30 October 2012

PRU-13 dah hampir, blogger pro-BN masih duk kejar ranking?

Orang kita memang gemar cerita macam ni.
Apo nak buek...!
Itu bukan aku cakap... tapi itu pandangan seorang rakan aku yang jarang-jarang bertemu. Dia bekerja dengan sebuah media dan ketika menghadiri majlis korban semalam, kami bersua muka. Apa lagi sebab dah jarang bertemu, banyaklah topik yang dibualkan.

Tapi dalam banyak-banyak topik, bab dia mengomel pasal "perangai" blogger pro-BN yang menarik perhatian aku. Dia siap tanyak betul ke blogger pro-BN ni masih duk kejar ranking sampai bergaduh sesama blogger, ada yang merajuk dan tidak kurang juga yang berpaling tadah? Aku cuma diam tak berani nak cakap. Kang aku silap cakap ramai blogger hentam aku. Maklum aku pun duk tulis blog jugak....

Aku tanya juga kenapa dia cakap macam tu? Katanya, sebab sekarang dalam duk blogger propembangkang berhabis-habisan menyerang kerajaan, UMNO, BN, Najib, Rosmah untuk meraih sokongan bagi menghadapi PRU-13, blogger-blogger pro-BN pula tak habis-habis dengan cerita-cerita lucah dan gambar-gambar separuh bogel... Dush! Terdiam aku...

Dia pun ada cerita pasal blogger yang dulu duk serang pembangkang tapi sekarang berbalik duk serang Najib, UMNO gara-gara tak puas hati dengan sesuatu. Katanya, dia pun ada dengar terdapat blogger yang tak puas hati antara satu sama lain. Blogger yang rangking teratas katanya "masyuuukkk". Itu pasal masing-masing duk berebut nak jadi blogger paling "top" tu.

Huh... Aku kata bab masyuk ini memang sensitif dan aku tak berani nak cakap sebab aku memang tak kenal pun blogger-blogger pro-BN semua ni. Aku memanglah tulis blog juga, hentam pembangkang jugak tapi aku bukannya "blogger pejuang siber" macam mereka semua. Aku ni blogger one man show... Cuma adalah aku dengar-dengar ada blogger yang top rangking dapat "projek besar" dari pihak-pihak tertentu, tapi aku tak percaya sebab ia tak sahih.

Aku cuba pertahan kalau cerita-cerita lucah dan gambar seksi separuh bogel itu semua untuk meraih pengunjung. Tak ada niat apa pun. Maklum orang kita kan suka cerita-cerita dalam kain. Kalau tidak masakan surat khabar Metro boleh jadi nombor satu, kalau bukan kerana cerita sensasi dalam kain?

Aku cakap dalam duk tulis pasal cerita dalam kain dan tayang gambar lucah, depa pun duk hentam pembangkang sana sini jugak. Okeylah tu... Janji matlamat perjuangan tercapai!

Bila aku cakap macam tu lama dia diam... Akhirnya dia kata dia boleh terima. Cuma katanya janganlah melampau sangat. Kalau nak tulis pasal politik tulis saja. Jangan duk tayang gambar separuh bogel, tajuk penuh sensasi mengalahkan surat khabar Metro tapi isi duk cerita pasal politik. Macam tak kena... katanya!

Last sekali aku cakap... elok dia sendiri jadi blogger dan tulis macam mana dia nak daripada duk jaga tepi kain blogger lain.... Heee...  Sorry bro!

29 October 2012

Neelofa, pelakon "Tersalah Cinta" permain Tanah Suci

Drama Tersalah Cinta lakonan Neelofa cemar kesucian Tanah Suci! Subhanallah!
Ada orang alim pesan, kalau berada di Tanah Suci baik Mekah mahupun Madinah, kita tak boleh mengata orang, bermulut celupar, mempermainkan doa dan sebagainya sebab ia dianggap mencemar kesucian bumi Allah dan bumi Ambia' dan selalunya Allah akan bayar cash atas apa yang kita buat dan minta di sana.

Tapi bila aku tertengok drama Tersalah Cinta lakonan Neelofa dan Aqasha kat TV3 hari tu (tayangan sempena Aidiladha) aku geleng kepala. Siapalah penulis skrip dan pengarah drama ini. Nampak sangat mereka ni tak jaga nama baik Tanah Suci Mekah dan Madinah dan mempermainkan amal ibadah.

Paling ketara apabila mereka berdoa di depan Kaabah. Kalau para pelakonnya berdoa betul-betul tak apalah. Tapi kalau sedang berlakon dan dirakam dalam kamera, apakah ia betul-betul atau lakonan? Itu aku nak tanya. Sebab kalau sekadar lakonan, ia sudah dianggap mempermainkan doa  lebih-lebih lagi depan Kaabah.

Satu lagi perihal lakonan Neelofa yang penuh mengada-ngada. Kalau ya pun drama ini nak kategorikan sebagai drama komedi, tapi janganlah sampai "mengkomedikan" ibadah umrah dan mutawwif! Memang betullah (realitinya) ada kes jemaah umrah yang "jatuh cinta" dengan mutawwif, tapi tak adalah sampai mengada-ngada macam watak Cinta lakonan Neelofa tu.

Dah lah tu siap ada adegan "telanjang" rambut lagi... Masya-Allah! Jurukameranya perempuan ke? Krew yang rakam adegan ni semua perempuan ke? Kalau ada lelaki, maknanya dah haram tu Neelofa oooooii... Lebih-lebih lagi kat Tanah Suci Mekah!!!

Lepas tu para pelakonnya pula duk terpekik terlolong dan bermulut celupar. Apakah kita dibenarkan berkelakuan sedemikian di Mekah, lebih-lebih lagi di Masjidil Haram, depan Kaabah?  Subhanallah... Tak jaga langsung kesucian Tanah Suci!

Terus terang aku cakap, drama ni failed dan tak layak ditayangkan pun. Drama ini jelas-jelas mencemar kesucian Mekah, Madinah, Masjidil Haram dan Kaabah!

TV3... Tolong jawab!

24 October 2012

Laporan macam ni buat Anwar makin sakit hati!

Hehe... Laporan macam inilah membuatkan Anwar makin sakit hati dan sakit jiwa terhadap Najib. Masakan tidak, laporan Bank Dunia sekali lagi Bank Dunia yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing untuk menjalankan perniagaan boleh mematikan sama sekali hujahnya perihal ekonomi negara.

