tidak menyebelahi proaspirasi/promahasiswa)
  1. UiTM : 226      
  2. UMS : 38
  3. Unimas : 13 
  4. UniSZA :  24

Penyokong MU tolong jangan baca....

Penyokong MU yang pemalu...
Dia ni penyokong fanatik Manchester United (MU) gamaknya dan dia siap berjersi MU (ada ke jersi MU warna biru?). Agaknya nak meraikan kejayaan anak-anak buah Alex Ferguson meratah Liberpul hari tu kot. Sebab tulah duk berbaju MU.

Hehe... Mamat ni sebetulnya kaki pecah rumah. Hari ni masa dia dibawa ke mahkamah Ipoh siap dengan jersi MU. Sebab tulah dia siap tutup muka dia. Maluuu...

Tapi pesan aku kat mamat nih. Tak usahlah nak malu-malu sebab para penyokong Liberpul lagilah malu. Cakap besar nak titik MU alih-alih dia plak yang kena ratah kat kandang sendiri. Huhu...

Heee....


24 September 2012

Jangan politikkan kes Ketua Pemuda UMNO Kepong ditikam!

Marilah  kita pakat doakan keselamatan ke atas Norizan!
Bila Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali dilaporkan ditikam diperut oleh dua lelaki di hadapan rumahnya awal pagi tadi, ada beberapa blog cuba mempolitikkan kes ini. Tanpa rasa bersalah mereka cuba kaitkan dengan pihak-pihak parti lawan. Adoii...

Pesan aku kepada kawan-kawan, jangan bermain api dengan isu seperti ini kelak buruk padahnya. Bukankah lebih baik kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan janganlah cuba mengapi-apikan konon ia perbuatan puak-puak di sebelah sana tanpa sebarang bukti. Kalau ada bukti pun mana boleh main taram macam tu... Bahaya!

Kalau mangsa itu seorang penggiat politik kita tidak bolehlah dengan cepat membuat kesimpulan... oh penyerangnya itu orang politik sebelah sana... Heishhh... Mana boleh macam tu. Kita tak tahu mungkin ada masalah lain yang menyebabkan orang memusuhinya.

Jadi kawan-kawan, eloklah tunggu hasil siasatan polis dan buat masa ini elok sama-sama kita mendoakan keselamatan ke atas beliau. Mari pakat solat hajat minta Allah berikan kesembuhan kepadanya.

23 September 2012

Jalan Gelang "Patpong" Malaysia?

Jalan Gelang dah jadi pusat pelacuran terbuka terbesar di Malaysia?
Malam tadi seorang kawan aku bawak aku tunjuk satu tempat panas di Kuala Lumpur. Dia kata elok aku tengok sendiri keadaan dan kalau boleh minta aku suruh pihak berkuasa buat sesuatu. Katanya, dah teruk benarlah.

Aku ingatkan apalah... Rupa-rupanya dia bawak aku ke Jalan Gelang. Wow... Terperanjat beruk aku apabila aku lihat berpuluh-puluh pelacur Cina sedang menawarkan khidmat seks di sepanjang jalan tersebut. Dengan berpakaian menjolok mata, mereka tanpa rasa takut sedikit pun melambai-lambai ke arah kami. Masa kami melalui kawasan itu baru sekitar pukul 8.30 malam.

Kawan aku kata itulah keadaan di Jalan Gelang. Memang dah parah dan pihak berkuasa macam buat pejam mata sahaja dengan keadaan ini. Kawan aku kata mereka menjalankan perniagaan haram itu sampai ke Subuh hari. Bebas tak ada siapa peduli... Malah kalau makin tengah malam, katanya jumlah mereka makin ramai. Silap-silap boleh sampai ratusan orang.

Dia kata dulu para pelacur Cina ini hanya menawarkan perkhidmatan mereka kepada para pelanggan  sebuah food court di situ tetapi kini sudah merebak sampai sepanjang Jalan Gelang dan Jalan Chin Chin (sebelah Jalan Gelang).

