30 December 2012

Apek... Dulu penjaga gol, sekarang penjaring gol?

Biar bonar? Khairul Fahmi Che Mat nak melepaskan tugas menjaga gawang pasukan kebangsaan kepada Farizal Marlias. Aik? Kenapa tu... kenapa? Takkan sebab merajuk selepas dia hanya diturunkan sekali pada Piala Suzuki AFF baru-baru ini?

Tapi mengikut sumber yang sahih, Apek bukan merajuk. Sebaliknya, dia mahu bertukar angin dan untuk menjadi penyerang pula. Ini kerana matlamatnya sekarang bukan lagi menjaga gawang, sebaliknya mahu menjaringkan gol ke gawang lawan.... Ops!

Hehe... Jangan terkejut...! 
Itu semua hanyalah lawak seorang kawan aku di pejabat semalam, sejurus Apek dan Leuniey sah menjadi pasangan suami isteri. Kawan aku kata, lepas ni Apek memang tidak ada masa untuk menjaga gawang kerana lebih sibuk untuk menjaringkan gol ke gawang Leuniey ... Wakakaka... Siot!

Sorry laa Apek... Kawan aku tu saja buat lawan hujung tahun 2012. Apa-apa pun "Selamat Pengantin Baru" Apek dan Leuniey. Pesan kawan aku... pastikan gawang Leuniey sentiasa dibolosi.... 

La la la la...

27 December 2012

Seronok tengok Anwar berperang dengan Zam kat siber

Haha... seronok tengok Anwar Ibrahim duk berperang dengan Zainuddin Maidin (Zam) kat blog masing-masing. Serangan Zam paling hangat bila dia kaitkan Anwar dengan BJ Habibie, mantan Presiden Indonesia sehingga panasnya sampai ke kuping bapak Presiden SBY.

Aku ingatkan perang Anwar-Zam ini sampai setakat itu sahaja, rupanya sekarang ini bertambah dahsyat. Zam duk lempar macam-macam peluru berpandu kat Anwar mulai isu pembelian kapal terbang keluaran Indonesia sampailah perihal video seks Anwar dengan China Doll.

Oleh sebab Anwar panas hati dengan Zam yang duk serang dia, maka Anwar pun menggunakan membalas serangan. Tak cukup kat ceramah-ceramah umum, Anwar turut menggunakan blognya untuk menyerang balas Zam. Ahaha... seronoknya...!

Nanti kita tengoklah siapa yang kena....!!

Baca blog Zam kat sini dan blog Anwar kat sini. Bacalah serangan kedua-dua pihaknya ini.
Sumber: voiceofbloggers.blogspot.com

26 December 2012

Safee, Apek digugur dari skuad Harimau Malaya?

Safee Sali (kiri) dan Khairul Fahmi antara pemain yang dicadang digugurkan...
Mengejutkan!

Penyerang sensasi Safee Sali dan penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek adalah antara pemain yang patut digugurkan daripada skuad Harimau Malaya selepas kegagalan skuad itu di kejohanan Piala Suzuki AFF.

Itulah antara pemain yang menjadi pilihan para pembaca blog ini yang patut digugurkan daripada senarai pemain Harimau Malaya, selain Amar Rohidan, Fakri Saarani dan Aidil Zafuan. Mereka adalah antara pemain yang mendapat undian tertinggi dalam bancian "Mereka yang patut digugurkan daripada skuad Harimau Malaya" yang dibuat sejak dua minggu lalu.

Selain para pemain tersebut, 65 peratus daripada pengundi bancian ini mahukan agar ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal digugurkan.

Sementara itu, Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli, Shakir Shaari dan penjaga gol, Farizal Marlias pula adalah antara pemain yang paling rendah menerima undian atau dengan kata lain, para pengundi mahu mereka terus kekal dalam kesebelasan Harimau Malaya.