Anwar yang belajar sastera di UM tapi bercakap pasal ekonomi mengalahkan profesor ekonomi lulusan Harvard itu selalu kondem Malaysia kat dalam ceramah-ceramahnya di dalam negara, ketika di luar negara atau dalam blognya konon ekonomi negara makin hancur, makin merudum. Tak macam masa dia jadi Menteri Kewangan dulu (walaupun bekas Timbalan Gabenor Bank Negara mengaku dia bawak lari wang negara berbilion ringgit ke luar negara).

Tapi bila kenyataannya Malaysia adalah antara negara yang dicadang oleh Bank Dunia untuk berniaga, sudah pastilah secara automatik ia memberi political milage yang tidak terhingga kepada pemerintahan Najib dan sekali gus menunjukkan kebodohan Anwar perihal ekonomi sehingga acap kali kenyataannya bertentangan dengan realiti sebenar.

Sebab itulah sekarang ini orang sudah tidak percaya cakap Anwar, lebih-lebih lagi bila dia bercakap pasal ekonomi sebab memang dia tak tahu apa-apa pasal ekonomi pun. Selama jadi Menteri Kewangan, berapa ramai penasihat ekonomi di sekeliling dia yang tolong buatkan ucapan, tolong beri nasihat pasal kewangan, sedangkan dia sendiri tak tahu apa-apa... yillek!

Cuma orang Pas sahaja yang percaya cakap Anwar. Itu kerana dalam Pas sendiri semua pemimpin mereka buta pasal ekonomi. Jadi bila ada bekas Menteri Kewangan "duduk dalam kubu" pembangkang, maka disanjunglah orang tersebut setinggi-tingginya. Habis tu, Pas nak harap siapa lagi bercakap pasal ekonomi... Mat Sabu? Mahfuz Omar? Hehe... Depa semua lulusan sekolah menengah, apa tau pasal ekonomi?

Ikut laporan tersebut, Malaysia negara yang lebih berdaya saing berbanding negara-negara macam Taiwan, Sweden, Jerman malahan Jepun sekalipun.

Atas sebab itulah Anwar yang sedang menuju "check-mate" melakukan apa sahaja terutama bagi merosakkan ekonomi negara, menghilangkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, mengelak negara-negara kuasa besar menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara ini. Sebab apa? Sebab bila ekonomi negara sudah hancur lebur, maka mudahlah baginya untuk menguasai pemikiran rakyat yang lemah (sebab kelaparan) dan mudah pulalah dia membawa masuk anasir-anasir Yahudi.

Inilah strategi Yahudi untuk menakluki dunia seperti yang sekian lama dicanang - gerakan Yahudi "kubra". Lemahkan ekonomi, pecah belahkan rakyat dan umat, mewar-warkan isu rasuah dan pilihan raya lemah untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap SPR dan kerajaan sedia ada. Selain itu, gerakan-gerakan demonstrasi diperhebat bagi membangkitkan kemarahan rakyat agar rakyat bangun memberontak. Bila semua itu berjaya direalisasikan, maka anasir-anasir Yahudi ini akan menyerap masuk ke dalam negara dengan lancar.

22 October 2012

Anugerah Skrin 2012 dah nak mai... Anugerah Skrin 2010 masih "hot"

Tema "skinny" ala Nabila Huda pun okey gak!
Ini pun dahsyat jugak... TV3 duk war-war akan mengadakan Anugerah Skrin bagi tahun 2012 dan sekarang ini depa duk tayang drama-drama yang akan dicalonkan menerima anugerah ala Emmy Award tu. Tapi walaupun dah nak masuk Anugerah Skrin 2012 cerita pasal Anugerah Skrin 2010 masih hot lagi. (Baca: Yang seksi-seksi di Anugerah Skrin 2010)

Buktinya masih ramai pelayar blog aku ni duk masuk dalam entri berkaitan anugerah dua tahun lepas tu. Sebabnya pada tahun tersebut yang menjadi perbualan hot kalangan peminat hiburan ialah pasal pakaian para artis yang datang pada malam anugerah itu sampaikan perkara ini mendapat respon Perkasa.

Cerita pasal artis itu dan artis ini yang duk pakai pakaian dedah sana dedah sini menjadi "buruan" pelayar-pelayar yang ketagih cerita-cerita dalam kain dan celah dada artis. Patutlah blog-blog prokerajaan duk ghairah cerita pasal dalam kain artis. Rupanya cerita dan gambar macam ni boleh mencangakkan rangking! Wow...

Nanti kita pakat tengoklah sama ada malam Anugerah Skrin 2012 boleh challenge anugerah 2010 lepas tak? Sebabnya anugerah 2011 pun tak boleh challenge...

Hemmm... elok juga tahun ni TV3 kasi tema yang lebih vouge macam tema tepi pantai ke... barulah boleh artis tayang skinny kat dada tanda depa baru lepas berjemur dengan bikini di tepi pantai... wow! Alaa... Macam Nabila Huda tuuuu.... Ada berani ke? Heee............

Dahsyat UMNO... Air empangan pun depa sedut!

Empangan surut kerana UMNO...?? - Foto ihsan lindarosman.com
Menurut kata Anwar Ibrahim yang pernah jadi TPM, Menteri Pelajaran dan Menteri Belia & Sukan... jadi Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO itu... UMNO ni parti paling korup dalam dunia. Tak ada parti lain yang kuat makan rasuah melainkan UMNO. Bukan takat wang kerajaan, wang rakyat pun habis disedut puak-puak UMNO... Dahsyat...

Sekarang ni lagi laa dahsyat... bukan duit jeh tapi air empangan pun UMNO duk sedut. Dahsyat puak-pauk nih. Hanya semata-mata nak pastikan BN dapat merampas balik Selangor dari tangan pakatan rakyat, UMNO duk mainkan isu air... surat khabar pencacai macam Utusan pun hari-hari duk pulun Khalid Ibrahim pasai air, walhal yang buat air empangan kering disebabkan UMNO yang kuat makan rasuah.

Sebab itulah Khalid cadang kerajaan Malaysia tapis air guna teknologi mambran (ke mambang?). Tak perlu susah-susah bina loji rawatan air Langat 2, cukup saja guna mambang eh mambran! Gerenti air satu Selangor bersih jernih, suci dan bermutu...