Aku tanya kat mana pelanggan mereka lepaskan hajat? Kawan aku tunjuk rumah-rumah flat di kawasan itu yang juga tempat tinggal mereka. Dia kata adalah beberapa polis buat serbuan di kawasan itu tapi mereka macam sekejap jeh hilang, selang beberapa jam ramai balik keluar mencari pelanggan.

Kawan aku kata, dah tahu rumah-rumah flat tersebut menjadi sarang pelacuran, sepatutnya pihak berkuasa kenalah ambil tindakan. Memanglah kat situ pun ada penghuni lain tetapi mereka macam dah tak ambil peduli kalau jiran-jiran mereka itu sebenarnya pelacur asing dan menggunakan kediaman mereka sebagai tempat memberikan perkhidmatan.

Hemm... Dulu aku ingat Bukit Bintang sahaja jadi port pelacur, rupanya Jalan Gelang lagi hebat dari Bukit Bintang. Malah kawan aku kata dah jadi macam Patpong Street kat Bangkok!

Kalau macam nilah rupanya aku nak cadang kepada DBKL tukarkan nama Jalan Gelang kepada JALAN GERAM!! Heee...


*Nota: Patpong adalah kawasan pelacuran jalanan terbesar di Bangkok, Thailand.

Ketua pembangkang paling kaya di dunia?

Dengan elaun Ahli Parlimen kira-kira RM10,000 sebulan dan elaun Penasihat Ekonomi Negeri Selangor RM1 sebulan, Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan hidup dalam kemewahan. Dari manakah sumber kewangan beliau peroleh sehingga mampu  memiliki kemewahan seperti ini?

Hee... Itu soalan bukan aku yang tanya tapi para pengundi di Permatang Pauh dan juga sebahagian besar rakyat Malaysia duk tanya...! Wow... ! Itu baru jadi Ketua Pembangkang... belum jadi Perdana Menteri lagi tu....!

Kalau dah tahi campak kat mana pun tetap najis!

Rumah di Segambut khabarnya bernilai RM7 juta... Wow!

Kereta rasmi Ahli Parlimen... Oklah.. Standard!
Bas yang dibeli dengan duit rakyat Selangor? Wow....
Jet eksekuktif... Anwar kata kawan dia kasi pinjam! Wow....


21 September 2012

Fitnah terbaru surat khabar UMNO!

Gambar muka depan Utusan Malaysia hari ini... Fitnah?
Nampaknya surat khabar UMNO, Utusan buat fitnah lagi. Mana ada berlaku penyokong Pas dengan penyokong UMNO bersatu macam gambar yang disiar muka depan Utusan Malaysia hari ini. Tidak... tidak... Itu bukan orang Pas. Yang pegang bendera Pas tu pun bukan orang Pas, tapi orang UMNO jugak.

Eh bukan... yang bawak bendera Pas tu memang orang Pas tapi sudah dibayar sebanyak RM30,000 oleh UMNO untuk bawa bendera Pas semata-mata mahu menunjukkan penyatuan Pas-UMNO membantah penghina Islam dan Rasulullah... Tidak... tidak... Itu bukan orang Pas.

Hehe... Begitulah gamaknya kalangan totok Pas bila tengok gambar muka depan Utusan hari ini. Aku yakin ramai kalangan totok parti itu tak boleh terima keadaan sedemikian. Bahkan Nik Aziz pun boleh naik demam, Anwar Ibrahim terkancing gigi dan Karpal Singh terketar-ketar sampai berlaga lutut.

Haha... Para pemimpin dan pencacai Pas boleh kata apa sahaja tetapi yang jelas ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah muak dengan hasutan, fitnah, tohmahan yang dilempar pemimpin mereka sendiri terhadap sesama Islam sehingga berlaku pecah belah umat yang kritikal di negara ini, pada masa kini hanya kerana dahagakan PUTRAJAYA!

Subahnallah!
 


20 September 2012

Bagi DAP... Lebih baik pertahan kandang babi!

Imbas kembali bagaimana orang Cina di Melaka "bersatu" mempertahankan kandang babi di Kampung Paya Mengkuang sekitar tahun 2007 lalu. Pada masa itu, baik Cina DAP, MCA, PKR, Gerakan... Mereka bersatu menghalang pihak berkuasa membunuh babi-babi yang diternak dalam usaha mengurangkan ternakan itu. Malahan mereka sanggup melancarkan perang jika babi-babi tersebut diusik.

