12 January 2013

Anwar kecewa Himpunan Shamsidar berlangsung aman

Nampak ramai sebab Stadium Merdeka kecil... kalau buat kat Stadium Nasional Bukit Jalil pasti kelihatan lebih kosong. - Foto FB PDRM
Anwar Ibrahim pastinya kecewa apabila Himpunan Shamsidar berlangsung dalam keadaan aman damai di ibu negara hari ini. Malahan sehingga kini tiada sebarang kejadian buruk berlaku termasuk insiden polis pukul peserta demo, FRU sembur air dan gas pemedih mata dan lain-lain.

Sebaliknya kehadiran sejumlah kecil polis hanyalah untuk mengawal lalu lintas dan menjadi "penunjuk arah" kepada para peserta himpunan yang datang dari seluruh pelosok negara menyebabkan Anwar mati kutu walaupun beberapa ceramah diadakan di beberapa lokasi bagi membangkitkan semangat dan kemarahan para penyokong mereka.

Keadaan ini sudah pasti menggagalkan Anwar untuk menunjukkan sekali lagi kepada dunia tentang kekejaman dan ketidakadilan kerajaan Malaysia yang patut mendapat perhatian dunia termasuk PBB sekali pun.

Anwar berharap apabila berlaku rusuhan antara pihak berkuasa dan peserta demonstrasi (lagi besar lagi bagus, kalau ada kematian laaaagiii baguss...) bagi membolehkan beliau merayu kepada Barat untuk membantu menjatuhkan kerajaan BN.

Ramai yang bertanya kenapa mereka beriya-iya mahu mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar dan dilengkapi kemudahan letak kereta yang lebih luas dan lapang dan kemudahan pengangkutan awam terjawab.

Sebabnya jika mereka berhimpun di stadium lebih besar seperti Stadium Bukit Jalil, ia akan menampakkan jumlah peserta himpunan tidak ramai kerana stadium Bukit Jalil mampu menampung sehingga 100,000 orang berbanding Stadium Merdeka yang separuh daripadanya.

Maknanya kalau mereka berhimpun di stadium lebih kecil, ia akan kelihatan padat walaupun jumlahlah jauh lebih kecil berbanding Perhimpunan Gelombang Merah anjuran UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu.

Sudah pasti pihak pembangkang akan mewarwarkan bahawa Himpunan Shamsidar mendapat kejayaan dengan penyertaan 500,000 orang, lengkap dengan gambar-gambar superimpose yang menggambarkan jumlah peserta yang luar biasa ramai.

Sedangkan menurut kenyataan pihak polis, ia dianggarkan antara 50,000 hingga 60,000 orang sahaja berdasarkan kapasiti stadium dan keluasan kawasan sekitarnya.

Apa pun nyata strategi kerajaan yang "membiarkan" puak pembangkang berdemonstrasi di kawasan tertutup seperti stadium dan bukannya di jalanan atau Dataran Merdeka ternyata membuahkan kejayaan yang membuatkan Anwar semakin kehilangan modal untuk memburukkan kerajaan.

Psssttt.... Tunggu laporan palsu pembangkang...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...