Berikut senarai pemain Harimau Malaya yang patut digugurkan seperti mana hasil undia yang dibuat di blog ini (berdasarkan peratusan): 


  • K.Rajagobal (Jurulatih)  (65%)
  • Amar Rohidan (50%)
  • Fakri Saarani (37%)
  • Khairul Fahmi (Keeper)  (35%)
  • Safee Sali (34%)
  • Aidil Zafuan  (31%)
  • Badrol Bakthiar (26%)
  • Bunyamin Umar (25%)
  • Safiq Rahim (25%)
  • Azmi Muslim (25%)
  • Azamuddin Akil (24%)
  • Gary Steven Robbat (21%)
  • Khyril Muhymeen (19%)
  • Kunanlan (13%)
  • Zubir Azmi  (13%)
  • Norshahrul Idlan Talaha (11%)
  • Fadhli Shas  (7%)
  • Shakir Shaari  (7%)
  • Farizal Marlias (Keeper) (6%)
  • Wan Zack Haikal (5%)
  • Mahali Jasuli  (4%)

21 December 2012

Nik Aziz patut bertanding mulai 1946 lagi!

Nik Aziz kata dia akan terus bertanding selagi UMNO tak ubah perjuangan daripada sebuah parti kebangsaan kepada parti Islam. Itulah alasan yang dia bagi semata-mata nak mempertahankan kerusi MB dan DUN sehingga akhir hayat.

Kalau benar sebab UMNO Nik Aziz bertanding pilihan raya, sepatutnya dia mula masuk politik mulai 1946. Sebab masa itulah UMNO lahir dan lahirnya UMNO sebab nak mempertahankan orang Melayu dan agama Islam daripada menjadi mamahan penjajah.

Tapi aku nak tanya juga, kenapa Nik Aziz tak pulak letak jawatan apabila Pas kini dah tukar perjuangannya daripada sebuah parti memperjuangkan Islam kepada parti memperjuangkan Anwar Ibrahim menjadi PM, mengejar Putrajaya dan yang penting menukar slogan "membangun bersama Islam" kepada "Ke arah negara berkebajikan".

Nik Aziz boleh menggunakan UMNO sebagai alasan untuk terus bertanding pada PRU akan datang, sekali gus mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records sebagai MB paling lama di Malaysia dan antara wakil rakyat yang paling banyak menjadi calon dalam pilihan raya bersama-sama Lim Kit Siang dan Karpal Singh (erk... semua pemimpin pembangkang ke?)

Tapi realitinya rakyat termasuk di Kelantan sudah sedar bahawa Nik Aziz sebenarnya kemarut kuasa. Patutlah Allah mengingatkan manusia agar berhati-hati dengan tiga perkara yang boleh membinasakan manusia - wanita, harta dan kuasa. Subhanallahh...

Betul Nik Aziz... Nak bertanding bukan perlu tubuh badan yang sihat. Bukannya nak bergocoh.... Tapi kalau tubuh badan tidak sihat, macam mana nak mentadbir sebuah negeri atau negara? Nik Aziz lupa bahawa "menjadi wakil rakyat" atau MB bukan sekadar memberi ceramah agama setiap minggu tetapi juga menuntut mereka turun padang melihat masalah rakyat.

Kalau Rasulullah yang tugasnya menyampaikan wahyu Allah pun turut turun padang melihat masalah rakyat dan membantu menyelesaikannya, inikan pula seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat.

Nik Aziz mungkin sudah nyanyuk sehingga tidak sedar bahawa UMNO sudah lama berubah, iaitu sejak UMNO memecat Anwar Ibrahim. Sebabnya UMNO menjadi punah dan rosak disebabkan makhluk parasit itu. Dan kini parasit tersebut sedang memamah pula Pas dan DAP secara sedikit demi sedikit.

Benarlah kata seorang kawan....  "Orang jahat tidak akan kata dia jahat......". Tapi Nik Aziz tak jahat. Dia cuma hanyut dengan kuasa dan darjat dunia yang ada padanya sehingga dia lupa bahawa semua itu adalah belaian iblis menyesatkan umat manusia!"


20 December 2012

Bila pelakon CZ12 terlebih seksi kat Malaysia (Update!)

Wow! Jackie Chan pun tak boleh tahan tengok....
NOTA:
Ada tambahan info dan gambar lain di bawah...

POS ASAL:
Haha... Kesian dengan artis wanita Hongkong yang sorang ini. Gara-gara "tersilap" memilih gaun yang menampakkan sebahagian besar payu daranya, dia menjadi resah gelisah ketika sesi temubual bersama wartawan di sebuah hotel di Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

Yao Xintong yang merupakan pelakon wanita dalam filem terbaru Jackie Chan, CZ12 datang ke Malaysia bersama-sama Jackie dan seorang lagi pelakon wanita filem tersebut, Zhang Lanxin.