Lihatlah bagaimana puak-puak ini mempertahankan kandang babi tersebut....





# Foto-foto ihsan Razak Latif

Hebat sungguh! Mereka sanggup bermati-matian nak mempertahankan kandang babi sehingga sanggup melakukan apa sahaja, termasuk mempertaruh nyawa anak-anak.

Tapi bila umat Islam di negara ini mahu menyuarakan bantahan terhadap pihak-pihak yang menghina dan memperlekeh agama Islam dan nabinya, inilah pandangan pemimpian DAP.


Bagi pemimpin DAP ternyata orang Cina mempertahankan kandang babi adalah lebih baik daripada orang Islam yang mempertahankan agama  dan nabinya!

Jadi fikir-fikirkanlah!!






TERKINI:
Ngeh Koo Ham dah minta maaf atas kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. Tapi (seperti dijangka dan seperti biasa) dia salahkan UMNO sehingga mendorong dia mengeluarkan kenyataan tersebut. Agaknya sebab dia ni robot DAP yang remote controlnya dipegang dan digerakkan oleh UMNO! Cissss....

Esok Pas dan UMNO bersatu? ... yeah!

Betul ke Pas dan UMNO nak bersatu esok???
Esok akan terbit sinar "penyatuan" antara dua parti Melayu/Islam yang bertelagah sejak sekian lama... Pas dan UMNO. Sebabnya esok kedua-dua sayap pemuda parti berkenaan sudah bersatu suara untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah puak-puak yang menghina Nabi Muhammad SAW.... Yeah!

Perhimpunan (seperti biasa) akan diadakan selepas solat Jumaat. Geng-geng Pemuda UMNO dan NGO-NGO prokerajaan akan berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur manakala puak-puak Pas akan berhimpun di hadapan bangunan Tabung Haji sebelum berarak ke bangunan Kedutaan AS di Jalan Tun Razak.

Aku tak pasti sama ada perhimpunan anjuran UMNO akan turut berarak ke kedutaan berkenaan atau tidak. Atau mungkin sekadar berhimpun di Masjid Jamek. Maklum nak berarak dar Kampung Baru tu jauh jugak tu. Hemmm....

Alangkah lebih bagus kalau kedua-dua ini bergabung dan bersama-sama berhimpun di satu tempat untuk menyuarakan bantahan terhadap penerbitan filem "Innocence of Muslim" dan penyiaran gambar bogel yang dikatakan "Nabi Muhammad" oleh majalah Barat. Ini lebih menunjukkan bagaimana bersatunya umat Melayu dan Islam di negara ini terhadap pihak-pihak yang menghina dan memperlekeh Islam - tak kiralah kat luar negara sana atau puak-puak dalam negara sendiri.

Aku yakin jika ini menjadi kenyataan, Anwar boleh terencat akal dan puak-puak DAP akan menggeletar satu badan sebab tak boleh tahan tengok orang Melayu dan Islam bersatu. Ishhh...

Cuma aku harap bila dah kedua-dua parti ini bersatu hati dalam hal kepentingan agama Islam seperti ini, ada pula puak yang membanding-bandingkan perhimpunan siapa lebih hebat, lebih Islam, lebih aman, lebih ramai dan segala kelebihan. Dan tidak kurang juga yang akan mencari kelemahan, kekurangan di pihak satu lagi.

Tolonglah... Ini bukannya pertandingan perhimpunan paling ramai, tapi nak menunjukkan dan memberi amaran kepada dunia bahawa jangan sesekali menghina Islam kerana umat Islam juga mempunyai maruah.  Ini bukan soal parti Pas atau UMNO tapi ini soal Islam... agama yang kita anuti dan percayai.

Dan kepada mereka yang menyertai perhimpunan ini tak usahlah nak kata... oh aku nak ikut perhimpunan Pas... oh aku nak ikut perhimpunan Pemuda UMNO. Tapi yang penting mana yang paling mudah itulah kita sertai. Tak kiralah Pas ke UMNO ke siapa ke...