Sekarang ini musim hujan. Hari-hari KL, Selangor dan sekitarnya dilanda hujan lebat. Beberapa kawasan pun acap kali naik banjir kilat tapi kenapa puak-puak UMNO duk kata air empangan semakin kering? Ini memang sah-sah sebab berlaku ketirisan teruk di dalam UMNO sehingga empangan pun bocor atau sebab orang UMNO memang kuat menipu.

Ok rakyat Selangor. Marilah kita pakat undi pakatan rakyat pada PRU-13 agar kita dapat pertahankan kerajaan sekarang dan yang penting bagi memastikan jumlah air di empangan terus meningkat. Tolak UMNO... selamatkan empangan!

Heee...

TAMBAHAN:

Ini bukti DAP lebih baik daripada UMNO...

Heee... ada aku kisah???

21 October 2012

Dua anak Melayu cipta sejarah negara....

Zulfahmi julang nama negara dalam sukan permotoran...
Bangga.. cukup bangga apabila anak-anak muda Melayu mencipta nama dalam sukan permotoran dunia. Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto3 negara meriah podium buat kali pertama sepanjang kariernya dan lebih manis ia dicipta di tanah air sendiri pada Grand Prix Malaysia di Litar Sepang.

Inilah kali pertama anak Malaysia menaiki podium dalam sukan perlumbaan motosikal terulung dunia itu selepas beberapa kali hampir menciptanya pada perlumbaan sebelum ini. Dengan kejayaan itu, Zulfahmi, anak muda dari Banting kini mengutip 112 mata untuk menduduki tangga ketujuh keseluruhan pelumba Moto3 musim ini.

Seorang lagi ialah Hafizh Syahrin. Walaupun berlumba atas tiket wildcard, dia mampu mencipta kejutan apabila menduduki tempat keempat pada perlumbaan Moto2 pada perlumbaan sama. Malahan Hafizh yang baru berusia 18 tahun mendahului perlumbaan pada pusingan ketujuh hingga ke-10 daripada 19 pusingan itu walaupun bermula dari petak 27.

Juara dalam pembikinan... Hafizh Syahrin!

Perghh... memang mendebarkan dan aku tengok Hafizh berlumba penuh yakin menyaingi pelumba-pelumba negara lain yang jauh lebih berpengalaman. Malahan tengok gaya dia "cilok" di selekoh-selekoh untuk memintas seorang demi seorang pelumba dunia membuatkan aku cukup kagum dengan anak muda ini.

Apakah ini hasil "lumba haram" anak-anak muda kita? Kalau beginilah hasilnya Kementerian Belia dan Sukan kena galakkan anak-anak muda kita merempit. Hee.... Tapi bukan di jalan raya, nun di litar-litar yang disediakan.

Aku tahu sekarang ini begitu ramai pelumba motosikal berbakat yang masih muda dan sedang dibentuk untuk menjadi pelumba profesional dan menakluki dunia sepertimana dilakukan Zulfahmi dan (akan datang) Hafizh.

Tahniah buat Zulfahmi dan Hafizh! Jadilah anak-anak muda yang mengharumkan negara di pentas dunia dan jangan jadi pemimpin-pemimpin tua yang tak henti-henti nak busukkan nama negara di mata dunia!

Hee...

19 October 2012

Siapa benci AES boleh pasang AES Detector! F.O.C...

Wakil rakyat atau rakan-rakan blogger tak usahlah marah-marah kat Menteri Pengangkutan, tak perlu maki hamun Ketua Pengarah JPJ atau nak ugut kerajaan konon BN akan kalah pada PRU-13 hanya kerana kerajaan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kalau korang rasa nyawa korang banyak (dan nyawa anak bini atau pemandu lain pun banyak) atau rasa kepala keras macam semen konkrit dan badan elastik macam Plastikman, korang boleh pandu laju kat jalan raya, lebuh raya atau balai raya sekali pun, korang boleh lakukannya. Jangan takut kena tembak dik kamera AES dan berdepan dengan saman. Sebabnya kini ada alat pengesan kamera AES yang dipanggil "AES Detector" yang boleh dimuatkan pada handphone korang dan aplikasi ini boleh mengesan kedudukan kamera AES dari jarak 500 meter serta ia tidak boleh dikesan oleh AES atau pihak polis.

Aik? Macam mana boleh ada pulak aplikasi AES Detector ini? Korang tak usah hairan dan usah rasa ajaib. Sebabnya seperti Menteri Pengangkutan kata, sistem AES dah diuji selama 10 tahun di luar negara - AS, Australia, Singapore dan ternyata ia berkesan mengurangkan kadar kemalangan di negara yang menggunakannya.

Dah kalau AES diuji, sudah pasti pada masa yang sama adalah mereka yang otak genius ini akan buat alat untuk mengesannya juga. Alaa... macam cerita Cicakman la... Alahai siapa nama watak Aznil tu... haaa dia yang cipta virus, dia juga yang cipta antidotnya. Tapi syarikat buat AES cuma buat sistem AES saja, depa tak buat alat pengesan AES. Yang buat alat pengesan tu orang lain...

Marah-marah tak guna. Siapa yang nak memecut di jalan raya atas alasan kerana sakit perut nak berak, sebab bini nak beranak, sebab jalan sunyi tak ada orang (takut hantu melintas) dan macam-macam sebab dan alasan hanya nak bawak kereta melebihi had laju, pergilah download aplikasi AES Detector ini. Free saja.

Download aplikasi AES Detector di sini...!

18 October 2012

Anwar yang mendamaikan MILF-Filipina, bukan Najib!

Bukti Anwar dah lama berusaha untuk mendamaikan Manila dan Moro hasil perbincangan dengan rakan akrabnya, Joseph Estrada.
Najib tak usah berlagak apabila menjadi saksi pertukaran perjanjian perdamaian antara puak pemisah Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina  baru-baru ini dan kerajaan Malaysia (BN) tak usah nak tinggi diri  konon hasil peranan Malaysialah mereka berdamai.

Tidak... tidak... Bukan BN atau Najib yang mendamaikan kedua-dua pihak yang bertelagah sejak 40 tahun lepas tu, bukan tetapi Pakatan Rakyat atau tepatnya Anwar Ibrahim. Kalau bukan usaha Anwar yang sering berhubung dengan kerajaan Filipina dan bertemu para pemimpin di sana, kerajaan Filipina tidak akan berdamai dengan Moro.