Bagaimanapun, ketika sesi bertemu pengenalan sempena tayangan perdana filem itu di Kuala Lumpur beberapa hari lepas, Xintong yang memakai gaun yang seksi sehingga menampakkan sebahagian besar payu daranya kelihatan resah gelisah.

Dia acap kali membetulkan lengan bajunya yang tersangkut di bawah bahu sehingga menonjolkan lagi apa tertonjol. Mungkin dia perasan ramai mata-mata nakal duk perhatikab di bahagian asetnya itu sehingga dia pun naik resah.

Agaknya dalam hati dia menyesal memilih pakaian tersebut untuk dipakai ketika sesi di Kuala Lumpur. Mungkin Xintong tak tahu kalau orang Malaysia ni susah nak dapat tengok "benda baik" macam tu secara percuma di khalayak ramai. Sebab itulah asetnya menjadi tumpuan.

Hehe... Mungkin pelakon ni fikir KL macam Kawloon atau Hollywood!

Haiya amoi aaa... Lu mau seksi-seksi aa or mau nude aaa... lu tunggu itu Ah Eng jadi PM laaa...




*Foto-foto ihsan seorang sahabat. Tq bro!


TAMBAHAN:
Rupa-rupanya perihal artis ini berpakaian seksi dalam majlis dan ditempat awam bukanlah asing.  Pada Festival Filem Toronto baru-baru ini, Xingtong turut mendapat perhatian apabila dia tidak memakai coli dan mengenakan gaun yang agak nipis sehingga menampakkan bahagian tuuuttt... nya. 

Diceritakan, ketika bergambar bersama pelakon utama CZ12, Jackie Chan memberikan anak patung beruang supaya Xingtong boleh menutup sedikit bahagian yang sememangnya ramai yang nak lihat. Ish... ish... ish...!!

Tengoklah gambar Xingtong ketika bergambar bersama pelakon-pelakon CZ12 di Toronto baru-baru ini.. Haishhh....

Pakaian Xingtong (kiri) yang dipakai ketika Festival Filem Toronto membuatkan Jackie Chan pun naik malu...

  

19 December 2012

Melayu DAP sama macam Melayu PKM?

Ramai yang tanya aku kenapa orang Melayu boleh masuk DAP dan kemudian hentam bangsa sendiri? Aku jawab apa nak hairan, kalau orang Melayu boleh masuk komunis apalah sangat kalau mereka nak masuk DAP. Kedua-dua jenis Melayu ini sama saja... tak yakin dengan bangsa sendiri dan jenis otak taruk kat buku lali.

Dulu orang Melayu masuk komunis sebab mereka percaya orang Cina boleh memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajahan Barat. Taksub dengan slogan itu maka berduyung-duyung orang Melayu masuk komunis dan menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Maklum masa itu belum ada teknologi komunikasi dan multimedia maka orang Melayu yang masuk komunis tak tahu dan tak faham pun apa itu komunisme.

Sedangkan kenyataannya, PKM itu bukan setakat nak membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah Barat tetapi mereka mahu menguasai negara ini dan memperluaskan fahaman komunis di rantau Asia Tenggara. Tapi orang Melayu tak sedar tak tahu apa-apa.

Kalau ikut pengertiannya, komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat.

Erk... Bukankah fahaman komunis ini mirip-mirip dengan apa yang diperjuangkan oleh DAP iaitu pembentukan "Malaysian Malaysia". Maknanya rakyat Malaysia mempunyai hak sama rata ke atas semua perkara tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Tiada bangsa Melayu, Cina atau India tapi hanya bangsa Malaysia. Semua agama boleh bina rumah ibadah masing-masing tanpa had dan tidak perlu ada raja-raja Melayu untuk menjadi ketua negara/negeri. Semuanya adalah hak rakyat...

Di bawah Malaysian Malaysia juga tiada kuota untuk bumiputera dalam sektor hartanah dan peluang pendidikan. Siapa berduit boleh beli banyak-banyak rumah dan siapa pandai boleh masuk U. Tak ada kuota-kuota. Semuanya berlandaskan meritokrasi. Sama tak macam fahaman komunis?

Kalau orang Melayu menganggotai PKM sebab mereka tidak tahu apa itu komunisme disebabkan tiadanya maklumat, bagaimana pula dengan Melayu yang menyertai DAP di zaman tekologi maklumat dan komunikasi berada di hujung jari dan telapak tangan? Korang fikirlah sendiri...