Ayuhlah!

18 September 2012

Apa? Anwar Ketua Wanita pakatan? HAR.. HAR.. HAR...

Puak depa siap super impose gambar Najib untuk memperlekeh beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita...
Adoi nak pecah perut gelak dengan Anwar Berahim ni. Mana tidaknya masa Najib umum beliau sebagai menteri yang menjaga hal ehwal wanita (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bukan main gelak sakan puak-puak pembangkang. Baik blog, media alternatif atau dalam ceramah-ceramah politik, depa duk kutuk sakan Najib.

Mana tidaknya, depa naik pelik dan ajaib apabila Najib umum beliau sebagai menteri yang jaga kementerian wanita menggantikan Shahrizat Jalil yang melepaskan jawatan menteri. Bukan main lagi depa duk hentam kiri kanan, siap dengan gambar-gambar superimpose dan video yang menggambarkan "kewanitaan" Najib.

Ketua Wanita pakatan... Auw!
Alih-alih beberapa hari lepas Anwar umum dirinya sendiri sebagai Ketua Wanita pakatan pembangkang. HAHAHAHAHA... HAHAHAHA... HAHAHA... Ops! Aik? Kenapa puak-puak depa duk diam plak? Tak ada plak nak kutuk atau persenda? Kenapa???

Itulah. Lain kali jangan duk mengutuk orang. Allah itu maha adil dan sekarang ini dah banyak sudah Allah tunjukkan kebenaran di pihak sana. Mungkin berkat solat hajat dan doa berterusan puak-puak Pas memohon Allah menunjukkan kebenaran. Tapi bila kebenaran berpihak kepada UMNO/BN depa tak nak mengaku... huhuu

Adohai... macam-macam plak sekarang ni... Tapi betullah... Anwar memang layak jadi Ketua Wanita! Layak sangat-sangat... Sebab selain sifat penakutnya, Anwar juga adalah PENAKLUK bagi wanita . Habis semua wanita depa sapu... bini orang ka, anak dara orang ka, amoi Cina ka, awek Siam ka... Janji ada lubang!

Wahahaha....

14 September 2012

Bas disimbah cat... bukti nyawa Anwar dalam bahaya!

Bas dilempar cat bukti kebencian rakyat terhadap Anwar....!
Bas mewah Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa Anwar Ibrahim keliling negara ala-ala kempen pilihan raya Presiden Amerika disimbah dengan cat merah lagi. Kali ini ketika bas tersebut singgah di Masjid Jamek Tangkak, Johor. Sebelum ini bas serupa disimbah cat merah ketika mereka singgah di Pasar Siti Khadijah, Kelantan.

Inilah buktinya nyawa Anwar dalam bahaya dan beliau perlu dikawal oleh bodyguard berpistol yang kalau perlu menembak sesiapa sahaja yang cuba mengancam nyawa bakal Perdana Menteri itu. Heeee....

Angkara simbahan cat itu, pemimpin agung tersebut kini berada dalam keadaan trauma bimbang nyawanya terancam. Justeru rakyat perlu bangkit menentang kerajaan BN yang bertindak kejam terhadap seorang rakyat kerdil tetapi bercita-cita besar macam Anwar. Zalimnya kerajaan BN umpama kezaliman kerajaan Syria sehingga sanggup melempar cat kepada rakyat macam Anwar. Hee...

Hehe... Anwar ... Anwar...

Baru bas kena lempar cat dia punya heboh satu dunia, gelabah macam orang kena sawan babi. Nampak sangat si Anwar sejak dulu sampai sekarang memang jenis penakut. Patutlah bila semua penyokongnya duk rempuh sekatan polis masa demo Bersih, dia buat-buat pengsan kena pukul. Rupanya takut kena cekup.

Ni aku nak bagi tahu sebetulnya yang lempar-lempar cat ni tak ada kaitan dengan UMNO pun. Tapi mereka semua rakyat yang bencikan pemimpin pemecah-belah umat dan bangsa macam Anwar tu. Mereka menyampah tengok bas mewah Anwar yang masuk kampung-kampung mereka bukannya datang nak membela nasib orang kampung, nak kasi bantuan ke tapi duk mengadu domba orang kampung supaya berpecah-belah.