Tak percaya baca kenyataan Anwar kat sini dan fahami kenyataan ini:
In this light, Pakatan Rakyat with its own history of political diversity will send a delegation of its senior Parliamentarians to meet long time friends and counterparts in the Philippines to better understand the underlying issues relating to sustainable peace...

Tu dia aih... Rupanya pakatan pembangkang ada sejarah panjang berhubung perdamaian  antara kerajaan Filipina dan Moro ini dan usaha sejak sekian lama pakatan pembangkang menemui hasilnya dan baru-baru ini kedua-dua pihak berdamai.

Malahan Anwar sendiri sudah berkawan akrab dengan bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada. Maklum kedua-dua mereka ini ada persamaan - pelakon, penipu dan (kaki) perempuan. Bezanya Estrada tak main dengan jantan!

Tahniah Anwar... tahniah pakatan rakyat atas usaha kalian akhirnya selatan Filipina kini aman, wilayah Bangsamoro terbentuk. Marilah kita pakat undi pakatan rakyat pada PRU-13 nanti! Itu pun kalau adalah parti Pakatan Rakyat pada kertas undi. Huhu...



Psstt... Teringat cerita pasal Nurul Izzah yang suka curi kredit! Bapa borek anak rintik...!!

16 October 2012

Tagalog & Moro dah berdamai... Pas & UMNO bila ek?

Alhamdulillah... akhirnya persengketaan antara pejuang pemisah Moro dan kerajaan Filipina  berakhir selepas lebih 40 tahun berperang. Wilayah autonomi Bangsamoro akhirnya terbentuk dan selatan Filipina kini mempunyai pentadbiran sendiri. Tahniah juga buat kerajaan Malaysia yang menjadi orang tengah yang akhirnya membawa perdamaian. (Psstt.. bab ni Anwar cukup sakit hati ... tataulah kenapa!)

Perjuangan puak Moro yang majoriti beragama Islam di selatan Filipina ini ada lojiknya memandangkan mereka terpinggir dari pembangunan di bawah kerajaan Filipina di Manila yang majoritinya beragama Kristian. Selain itu, khabarnya penduduk Islam di kepulauan itu juga sering ditekan oleh pemerintah Filipina, sehingga tidak sedikit yang menjadi pendatang haram di Sabah.

Itu cerita di selatan Filipina... Cerita persengketaan Pas dengan UMNO macam mana pula? Sehingga kini belum ada tanda-tanda kedua-dua parti orang Melayu dan beragama Islam ini nak berdamai. Malahan semakin dekat dengan PRU-13, semakin parah persengketaan mereka. Apa yang dibuat UMNO semua tak molek di mata Pas, waima bina masjid sekali pun.

Kedua-dua pihak juga tidak ada tanda-tanda untuk duduk semeja bagi membincangkan persengketaan. Kalau Israel dan Palestin pun boleh duduk berbincang untuk menamatkan sengketa, Pas dan UMNO langsung tak ada rancangan pun nak laksanakan "gencatan senjata". Anjing dengan kucing pun sekarang ini dah berkawan, tapi sengketa Pas dan UMNO lebih teruk dari anjing dengan kucing.

Dulu memang adalah seorang dua pemimpin Pas yang "curi-curi" mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO tapi akhirnya mereka dicap sebagai pengkhianat dan ditendang jauh-jauh oleh parti, kerana tindakan itu tidak disenangi oleh Mursyidul Am mereka.

Jadi kalau tanya aku bila agaknya Pas dan UMNO nak berdamai, sungguh aku tak tahu. Mungkin selepas Malaysia sudah diperintah oleh puak-puak kafir harbi, baru masa itu kedua-dua parti nak bersatu dan berdamai kut?

Tapi kalau dah sampai tahap tu memang dah tak ada harapan lagi lah. Jangan mimpilah orang Melayu dan Islam nak dapat balik Malaysia. Silap-silap nama Malaysia pun ditukar jadi "Cindialayusia" hu hu ...

15 October 2012

Lagi usaha cemarkan kesucian Islam... Ajaran sesat siapa ni?

Raya Haji dan Raya Halloween??? Adoiiii.......
Seseorang emel aku gambar ini. Menurut si pengirim gambar ini dirakam di sebuah pusat beli-belah di Kuantan. Pusat beli-belah yang terkenal ini mahu meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama sambutan Halloween... maka jadilah seperti ini.

Aku tak tahu nak cakap apa. Sama ada pihak penganjurnya bangang atau sengaja cari pasal untuk mencemarkan kesucian Islam terutama Hari Raya Haji.

Bila aku terima gambar ini aku rujuk kawan-kawan aku yang ada di Kuantan. Mereka bagi tahu backdrop ini sudah diturunkan. Mungkin ada pihak yang pantas bertindak membuat aduan. Mujur...

Ajaran siapalah agaknya yang menyebabkan perkara-perkara ini semakin berleluasa berlaku - bukan Islam semakin tidak menghormati agama rasmi negara, agama yang dianuti majoriti penduduk di negara ini.

12 October 2012

Amanat Hadi kena batang hidung Nik Aziz...! Adoi....


Imbau kembali Amanat Haji Hadi yang menyebabkan umat Islam terutama di Terengganu berpecah belah sehingga berlaku sembahyang dua imam, solat jenazah orang UMNO tidak sah dan macam-macam lagi. Malahan Peristiwa Memali juga berlaku disebabkan ketaksuban puak-puak Pas terhadap Amanat Haji Hadi ini. Haishh... besarnya dosa Hadi Awang hasil amanatnya itu, tapi sampai sekarang dia buat bodoh saja...

Meh kita tengok apa kata Amanah Haji Hadi meh...
"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."
Sekarang Nik Aziz secara terang-terangan berkata Pas perlukan DAP untuk memastikan parti itu menang pilihan raya dan memerintah negara. Maknanya apa? Maknanya Pas dengan UMNO dua kali lima la yeop! Haha...Kesian orang Pas bertahun-tahun diperbodohkan para pemimpin mereka!

UMNO dicop kafir kerana berkawan dengan kafir.... tapi kalau begini macam mana pulak?

Ni amanat aku!

"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang Pas, bukan kerana nama dia Pas. Kita menentang Pakatan Rakyat bukan kerana dia nak memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mempertahankan pemimpin tidak bermoral, tunduk dengan orang kafir dan mengekalkan amalan memecahbelahkan umat Islam. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka...."