Yang jelas kalau dahulu orang Cina mempergunakan Melayu untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai blok komunis, sekarang Cina DAP mempergunakan Melayu untuk merampas Putrajaya dan membentuk "Republik Malaysia" ...

Jika nak sangat perubahan dengan menjadikan Malaysia seperti negara jiran di mana pemerintahan negara dikuasai anak beranak dan semua bangsa diberi hak sama rata, azan dari masjid dan surau tidak lagi boleh menggunakan pembesar suara yang boleh berkumandang sehingga ceruk taman dan kampung dan mahu melihat anak-anak Melayu tidak boleh masuk U dan hanya layak jadi nelayan dan petani.

Atau nak tengok tiada lagu kuasa raja-raja Melayu dan nak tengok macam mana orang Cina menjadi TUAN dan orang Melayu menjadi HAMBA di bumi sendiri, marilah kita pakat sokong DAP dan pastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti atau PRU akan datang...

Hidup Cina... Hidup DAP.... Pergi mampus Melayu.. Pergi jahanam UMNO!!!

18 December 2012

AirAsia oh AirAsia....

Banyak kos tersembunyi disebalik tawaran seperti ini!
AirAsia kena denda oleh mahkamah Australia sebab tidak memasukkan cukai, caj dalam laman webnya. Ahahaa... Ini namanya penipuan secara halus.

AirAsia ni memang banyak isu "hidden cost" yang tidak kita sedari. Khabarnya dulu kalau bagasi kurang daripada 15 kilo tiada bayaran, tapi sekarang semua kena caj. Ada kawan aku terlewat 5 minit dah dibatalkan tiket walhal penumpang belum masuk dalam kapal terbang lagi dan pintu belum ditutup.

Banyak lagi komplen-komplen berkaitan AirAsia sebetulnya. Tapi entahlah... aku pun tak pernah naik AirAsia... bahkan naik kapal terbang pun sekali dua je setakat ini...
AirAsia didenda A$200,000 kerana tidak memasukkan cukai, caj dalam laman web

MELBOURNE, 18 Dis (Bernama) — Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.
Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 di Mahkamah Persekutuan Melbourne hari ini kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press.
Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia berkata kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori “dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal”.
Denda itu membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu, serta, dari Perth ke Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City dan Hangzhou dan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City..

Selanjutnya baca dalam Bernama Online
Tak ada ke pengguna AirAsia di Malaysia ni nak komplen pasal hidden-hidden cost AirAsia ni? Atau sememangnya kita tidak ada undang-undang untuk menghukum pihak-pihak yang berbohong secara halus macam ni? Macam mana dengan Tribunal Tuntutan Pengguna?

Entahlah... Ramai yang mengakui bahawai AirAsia adalah penerbangan paling murah. Campur tolak dengan  kos-kos tersembunyi itu, ia tetap masih murah. Cuma biasalah kalau murah tu. Ada saja yang tak memuaskan...

15 December 2012

Antara Adam Lanza dan Israel, siapa lebih kejam?


Hari ini satu dunia berduka apabila 20 kanak-kanak berusi antara 5 hingga 10 di sebuah sekolah rendah di Connecticut, AS terbunuh selepas seorang remaja 20 tahun melepaskan tembakan rambang di kelas mereka. CNN dan media-media AS duk siarkan cerita mengenai tragedi ini seharian. Malahan Barack Obama juga menangis di hadapan wartawan, sedih dengan apa yang berlaku.

Tapi  apakah dunia juga berdukacita apabila rejim zionis Israel dengan sewenang-wenang melepaskan peluru berpandu ke rumah-rumah awam di Gaza sehingga mengorbankan ratusan (bahkan sudah ribuan) nyawa tidak berdosa, yang antaranya adalah kanak-kanak?

Apakah Barack Obama menangis apabila menyaksikan mayat anak-anak Palestin ini bergelimpangan dibedil peluru berpandu Israel? Tidak... tiada siapa pun peduli. Obama sendiri menyokong serangan tersebut dengan alasan Israel mempertahankan diri daripada serangan Palestin. Malahan pemimpin Melayu/Islam yang konon begitu alim dan bersih seperti Anwar Ibrahim sendiri turut menyokong Israel (Rujuk kenyataan: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,”).