Dan aku percaya mereka yang lempar cat kat bas tersebut adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan negara dan benci pemimpin yang memporak-perandakan negara semata-mata kerana memenuhi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagi aku mudah je... Tok sah dok cakap banyaklah konon nak memerdekakan rakyatlah... Rakyat dah menyampah pemimpin yang berjuang untuk kepentingan peribadi atas nama rakyat!

Tumit kaki siapa ni? (Update)

Ingat dulu selalu juga kawan-kawan beritahu... kalau nak tahu perempuan tu masih anak dara atau tidak tengok pada tumit kaki. Kalau tumitnya mengkilat maknanya perempuan tu masih dara... Heee. Betul tak betul aku wallahua'lam... Tak pernah buat kajian ...

Sebut bab tumit kaki aku nak berteka-teki petang Jumaat ini. Agak-agak tumit kaki siapakah ini? Siapa boleh jawab???


KEMAS KINI:

Siapa nak tahu itulah tumit kaki Kate Middleton, isteri Putera William. Hee... Kalau dah puteri raja, sampai tumit kaki pun depa duk teropong. Tumit kaki Kate terdedah ketika dia dan Putera William mahu memakai kasut selepas membukanya untuk melawat Masjid Assyakirin KLCC.

Hee.... Camna? Tumitnya mengkilat atau dah kusam???


13 September 2012

Subhanallah...!!! F&N juga pengeluar arak terbesar Asia!

Rupanya Tiger Beer adalah keluaran F&N... sama dengan susu pekat yang ramai orang Islam di Malaysia minum!
Sungguh sebelum ini aku tak tahu pun kalau F&N adalah pengeluar arak terbesar di Asia. Aku ingatkan F&N hanya pengeluar minuman ringan F&N, 100 Plus, air kotak Season dan susu dalam tin F&N rupa-rupanya syarikat itu juga adalah pengeluar Tiger Beer.

Aku percaya jutaan pengguna Islam lain di Malaysia pun tak tahu kalau F&N, sebuah syarikat pengeluar makanan dan minuman milik syarikat asing itu rupa-rupanya juga pengeluar arak. Hemm... Aku tak tahulah pandangan korang bila mengetahui keadaan sebenar mengenai F&N ini. Tapi aku secara peribadi (minta maaflah) tak akan beli lagi produk di bawah label F&N sebab rasa macam bersubahat pulak. Maklum syarikat sama juga adalah pengeluar arak terbesar Asia.

Kalau aku tak baca berita kat bawah ni, sampai mati aku tak tahu kalau Tiger Beer adalah syarikat sama yang kilangkan air F&N dan susu pekat F&N... Oh tidakkkk.....!!!

SINGAPORE, Sept 13 - A battle for dominance in Asia’s lucrative beer market broke out Thursday as a Thai tycoon made a $7.1 billion bid for a Singapore group that includes a brewer about to be taken over by Dutch giant Heineken.
Thai Beverage (ThaiBev) and its partner TCC Assets offered other owners Sg$8.7 billion to take over Singapore’s Fraser and Neave (F&N), the parent of Asia-Pacific Breweries (APB), maker of Tiger Beer and other popular brands.
The two firms, controlled by Thai billionaire Charoen Sirivadhanabhakdi, said in a statement they were offering Sg$8.88 per share for the 70 percent of F&N shares they do not yet own.
The all-cash offer came two weeks ahead of a September 28 shareholders’ meeting called by the F&N board to approve Heineken’s Sg$5.6 billion offer for its 40 percent stake in APB, which has 14 breweries across the region.
F&N said in a statement that the meeting will still go ahead but it was appointing a financial adviser on the Thai offer.
Heineken said it was reviewing the Thai bid and “will make a further announcement if and when appropriate”.
Heineken already owns 42 percent of APB and a takeover would give it a major advantage in the Asian market, where beer consumption is booming as sales fall in mature markets such as Europe.
The Thai group’s offer represented a 4.3 percent premium on F&N’s closing price of Sg$8.51 on Wednesday and valued the Singapore conglomerate — also involved in property, food, soft drinks and publishing — at Sg$12.5 billion. - AFP