Sukarnya nak mendidik pemandu kita....! Setuju!!!

Bila kita tengok kemalangan macam ini, kita akan kata "itulah bawak laju-laju..." tanpa kita sedar, kita pun bawak kereta pun laju jugak!
Pagi ini aku terbaca artikel ini....
SEMALAM Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Malahan sejak sistem itu dilaksanakan bulan lalu, banyak blog yang telah menyuarakan bantahan berhubung pelaksanaan sistem tersebut dengan alasan ia membebankan pengguna dan rakyat.

Saya tidak faham di mana "penganiayaan" kerajaan terhadap rakyat ekoran penggunaan AES ini. Mungkin mereka (termasuk wakil-wakil rakyat) hanya melihat jumlah saman yang dikutip hasil sistem tersebut, tanpa melihat sudut positifnya.

Kita semua maklum kadar kemalangan dan kematian di jalan raya di Malaysia antara yang tertinggi di dunia. Menurut kajian oleh Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, dicatatkan bahawa 30 negara mencatatkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, kecuali tiga negara iaitu Argentina, Kemboja dan Malaysia.

Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk.

Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom, Sweden dan Belanda.

Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu.

Malahan kalau dilihat secara rambang, jumlah kemalangan dan kematian meningkat setiap kali sambutan perayaan saban tahun. Pelaksanaan Ops Sikap sebeklum ini ternyata gagal mendidik dan mendisiplinkan para pemandu kita dan semua pihak bimbang dengan keadaan tersebut.

Anehnya ketika mereka bimbang dengan kadar kematian yang tinggi di jalan raya, mereka juga menolak usaha mengurangkan statistik tersebut. Pelaksanaan AES sudah terbukti berjaya mengurangkan masalah tersebut di negara-negara maju seperti Singapura, Australia dan Amerika Syarikat tetapi kenapa ia ditentang?  ......
Selanjutnya baca di sini...!

Aku pun pelik dengan rakan-rakan blogger yang duk hentam dan menentang pelaksanaan AES sedangkan benda ini adalah perkara baik untuk mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia, nak pastikan rakyat Malaysia termasuk kita dan keluarga kita selamat ketika berada di atas jalan raya.

Okeylah... kalau korang tak setuju sangat dengan AES, korang senaraikan apa yang JPJ atau kerajaan perlu lakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan ini? Cuba berikan? Kalau tak boleh berikan cadangan jangan duk perlekeh dengan AES sebab aku rasa inilah cara terbaik untuk mendidik pemandu termasuk aku dan korang semua memandu dengan cermat dan mengikut kelajuan yang ditetapkan.

Bagi aku mudah saja kalau tak mahu kena saman... pandu kereta masing-masing ikut kelajuan yang ditetapkan, bukannya had maksimum kelajuan 10km/j tapi sampai 110km/j. Itu pun polis selalunya kasi "ekstra" sampai 120km/j. 120km/j tak laju lagi ke? Cuba bawak 120km/j kemudian rempuh dinding highway tu, than tengok macam mana kesannya?

Selain pandu ikut kelajuan yang ditetapkan, cubalah ikut peraturan. Jangan duk pandu ikut suka hati mak bapak kita. Jangan langgar lampu merah, jangan memotong di garisan kuning, jangan itu dan jangan ini... Ah letihlah nak mengajar orang kita memandu ni.

Betul kawan aku seorang profesor cakap, orang kita memang paling bersopan santun. Jumpa orang tua cium tangan, tapi masuk je kereta segala perangai syaitan semua keluar dan dia menjadi orang paling tidak sopan di dunia. Kenapa ya?

Ingat.... bila kita memandu, anak-anak kita yang duk belakang akan memerhati kita dan bila dia boleh memandu esok-esok, mereka akan memandu ikut cara kita. Kalau kita jenis memandu gila-gila, lebih gila lagi depa memandu. Masa tu kita tak boleh marahkan anak kita sebab kita dulu pun memandu macam tu.

Faktor kemalangan jalan raya yang aku ambik dari nota Karangan BM untuk pelajar tingkatan 5 (SPM)...!

11 October 2012

Tahniah ATM kerana mara ke final Piala Malaysia!

TERKINI:
Tahniah ATM kerana menyekat Singapura daripada mara ke perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti. ATM menang 5-4 (penalti) selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2.

POS ASAL:
Malam ini pertemuan hidup mati bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang Lions XII pada perlawanan kedua peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Bagi aku pertemuan ATM dan Lions XII umpama pertemuan dua negara - Malaysia dan Singapura.

Lebih membuat aku berkobar-kobar bila ATM bermain di pihak Malaysia. Bayangkan pasukan tentera (walaupun pemain bukannya anggota ATM) bertemu dengan negara asing macam Singapura, perghhh... lain macam semangatnya.

Cuma aku harap semangat yang sama dapat dirasai oleh seluruh peminat bola sepak di tanah air. Tak kiralah anda penyokong setia Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah atau Sarawak sekali  pun, marilah kita pakat turun ke Stadium Selayang malam ini untuk memberi sokongan padu kepada skuad ATM.

Relakah korang nak lihat pasukan Singapura menewaskan ATM dan beraksi di pentas  akhir Piala Malaysia? Mahukan kalian nak tengok sang Singa meratah anak-anak buah Sathianathan? Tidak... tidak... Aku bukan tak sanggup lihat ATM kalah, tapi aku tak sanggup nak lihat skuad Singapura merampas Piala Malaysia!

Mana maruah kita beb?

Untuk rekod pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura minggu lepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

09 October 2012

Bantahan di hadapan KBRI Jumaat ini...! Orang Pas boleh join!

Yeahhh!! Alat kelamin kami paling besar....!!!
Perhatian... perhatian...

Satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan di hadapan pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pada Jumaat ini. Semua lelaki tanpa mengira bangsa, pangkat, fahaman politik diminta turun ke jalanan beramai-ramai bagi membantah tindakan Indonesia yang cuba memburuk-burukkan rakyat Malaysia.

Perhimpunan tersebut diadakan bagi membantah laporan sebuah media di negara itu yang mendakwa "lelaki Indonesia mempunyai alat kelamin paling besar di Asia Tenggara dan Asia Timur." Berita mengenainya boleh dibaca di sini! Jelas kenyataan tersebut berupa satu fitnah yang tidak boleh diterima oleh kita para pemuda Malaysia.