Bagi aku, amukan Adam Lanza ke atas kanak-kanak itu adalah sekelumit sahaja berbanding mangsa serangan membabi buta Israel dan penderitaan keluarga kanak-kanak itu juga adalah secuit sahaja berbanding penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

Bukan aku menyokong tindakan Lanza tetapi sikap double-standard para pemimpin dunia (terutama Barat), rakyat AS, rakyat seluruh dunia terhadap nasib kanak-kanak Palestin. Mereka menggambarkan kematian 20 kanak-kanak seolah-olah satu tragedi maha dahsyat yang sukar untuk dimaafkan tetapi apabila Israel menyerang dan membunuh kanak-kanak Palestin, mereka semua tersenyum tanda kepuasan!

Oh...Kejamnya dunia!

14 December 2012

Wajarkah manusia ini dibiarkan hidup?


Wajarkah manusia ini dibiarkan hidup? Dengan merogol kanak-kanak dan remaja sehingga ada mangsa yang meninggal dunia, apakah kesalahannya itu masih boleh dimaafkan?

Apakah masih ada peguambela yang sanggup membantu membebaskannya atau meringankan hukumannya?

Aku percaya kalau dia tidak membunuh seorang pegawai perhutanan Bentong dan merogol isteri mangsa  tempoh hari yang membawa kepada penangkapannya, sudah pasti masih ramai lagi kanak-kanak dan remaja menjadi mangsa kerakusan nafsu syahwatnya.

Malah tidak mustahil masih ramai lagi anak gadis atau wanita yang menjadi mangsa nafsu buasnya yang mungkin tidak dilaporkan. Mungkin bukan sahaja di Bentong atau Raub, mungkin juga di negeri-negeri lain... siapa tahu?

Namun aku percaya, di luar sana masih ramai yang bersimpati dengan manusia ini, sepertimana mereka bersimpati terhadap peliwat bersiri seperti manusia seorang itu. Kalau mereka sanggup menggadaikan agama, bangsa dan negara mempertahankan peliwat bersiri berkenaan, sudah pasti mereka juga sedia mempertahankan manusia seperti ini.

Cuma bezanya manusia yang satu itu menggunakan darjat dan wang ringgit untuk memperdaya mangsa liwatnya, manusia yang satu ini menggunakan kudratnya untuk meragut perawan dan nyawa mangsanya.
Subhanallah...!

Persamaannya... kedua-dua manusia ini mengejar nafsu...

NAFSU SYAITAN!!!

13 December 2012

Harimau Malaya perlukan sentuhan baru!

Dua tahun lalu, percaturan Rajagobal menjadi sehingga mampu menjulang Piala Suzuki AFF.
Misi gagal!

Itulah yang boleh disimpulkan dengan perjuangan anak-anak buah K.Rajagaobal dalam mempertahankan Piala Suzuki AFF apabila disingkirkan Thailand dengan agregat 3-1 selepas tewas 0-2 di Bangkok malam ini.

Skuad Harimau Malaya yang pada awalnya mencetuskan keraguan untuk menjayakan misi tersebut selepas melihat persembahan mereka ketika beraksi pada siri persahabatan bertemu Vietnam, Thailand, (tewas) Hong Kong dan Bangladesh (seri)  sebelum turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keresahan para penyokong dan peminat bola sepak negara menjadi kenyataan apabila Malaysia dijinakkan Singapura 3-0 pada aksi pertama. Bagaimanapun, Safee Sali dan rakan-rakan berjaya mengembalikan keyakinan penyokong dan peminat apabila berjaya membenam Laos 4-1 dan Indonesia 2-0 untuk mara ke separuh akhir.

Walaupun sekadar seri 1-1 di peringkat separuh akhir pertama, namun strategi Rajagobal  mempertaruhkan formasi 4-5-1 ternyata berjaya mengekang Thailand. Cuma sedikit kesilapan membolehkan skuad Gajah Perang itu berjaya memperoleh gol ketika beraksi di gelanggang lawan, sekali gus memberi sedikit kesukaran kepada Harimau Malaya beraksi di Bangkok.

Apa yang aku nak katakan, persembahan Harimau Malaya menentang Thailand malam ini jelas menunjukkan bahawa Thailand mempunyai kelas tersendiri dengan hantaran-hantaran tepat, penguasaan bola serta serangan-serangan berbisa.