EKSKLUSIF: Pelawak Ebby Yus tempah kereta sport mewah... (Update)

Inilah kereta sport mewah yang didakwa sudah dibeli oleh pelakon dan pelawak Ebby Yus...! Kau ada?
TERKINI: 
Pos tengah hari tadi aku ada tulis pasal pelakon dan pelawak Ebby Yus dah tempah kereta sport mewah. Dan seperti yang aku janjikan, inilah kereta sport mewah milik Ebby - McLaren Mercedes SLS. Wow... Setanding kereta pelawak tersohor British, Rowen Atkinson atau lebih dikenali Mr. Bean tuuu...

Kawan aku yang emaikan gambar tersebut petang ini memberitahu kereta tersebut masih berada dalam show room dan dijangka dapat dihantar kepada Ebby esok - selepas semua proses dokumen selesai. Harganya? Tak adalah mahal sangat... hampir-hampir RM200,000 saja!

Wuhuhu... Makin tinggilah saham Ebby Yus selepas ini yek?

 POS ASAL:
Kojo sonang, hati riang, poket koncang... boli kereto idaman... yo Ebby?
WOW...! Murahnya rezeki Ebby Yus. Khabarnya pelakon dan pelawak Ebby Yus  sudah menempah sebuah kereta sport mewah  dan bakal memilikinya dalam masa beberapa hari lagi. Tapi orang kata Ebby ni memang kuat bekerja. Itu pasal rezeki dia murah meriah sehingga mampu memiliki kereta mewah seperti itu.

Siapa nak tahu macam mana rupa kereta baru Ebby Yus kenalah lawat blog aku menjelang malam nanti sebab seorang teman dah janji dengan aku nak emailkan gambar kereta Ebby tu. Nanti kalau dapat gambar kereta tu aku muatkan ke blog ini.

Para peminat Ebby kena bersabar ya.... Tungguuuuuuu!!!

11 September 2012

Kecoh kat Illinois bila bendera AS diganti Jalur Gemilang (Update)


Bendera AS (kiri) digantikan dengan Jalur Gemilang.... Hee!

Wah... Marah benar penduduk Northfield, Illinois Amerika Syarikat apabila mereka ternampak bendera Malaysia berkibar di luar sebuah dewan di Clarkson Park. Mereka tertanya-tanya sejak bila Northfield ni jadi sebahagian negara Malaysia? Heee... (Baca selanjutnya di sini!)

Hee... Kalau puak-puak penyokong Bersih duk sibuk nak gantikan Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya, kat Amerika sana orang Malaysia dah berjaya "gantikan" bendera AS dengan Jalur Gemilang. Hehe.. Kau ada?

Aku percaya bendera Malaysia itu dikibarkan di Clarkson Park untuk sementara sahaja kerana pada hari tersebut mungkin berlangsung sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-55 bersama jamuan hari raya Aidilfitri. Ia dipercayai dianjurkan rakyat dan para pelajar Malaysia yang ada di Illinois, AS. Mereka tidak bermaksud untuk "menghina" bendera AS dengan menggantikannya dengan Jalur Gemilang. Tidak tuuu...

Tapi kalau ada student atau rakyat Malaysia di Illinois yang hadir majlis tersebut dan membaca blog aku, bolehlah memberikan penjelasan apa yang berlaku sehingga Jalur Gemilang boleh berkibar di Clarkson Park sehingga membuatkan penduduk Northfield tersinggung.

Ada tak?

INI KISAH SEBENAR...

Betullah ada majlis sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di Clarkson Park dan bendera Malaysia dinaikkan sementara ketika kira-kira 100 rakyat Malaysia di Illinios menyanyikan lagu Negaraku. Selepas itu Jalur Gemilang  diturunkan semula dan digantikan balik dengan bendera AS. Majlis anjuran Persatuan Anak-anak Malaysia di Illinois.

Ketuanya, Dr. Roslan Jamaluddin sudah memohon maaf berhubung insiden tersebut dan menyatakan tiada niat untuk menghina mana-mana pihak. Pegawai daerah Northfield pula menyatakan mengibarkan bendera negara asing di Clarkson Park adalah melanggar peraturan tetapi dia percaya wujud salah faham oleh persatuan terbabit. (Baca selanjutnya di sini...)