Mereka yang mahu menghadiri perhimpunan ini diminta hanya memakai kain pelikat tanpa perlu berseluar dalam. Ini memudahkan kita menyerahkan memorandum dan menunjukkan "siapa sebenarnya yang lebih besar" kepada pihak Indonesia.

Laporan media Indonesia yang "memperkecilkan" alat kelamin lelaki negara lain, termasuk Malaysia! Jom ganyang...!!
Kita juga mendesak "Detik Health" menarik balik laporan berunsur fitnah tersebut dan kita juga mendesak Prof Richard Lynn dari Ulster University segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan lain-lain negara Asia Tenggara kerana mengeluarkan laporan kajian yang tidak berasas itu.

Ayuhlah para pemuda Malaysia... Jangan sampai kita diperkecilkan kerana kenyataannya kepunyaan kita juga besar-besar belaka!

Nota: 
Bagi mengelak blog ini  terus di-ban lagi oleh Adsense, maka gambar sebenar alat kelamin lelaki Malaysia tidak dapat disiarkan. Bagaimanapun, para pembaca blog ini boleh merujuk kepada alat kelamin masing-masing (bagi lelaki) untuk memastikan bahawa kenyataan laporan itu salah. Bagi perempuan... hemmm pandai-pandai cari sumbernya!

MTB tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku ke atas para peserta perhimpunan Jumaat ini kerana seruan ini hanyalah bersifat lawak! Kesulitan amat dikesali!

Cikgu Shahnon yang aku kenal....

Aku kasihan benar dengan Cikgu Shahnon Ahmad. Walaupun dia seorang Profesor Emeritus... walaupun bergelar Sasterawan Negara namun dia acap kali terperangkap dalam permainan politik di negara ini.

Pernah semasa aku berbual dengan beliau lama dahulu, dia bercerita bagaimana dia merasakan ditipu oleh orang UMNO sehingga beliau sedia menghasilkan sebuah novel yang mengangkat perjuangan pemimpin UMNO. Aku lupa tajuk novel itu, tapi dia kata novel itu dihasilkan bukan dari dari jiwanya, tapi kerana diupah oleh orang UMNO.

Kemudian ketika  zaman kegemilangan Al-Arqam, Cikgu Shahnon juga terjebak dengan kumpulan tersebut. Beberapa bulan berada dalam pertubuhan pimpinan Ustaz Asaari itu, dia merasakan wujud "kelainan" pada kumpulan berteraskan Islam itu, terutama mengenai perkongsian suami. Lalu dituangkannya kelainan yang dirasakan di dalam Arqam menerusi novel "Ummi & Abang Syeikhul" (1992).

Ketika beliau masih berjawatan Pengarah Pusat Islam USM, Cikgu Shahnon bertentangan pandangan dengan Dr Mahathir yang pada masa itu selaku Perdana Menteri Malaysia. Rasa tidak puas hati Cikgu Shahnon mengenai kepimpinan Dr Mahathir pada masa itu diluahkan menerusi novel-novelnya, antaranya novel Patriach (1991), Sutan Baginda  (1997) dan Shit (?).

Dalam diam tak diam, akhirnya Cikgu Shahnon menceburi politik sepenuhnya. Dia menyertai Pas dan bertanding di Parlimen Sik pada 1999 dan berjaya menyingkirkan Tan Sri Abdul Hamid Othman, yang pada masa itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun beliau tidak lama menjadi Ahli Parlimen dan mengambil keputusan tidak bertanding pada 2004 kerana uzur. Akhirnya Sik dirampas semula oleh BN pada tahun tersebut.

Selepas lebih sedekad, beliau kini merasakan bahawa Pas sudah tidak lagi berada di landasan perjuangan asal parti. Pas kini hanyalah sebuah parti yang menurut kehendak DAP. Lalu apakah bermakna Cikgu Shahnon merasakan dia "terkena" lagi?

Bak jalan cerita dalam e-novelnya, Mahabbah, Cikgu Shahnon kini hanyalah "seorang tua yang sudah tidak mempunyai kuasa  tetapi masih berjuang untuk menyatupadukan orang Melayu melalui doanya kepada Allah." 

Dan aku percaya sekejap lagi akan berkumandanglah kenyataan pemimpin "profesional" Pas atau kalangan kafir harbi DAP yang mengatakan Cikgu Shahnon sudah nyanyuk!

08 October 2012

Bila Tony Pua(ka) kata Tun Mahathir nyanyuk...

Tiada pemimpin di dunia yang terfikir nak adakan kawasan pembangunan multimedia selain Dr Mahathir...

Ada pepatah kata, sekali kita burukkan orang, 10 kali orang burukkan kita balik. Begitulah dengan Tony Pua(ka). Sekali dia kata Tun Dr Mahathir nyanyuk rupa-rupanya dia 10 kali lebih nyanyuk walaupun umur masih muda berbanding Tun.

Ops... tang mana si Tony Pua(ka) ini nyanyuk?

Dia nyanyuk sebab tak sedar kalau bukan kerana Tun mencetuskan idea penubuhan MSC di Malaysia, Tony tentu masih "merempat" di Singapura selepas usaha untuk menjadi ahli politik di negara itu tidak diterima. Sebab MSC-lah Tony "pulang" ke Malaysia dan menubuhkan syarikat IT, Cyber Village yang kemudian memperoleh keistimewaan-keistimewaan sebagai syarikat berstatus MSC. Siapa yang cetuskan semua itu kalau bukan Tun Dr Mahathir?

Bahkan kalau bukan kerana MSC yang diilhamkan oleh orang tua nyanyuk itu, syarikat Tony Pua(ka) itu tidak mungkin boleh tersenarai di Bursa Singapura dan kemudian berkembang maju. Maklum pada masa itu tiada siapa pemimpin di dunia mampu terfikir untuk menubuhkan satu kawasan pembangunan teknologi ICT seperti Silicon Valley di AS, melainkan Tun.  Malahan Lim Kuan Yew yang menjadi idola pemimpin-pemimpin DAP pun tidak pernah terfikir seperti apa yang difikirkan Tun. Lalu siapa yang nyanyuk?

Inilah antara Cina-cina puaka yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung. Tanpa buah tangan Tun yang dia gelar nyanyuk itu, aku ingat sampai sekarang dia masih merempat di Singapura menanti belas simpati Lim Kuan Yew mengambil dia sebagai wakil rakyat di negara sekecil itu.