Manakala Malaysia pula,  berbeza sekali permainan mereka malam ini berbanding Ahad lalu di Kuala Lumpur. Mungkin keputusan-keputusan pengadil memberi sedikit rasa tidak puas hati di pihak kita, khususnya tindakan melayangkan kad kuning kedua kepada Fadhli Sas sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam tempoh 50 minit terakhir.

Bagaimanapun secara keseluruhannya skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 dapat aku simpulkan bahawa:
  1. Corak permainan Harimau Malaya tidak konsisten. Sekejap baik, sekejap hancur.
  2. Teknik dan tektik yang diterap kepada pemain mudah dibaca pihak lawan, tidak variasi dan kreatif untuk mencari peluang gol.
  3. Rata-rata pemain kita lembik dan acap kali "tersungkur" di kaki lawan. Mungkin teknik merebut bola dari kaki lawan dan berhadapan dengan lawan perlu diperbaharui. Bukan sekadar menyondol atau menguis.
  4. Para pemain masih lemah dalam membuat hantaran-hantaran terutama hantaran jauh dan silang. Teknik hantaran masih lemah di sana sini. Sering kali menghantar ke belakang atau ke kaki lawan. Hantaran juga mudah dibaca pihak lawan
  5. Yang paling ketara ialah istilah yang sering aku guna - terkentut di tahiyyat akhir. Acap kali di hujung-hujung perlawanan kita sering longlai, bermain sambil lewa terutama ketika mendahului lawan.
Itulah antara kesimpulan yang dapat aku "kutuk" pasal Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF tahun ini. Oleh sebab itu, aku mencadangkan agar FAM mencari seorang jurulatih baru untuk membimbing skuad nasional. Bukan kata Rajagobal tidak bagus, tapi adalah lebih baik mencari jurulatih baru. Sekurang-kurangnya dapatlah menerapkan teknik dan teknik bola sepak lebih moden dan terkini di kalangan pemain kita.

Ketika seluruh negara ASEAN menggunakan jurulatih asing, apa salahnya jika Malaysia juga mencuba pula mendapatkan sentuhan jurulatih luar negara tetapi jurulatih itu biarlah yang baru dan bukannya recycle jurulatih asing yang sebelum ini.

Kalau pasukan negeri berani melabur berjuta-juta ringgit untuk membawa masuk pemain ternama dunia memeriahkan Liga Super tahun depan, atas alasan apa pula FAM begitu kedekut untuk keluarkan peruntukan yang lebih besar untuk membawa masuk jurulatih berkaliber dari luar.  Bukankah meningkatkan prestasi skuad negara itu misi utama FAM?

Dah tiba masa kita berubah!

Alahai Pas... Macam mana nak laksana hudud?

Dua isu kontroversi di Kelantan iaitu isu tangkapan pasangan gay Cina yang berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah kereta dan isu salon rambut menunjukkan bahawa Pas tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud. Sebabnya, kalau kedua-dua kes ini pun Pas susah nak buat keputusan tegas, bagaimana pula bila melibatkan kes-kes yang lebih besar.

Dalam kes tangkapan khalwat pasangan gay ini, kerajaan Pas Kelantan pada mulanya menafikan laporan media berhubung tangkapan itu. Mungkin mengelak daripada terpalit dengan kontroversi lagi selepas isu salon. Tapi akhirnya mereka mengakui wujudnya tangkapan tersebut dengan bersandarkan rakaman video! Sekali lagi... RAKAMAN VIDEO sebagai bukti!

Kes salon pula, kerajaan Pas Kelantan menangguhkan peraturan larangan menggunting rambut melibatkan pelanggan berlainan jantina di salon milik orang bukan Islam. Padahal sebelum ini mereka duk kata undang-undang itu sudah lama diguna pakai. Tapi sebab dipersoalkan oleh pemimpin tertinggi DAP, maka Pas Kelantan kena akur.

Itu belum laksanakan hukum hudud. Macam manalah kerajaan Pas ... OK... kerajaan Pakatan Rakyat nak menangani isu membabitkan pesalah Islam dan bukan Islam. Sebagai contoh, dua lelaki iaitu seorang berbangsa Cina, bukan Islam dan seorang lagi berbangsa Melayu dan beragama Islam telah ditangkap kerana mencuri.