10 September 2012

Gambar ini buat Nik Aziz resah gelisah... (Edited!)

Nik Aziz naik gelisah tengok gambar ni...
Angkara siapakah ini? Haishhh.... Depa tak tau ke pantang Tok Guru Nik Aziz tengok orang Pas dan UMNO bekerjasama macam ini. Boleh jadi sasau Tok Guru dibuatnya.

Tak tahu ke kalau Nik Aziz memang tak senang kalau keadaan seperti ini berlaku. Nasib baik di peringkat kariah Masjid Pulau Mansok saja. Kalau dibuatnya peringkat daerah, negeri atau kebangsaan... adoiiiii punah ranah harapan Nik Aziz nak tengok Anwar Ibrahim jadi PM.

Karpal Singh pun boleh jadi naik sasau sebab impian depa nak angkat Lim Guang Eng jadi Perdana Menteri pertama Malaysia dari kalangan bukan Melayu/Islam akan punah ranah. Oh tidaaaakkk.... Pas dan UMNO tak boleh bersatu tidakkk... Ini boleh menjadi malapetaka kepada pakatan haram. Tidakkk...

Nik Aziz patut cepat-cepat turun ke Pulau Mansok... buat ceramah kat sana. Anwar pun kena tukar jadual Jelajah Merdeka ke Pulau Mansok. Tak boleh jadi macam ni. Nanti perkara ini berjangkit ke kariah-kariah lain... Bahaya... bahaya... bahaya buat pakatan pembangkang.

Adoiii... macam mana boleh jadi macam ni? Mana Tuan Ibrahim Tuan Man? Mana Abdul Hadi Awang?? Mana Mat Sabu???

09 September 2012

Garuda sekali lagi dimamah Harimau... Nyummy!


Skuad Garuda sekali lagi dimamah oleh Harimau pada aksi bola sepak persahabatan Piala SCTV di Stadium Bung Karno, Jakarta malam ini. Skuad Harimau Muda B menang tipis 1-0 ke atas Garuda Muda hasil sepakan jarak jauh K. Ruben pada separuh masa pertama.

Kemenangan Harimau Muda ke atas Garuda itu sekali gus membalas dendam kekalahan skuad sama pada aksi Piala Axiata beberapa bulan lalu dan menjarakkan lagi rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak Malaysia menjulang Piala AFC buat kali pertama pada 2009.

Heee.... Nampaknya Garuda kena asah kuku lagi kalau nak lawan dengan Harimau!

Tahniah anak-anak buah Ong Kim Swee...!

Acu pistol... Apa depa nak pusing cerita?

Depa maki hamun orang tak pa, depa kena hamun sikit dah nak tembak...!!
Nampaknya para cybertrooper pembangkang, para blogger, media alternatif, para twitter mereka kini sedang bertungkus-lumus nak pusing cerita pasal kes bodyguard Anwar Ibrahim acu pistol kat orang kampung masung buat Jelajah Merdeka kat Jasin semalam.

Awal-awal lagi mereka dah pukul canang yang bodyguard tu konon nak pertahankan diri selepas diprovokasi melampau dik orang kampung yang juga orang UMNO/BN. Heee... Lepas tu nanti ada juga yang akan dakwa bahawa bodyguard tu orang suruhan UMNO sebab saja nak burukkan Anwar. Atau akan kata itu pistol air, bukan pistol betul-betul.

Heee... Kadang-kadang aku malas dah nak bercakap soal berkaitan puak-puak depa ni. Pokoknya kalau depa buat salah itu bukan sebab mereka yang salah tapi orang lain, orang UMNO, Najib atau polis. Depa provok gila-gila kat polis dan kerajaan masa demo Bersih, polis jentik sikit depa meraung satu dunia, sampai ada yang mengaku dah mati.

Tapi bila orang kampung halau Anwar jangan kasi masuk kampung depa, boleh pulak mereka naik angin sampai bodyguard keluarkan pistol. Gamaknya kalau dah jadi PM nanti, tak bolehlah nak dekat. Silap... silap ramai orang kampung kena tembak sebab duk hentam depa. Hee...