Ptuih... kau memang puaka!

Tony Pua ketika berusia 18 tahun di Raffles Junior College, Singapura pada tahun 1990. Tak ada Tun Mahathir, dia mungkin masih merempat di Singapura!

Apa khabar Nazmi Faiz?

Nazmi Faiz, pemain tengah Beira-Mar dengan jersi no. 8...
Lama tak dengar khabar pemain muda Nazmi Faiz yang kini bermain di liga utama Portugal bersama kelab SC Beira-Mar. Sekarang ini kempen liga-liga di seluruh Eropah sudah pun bermula dan sudah pasti Nazmi sekarang sibuk dengan aksi di liga negara itu.

Difahamkan setakat ini sudah enam perlawanan liga sudah berlangsung dan Nazmi selaku pemain termuda (18 tahun) di kelab itu masih belum diberi peluang turun beraksi. Bahkan daripada enam perlawanan liga, Beira-Mar hanya mencatat tiga keputusan seri manakala tiga lagi mengalami kekalahan, dan kini berada di tangga tercorot liga dengan tiga mata.

Perkembangan liga utama Portugal dan kelab Beira-Mar boleh diikuti di sini atau laman web rasmi kelab di sini...!

Apa pun aku harap pengurusan Beira-Mar memberi peluang kepada Nazmi untuk turun beraksi manakala Nazmi pula seboleh-bolehnya rebut peluang menunjukkan kehebatan sebagai anak Melayu pertama beraksi di liga Eropah selepas Fandi Ahmad (Singapura) yang bermain untuk Ajax Amsterdam sekitar tahun 1980-an dahulu.



Pssstt... Tak ada ke sesiapa nak tubuh Fan Club Biera-Mar kat Malaysia ni? Takkan kelab-kelab EPL saja? Err... Jersi kelab ini ada jual kat Uptown tak?

07 October 2012

Sultan yang akan pilih MB, bukan lagi Najib?

Najib belajar sesuatu hasil daripada krisis pelantikan MB Terengganu yang berpunca dari kelemahan Pak Lah selaku PM masa itu.
Semua menteri besar (MB) negeri-negeri yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 akan ditentukan oleh sultan negeri masing-masing dan bukan lagi di bawah kuasa Perdana Menteri. Wow... Itu laporan yang baru aku terima.

Seorang sahabat yang juga orang kuat politik di Terengganu memaklumkan aku bahawa Najib tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah Badawi sehingga berlaku kekecohan pelantikan MB di Terengganu dan Perlis dengan mengambil langkah menyerahkan kepada istana untuk memutuskan siapa yang akan mengetuai pentadbiran negeri masing-masing.

Sepengetahuannya, Najib sudah pun bertemu dengan semua sultan di negeri-negeri untuk mendapatkan nama-nama calon MB yang sudah dipilih. Sama ada mereka ini MB sedia ada, calon baru dari kalangan wakil rakyat sedia ada atau calon baru yang fresh dan belum bertanding sebelum ini tidaklah dapat dipastikan. Itu semua bergantung kepada kehendak sultan.

Lalu aku cuba korek rahsia tentang nasib Ahmad Said di Terengganu sama ada menjadi "pilihan" Sultan Mizan lagi kali ini selepas pada 2008 dia mendakwa mendapat perkenan tuanku untuk mengambil alih pentadbiran negeri yang kaya dengan petrolium itu daripada Idris Jusoh.

Sahabat aku enggan mengulas. Dia tidak mengiyakan, tidak juga menafikan.

Tapi bila aku tanya macam mana hubungan Ahmad Said dengan Idris, dia kata... "macam itu jugaklah..." Bila aku kata elok dua-duanya Najib spike, dan lantik orang baru sebagai MB, sahabat aku menyokong. "Itulah jalan terbaik!" katanya heee...

Itulah yang tuanku mahukan, bukan? Heee... sahabat aku tersengih!

Dan berdasarkan maklumat, pemerhatian dan ramalan aku, antara negeri yang bakal mendapat MB yang baru pada PRU-13 nanti ialah Terengganu, Johor, Perlis, Kedah (sama ada Pas menang atau kalah, Azizan Razak kemungkinan besar diganti), Selangor (sama ada PKR menang atau kalah, Khalid Ibrahim bakal diganti), Kelantan (dengan ramalan BN dapat rampas Kelantan, kalau tidak Nik Aziz kekal jadi MB dan bakal mencatatkan rekod MB paling lama berkuasa di Malaysia!).

Jadi sesiapa yang bercita-cita besar nak jadi MB tu, himpit-himpitlah sultan di negeri masing-masing, termasuk juga kalangan pemimpin UMNO Selangor! Hee....

05 October 2012

Iklan Rakyat 1Malaysia yang buat Anwar hantuk kepala kat lantai...

Inilah Iklan Rakyat 1Malaysia (IR1M) yang tak diumum Najib masa Bajet 2013 atas alasan strategi politik dan pemasaran. Puak-puak pembangkang tengok iklan ini pasti depa hantuk kepala kat lantai.

Wakakaka...



Pilihan di tangan anda.... !

03 October 2012

Baru terima: Senarai Kabinet bayang-bayang pakatan haram?

Seorang rakan telah email satu senarai yang didakwa sebagai Kabinet bayangan pakatan pembangkang jika memenangi PRU-13. Khabarnya ia adalah hasil keputusan mesyuarat biro politik PKR tanpa pengetahuan DAP dan Pas.

Kalau betullah ini senarai kabinet bayangan yang tersebut, aku nak tanya pandangan puak-puak penyokong pembangkang, terutama Pas... Apakah kalian puas hati? atau menyakitkan hati?

BERIKUT SENARAI KABINET BAYANGAN YANG DIMAKSUDKAN:

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)

Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)

Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)

Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Dr Tan Seng Giaw (DAP)

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)

Datuk Mustafa Ali (Pas)

Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)

Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)

Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)

Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)

Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)

Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)

Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)

Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)

Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)

Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)

Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)

Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)

Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)

02 October 2012

Ni siapa penakut ni? Najib ke Anwar?

Haish... Pening kepala aku baca blog-blog prokerajaan dan propembangkang sekarang ini. Puak sebelah sana kata Najib penakut sebab tidak mahu berbahas dengan Anwar tentang Bajet Alternatif, sebelah sini pula kata Anwar yang pengecut sebab tidak berani umum Kabinet bayangan.