Aku memang bukan seorang yang arif dalam bab perundangan, apatah lagi perundangan Islam. Jadi aku nak tanya mereka yang pakar di luar sana, apakah hukuman ke atas kedua-dua pesalah itu berdasarkan HUKUM HUDUD PAS?

Sebabnya, bagi aku yang tak pandai ini, kalau mengikut hukum hudud yang Pas perjuangkan, hukum hudud untuk mereka yang beragama Islam. Jadi dalam kes ini, pesalah beragama Islam didakwa di mahkamah syariah (hudud) manakala bukan Islam di bawah mahkamah sivil. Kedua-dua didapati bersalah dan disebabkan pesalah beragama Islam tertakluk pada hukum hudud maka hukumannya potong tangan. Rakan sepencurinya yang bukan Islam pula didakwa di bawah undang-undang sivil dan hukumannya penjara 10 tahun.

Macam mana? Dah jumpa penyelesaiannya???

10 December 2012

Negeri berkebajikan... Yuran sekolah agama RM200++

Tahniah kerajaan Selangor kerana telah melaksanakan manisfesto pilihan raya lepas iaitu mewujudkan sebuah negeri berkebajikan. Malahan janji pakatan rakyat untuk memberikan pendidikan percuma termasuk menghapuskan PTPTN jika memerintah negara pun sudah dilaksanakan.

Ini terbukti apabila kerajaan Selangor mengenakan yuran lebih RM200 untuk mendapatkan pendidikan percuma di sekolah-sekolah agama di negeri itu. Sekolah-sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bukan sahaja cukup pemurah sehingga memberikan buku-buku teks percuma, malahan turut mengenakan yuran sebanyak RM20 sebulan.

Baru-baru ini ketika aku mahu mendaftar anak aku memasuki Tahun 1 di sebuah sekolah agama di negeri Selangor, aku diberikan sekeping kertas tertulis "Senarai Yuran Persekolahan Tahun 2013 - Yuran yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)".

Di situ tercatat bahawa yuran keseluruhan termasuk yuran pendaftaran, yuran tambahan, yuran peperiksaan, yuran amali Islam (kokurikulum) dan yuran kebajikan; buku-buku teks Jakim; buku-buku latihan dan lain-lain yang berjumlah RM163.30 bagi tahun 1.  Bagi tahun 2,  3 dan 4  mencapai RM147.00 manakala tahun 5 dan 6 mencapai RM156.00. Semua bayaran itu tidak termasuk yuran bulanan sebanyak RM20 yg kalau dicampur semuanya boleh mencecah RM200 dan ke atas.

Bayangkan anak-anak aku yang akan berada di tahun 1, tahun 3 dan tahun 6 pada 2013 dan bayangkan berapa banyak yuran yang perlu dibayar untuk menikmati pendidikan agama Islam di negeri berkebajikan seperti di negeri Selangor ini? Mencecah RM1,000.00

Bayangkan bagaimana kesusahan rakyat Selangor yang berpendapatan rendah nak menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama di negeri ini, tentu berfikir dua kali. Dan bayangkan juga jika semakin ramai anak-anak di negeri Selangor tidak menikmati pendidikan agama kerana bebanan yuran, apakah nasib mereka selepas ini?

Dan jika dalam tempoh 10 tahun lagi jumlah pengamal LGBT di Selangor meningkat, mereka yang mengamalkan agama pluralisme juga akan bertambah, malahan jika makin ramai remaja "berbuka puasa" di gereja-gereja juga semakin ramai, maka kita tahulah salah satu sebabnya!

Oh Selangorku!

06 December 2012

Bumi bergelap selama tiga hari? Lawak ke der?

Kedudukan bumi pada 23-25 Disember yang konon dikeluarkan Nasa... Heeee
Aku terima email dari seorang kawan yang aku kenal mengenai perkara ini. Bagaimana pandangan kalian mengenai hal ini?

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Aku percaya kalau fenomena ini akan berlaku, satu dunia sudah kecoh membuat persiapan untuk mengharungi hari-hari yang gelap. Bukan sejam dua tu tapi sampai tiga hari. Lawak ke der? Tapi sehingga kini tak ada pun sebarang berita mengenai berlakunya fenomena tersebut.

Lalu apakah kita patut mempercayai berita seperti ini dan kemudian menyebarkannya kepada rakan-rakan melalui email atau lain-lain media sosial? Fikir-fikirkanlah...

04 December 2012

AES lagi... Penjelasan Ketua Pengarah JPJ!