Itulah! Allah dah tunjuk satu persatu. Dulu depa yang duk provok orang sesedap hati mak bapak dia, kata polis anjing, binatang dan segala mak nenek carut marut. Dulu depa juga yang duk maki hamun pemimpin BN, hina Najib dengan tayang bontot tak apa atas nama demokrasi dan kebangkitan rakyat.

Tapi bila rakyat halau Anwar tak kasi masuk dalam kampung depa, tau pulak marah-marah sampai nak tembak orang. Heee.... 

Siapa nak bela Ammar?

Muhammad Ammar hanya mampu menangisi nasib yang bakal menimpanya....
Muhammad Ammar, remaja berusia 19 tahun yang masih lagi mentah soal politik. Dia antara beberapa ratus remaja yang ikut serta dalam demo Janji Demokrasi ketika malam ambang Merdeka 30 Ogos lepas. Pada malam itu kumpulan terbabit mengibarkan bendera baru Malaysia, Sang Saka Malaya dan ada yang membawa potret Najib dan Rosmah yang kemudian dikoyak-koyak dan dipijak-pijak.

Muhammad Ammar yang ikut-ikutan berdemo mengambil jalan tidak cerdik apabila dia melondehkan seluar dan diletakkan bontotnya di atas poster wajah Najib. Beberapa rakan merakamkan gambar dan video. Dia gembira dan merasa bangga kerana berjaya memalukan Najib di hadapan orang ramai. Para pemimpin pembangkang yang ada di situ tersenyum seronok melihat anak-anak muda meluahkan protes mereka kepada pemimpin negara.

Namun kegembiraan Muhammad Ammar tidak lama. Selang beberapa hari dia ditangkap pihak polis bagi membantu siasatan berhubung penghinaan terhadap pemimpin negara. Dia digari, dibawa ke balai polis. Tiada pemimpin pembangkang atau wakil bersama Muhammad Ammar. Selepas tidur semalaman di lokap, dia dibebaskan.Gembira hati tidak terkira...

Tapi sekali lagi kegembiraan Muhammad Ammar diragut apabila pengetua Kolej Cybernatic, tempat dia melanjutkan pelajaran mengambil tindakan membuang Muhammad Ammar dari kolej berkenaan. Punah harapan ibu bapanya mahu melihat anaknya menamatkan pengajian dan menjadi orang yang berguna. Dan sekali lagi tiada suara dari para pemimpin pembangkang mahu membelanya.

Tidak kedengaran suara Anwar Ibrahim mahu memasukkan Muhammad Ammar di kolej-kolej lain dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Pakatan Pembangkang... tidak... Tidak kedengaran Majlis Peguam akan membela Muhammad Ammar jika dia didakwa.. tidak. Tidak akan kenyataan Mohamad Sabu yang mahu mengambil Muhammad Ammar bekerja dengan Pas tidak ada...

Maka sia-sialah pengorbanan Muhammad Ammar di malam ambang Merdeka lalu. Dia bukan saja bakal dihadapkan dengan undang-undang, malahan masa depannya juga tidak menentu selepas dibuang kolej. Tidak cukup dengan itu, keluarganya menanggung malu dan kini bapanya terpaksa merayu kepada Perdana Menteri agar memaafkan perbuatan Muhammad Ammar.

Dan di ketika Muhammad Ammar berdepan dengan nasib dan masa depan yang tidak menentu, para pemimpin mereka baik Anwar, Azmin Ali, Mohamad Sabu, S.Ambiga, A. Samad Said dan lain-lain tidur lena di rumah bertilam empuk, berhawa dingin.

Itulah nasib Muhammad Ammar, remaja yang tidak mengerti apa-apa tentang politik, dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan politik yang akhirnya dia yang menanggung nasib buruk dan masa depan kelam. Manakala para pemimpin yang mereka sanjung hanya bertepuk tangan dari kejauhan.

Malang si Muhammad Ammar... malang!

Berbeza dengan gadis Cina ini... Pantas mendapat pembelaan DAP!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...