Bloglist yang menunjukkan blogger propembangkang (sebelah kiri) dan prokerajaan (kanan) yang duk saling tuduh menuduh! Pening... pening...!!
Tengoklah bloglist "Voice Of Bloggers" ni. Kedua-dua blogger duk saling tuduh menuduh, kata mengatakan. Aku percaya bukan aku sahaja yang pening, rakyat pun dah naik mual-mual dengan cerita-cerita macam ini. Belah sana duk serang Najib/UMNO/BN konon yang dibuat kerajaan tak betul, yang sebelah sini pulak duk kata kat Anwar yang tak betul. Lalu siapa yang betul ni?

Korang fikirlah sendiri! Tapi dengar khabarnya bajet alternatif pembangkang tu dibuat oleh seorang amoi kepercayaan Anwar. Siapa tu? Hemm... budak Cina didikan Singapork dan berkiblat pemikiran Karl Marx soal kesamarataan! Wow...

Agaknya kalau pembangkang berjaya rampas Putrajaya dan Anwar jadi PM, budak Cina ni Anwar nak angkat dia jadi Gabenor Bank Negara kut? Mana tidaknya, Najib nak buat bajet kena kumpul orang-orang bijak pandai ekonomi dan kewangan dari Bank Negara, Perbendaharaan Negara, Kementerian Kewangan, MAMPU dan lain-lain. Tak cukup itu, dia buka lagi cadangan dari rakyat menerusi blog 1Malaysianya.

Tapi bajet pembangkang dibuat oleh seorang budak Cina? Wow...

Jadi, wajarlah sangat kalau Najib pun malas nak berdebat pasal bajet dengan Anwar sebab mamat ni sebetulnya bukan tau apa-apa pun pasal ekonomi. Dulu belajar sastera je kat UM tu. Setakat jadi Menteri Kewangan, hee Pak Lah Badawi pun jadi Menteri Kewangan!

Lagipun bajet pulak adalah idea seorang budak perempuan Cina. Bukan taraf Najib nak berdebat soal bajet ciptaan budak berhingus tu....

01 October 2012

Protes projek Rapid Pengerang... Ada orang UMNO tumpang sekaki?

Protes puak-puak pembangkang terhadap projek Rapid di Pengerang. Betul ke ada orang UMNO tumpang sekaki?
Beberapa hari lepas aku bertemu dengan seorang sahabat yang bekerja sebagai pegawai tinggi Petronas. Dia bercerita bahawa sekarang ini dia terpaksa ulang-alik KL-Kota Tinggi sebab kena jaga projek Rapid di Pengerang. Dia mengeluh sebab sekarang ini dia terpaksa tidur pukul 3  -  4 pagi sementara projek tu nak dimulakan.

Bila tahu dia jaga Rapid aku pun tanya kenapa projek tu jadi panas lagu tu? Dia kata silap PM sebab cepat sangat umum projek tu menyebabkan ramai yang ambil peluang. Puak-puak pembangkang ambil peluang mencari political-milage dengan mengadakan protes konon projek itu merosakkan alam sekitar.

Tapi yang tak tahan katanya, ada juga orang UMNO yang tumpang sekaki menabur pelbagai cerita di kalangan penduduk sehinggakan Petronas kini "bermasalah" untuk mengambil alih tanah-tanah di kawasan terlibat. Dia kata orang-orang UMNO yang nak tolak Azalina Othman Said tu boleh jadi duri dalam daging. Adoii... penat! Keluh sahabat aku!

Dia kata, Petronas kalau nak buat projek lebih suka diam-diam saja. Kalau dah siap, baru war-warkan. Tengok macam kat Kertih, Terengganu dulu. Tau-tau dah terbentang pusat-pusat penapisan minyak dan gas. Begitu juga di Melaka.

Tapi di Pengerang ni, belum apa-apa PM dah umum. Tambah pulak dalam keadaan pembangkang duk cari pasal, mereka ambil kesempatan. Walhal projek ini memberikan keuntungan besar kepada penduduk Pengerang, Kota Tinggi bahkan kepada ekonomi Johor. Bayangkan sekarang Pengerang umpama pekan mati dan tak ada apa-apa hasil mahsyur (melainkan pusat pendaratan pendatang haram Indon) akan maju setanding Kertih dan Miri. Gerutu sahabat aku.

Soalan. Patut ke PM disalahkan bila keadaan jadi macam ni? Bagi aku apa salahnya Najib nak beritahu rakyat khususnya negeri Johor dan penduduk Pengerang yang kerajaan akan memajukan kawasan mereka dengan pembangunan mega dan secara tak langsung menguntungkan rakyat.  Benda itu baik, bukan perkara tak elok.

Lagi pun ia bukannya macam kerajaan Pas Kelantan yang nak buat jambatan. Berkokok seluruh negara kata depa nak buat jambatan akhirnya mereka duk keliling negara kutip duit rakyat. Rupa-rupanya jambatan tu dibina hasil sumbangan peribadi rakyat. Patut nama jambatan rakyat... Tapi projek Rapid ni rakyat tak perlu keluar satu sen pun. Malahan penduduk yang terlibat akan diberikan rumah baru free, pampasan wang tunai yang cukup untuk pergi haji sekelamin.

Tapi biasalah. Oleh sebab ramai samai yang iri, itulah jadinya. Pembangkang iri kat BN sebab terus memajukan negeri tak putus-putus sekali gus memberi hasil kepada rakyat. Puak-puak UMNO pulak iri sebab masing-masing berebut nak jadi calon, nak jadi ketua bahagian. Itulah jadinya...

Akhirnya yang jadi mangsa orang kampung yang terpengaruh dengan hasutan. Anak-anak orang lain berduyun-duyun dapat kerja kat sana, anak-anak depa duk melukut tepi tangga pejabat DAP/Pas tapi habuk pun tadak! Bukan takat nak kasi kerja, nak campak 10 sen pun belum tentu. Silap-silap depa pula duk hulur tabung minta derma dengan rakyat!

Hanya orang bodoh sahaja yang tolak pembangunan. Ingat... depa yang duk hasut rakyat suruh berdemo konon demi alam sekitar tu silap-silap jenis berak pun tak basuh. Main lap pakai tisu saja... Nak bercakap pasal alam sekitar? Hehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...