Berikut penjelasan Ketua Pengarah JPJ berhubung pemberian tender AES. Harap semua pihak termasuk rakan-rakan blogger yang tak puas hati pasal AES selama ini boleh hilang serabut sebab duk fikir pasal AES atau saman yang bakal diterima. Kalau lepas ni tak puas hati juga, elok naik basikal saja... AES gerenti tak ambil gambar!!
TENDER AES DIBUAT SECARA TELUS, KATA KETUA PENGARAH JPJ 

PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) — Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaa Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa.
Menurutnya keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 Sept lalu.
Solah yang mengeluarkan kenyataan bagi mengulas dakwaan antaranya pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender, juga berkata pihaknya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.
Antara negara terbabit ialah Korea Selatan, Australia, Amerika Syarikat serta Switzerland dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005, yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES, katanya.
Kerajaan kemudian menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja, katanya.
Menurut Solah, hasil laporan lawatan itu juga kerajaan pada 2006 bersetuju mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan.
Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.) (dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); TESS CAPITAL Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan SAGEM dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd.
(dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea. - BERNAMA ONLINE 4.12.2012
Selanjutnya baca di sini...

01 December 2012

Sejak bila lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) dipinda?



Aku nak tanya, sejak bila rentak dan lirik lagu Warisan ciptaan bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Tan Sri Nordin Kardi ini dipinda dan digubah semula? Sejak bila pula lirik "Melayukan gagah di nusantara" ditukar? Sejak bila lagu yang penuh semangat ini akhirnya menjadi sebuah lagu melankolik? Kenapa takut sangat nak nyanyikan "MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA?"

Aku tertanya-tanya perkara ini sebab sejak aku sekolah menengah lagi lagu Warisan ini mempunyai lirik seperti ini:

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)


Tapi sekarang lagu yang boleh membangkitkan semangat orang Melayu, menyedar orang Melayu dan boleh menyebabkan segala roma tegak berdiri jika dinyanyikan sudah diubah suai. Apakah dah jadi yeop?

Ini lirik lagu Warisan versi baru...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Hemm... Entahlah!

Najib... Sediakan satu kerusi untuk Fathul Bari!

Kalau aku boleh memberi cadangan dan kalau Najib seorang pendengar suara akar umbi, kat sini aku nak cadangkan agar satu kerusi diberikan kepada Ustaz Fathul Bari untuk bertanding pada PRU-13 nanti, tak kiralah kerusi DUN atau sebaik-baiknya Parlimen.

Bukan sebab aku ada kepentingan dengan Ulama Muda UMNO ini tetapi sebab aku yakin kalau namanya diletakkan di mana-mana kawasan di Perlis, aku yakin dan percaya Fathul Bari mampu memberi kemenangan besar kepada UMNO/BN.

Auranya cukup kuat dan suaranya sangat didengari oleh rakyat dan pengundi. Malahan dia juga dihormati oleh lawan sebab keilmuannya yang tinggi dalam bidang Islaman.

Buktinya masa dia menjadi pembahas usul pada Perhimpunan Agung UMNO hari ini, seluruh PWTC baik di Dewan Merdeka, ruang legar di Aras 2 atau di Riverside menjadi sunyi sepi. Sebahagian besar mereka yang ada di sekitar itu memberi tumpuan terhadap pidatonya. Cukup lantang, bernas tetapi dalam maknanya.

Dalam dia duk hentam pembangkang, sempat juga dia menjentik orang-orang UMNO. Hebat... Malahan masa Pengerusi Tetap minta Fathul menamatkan hujannya kerana masa sudah habis, hadirin di Aras 2 yang mengikuti pidatonya di skrin besar menjerit-jerit membantah kerana belum puas mendengar hujahannya.

Masya-Allah...

Najib, berilah ruang dan peluang kepada ulama-ulama muda dalam UMNO ini untuk sekurang-kurangnya bertanding di satu kerusi Parlimen di setiap negeri. Insya-Allah, jika ulama-ulama muda ini bertanding, aku yakin dan percaya kemenangan besar berada di pihak BN.

Ulama-ulama muda ini boleh menjadi tentera untuk menentang fatwa-fatwa sesat Pas sebab selagi fatwa sesat ini tidak diperbetulkan, semakin ramai umat Islam di negara ini sesat dan menyesatkan oleh parti sesat macam Pas!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...