07 January 2013

C.E.C = Cer Ejas Cikit rupanya.... Hemmm!

OOooo.... Sekarang barulah aku tahu apa makna C.E.C yang DAP duk pakai selama ini. Rupa-rupanya CEC tu "cer ejas cikit".... Maksudnya setiap keputusan dalam pemilihan CEC ni boleh diejas-ejas mengikut kehendak pucuk pimpinan rupanya.

Yalah bila pemilihan DAP tidak memilih wakil Melayu dan lebih ramai wakil India dalam barisan kepimpinan parti, depa boleh pula buat-buat silap pengiraan walhal itu semua adalah taktik depa nak "ejas" keputusan undian supaya orang-orang tertentu boleh menang.

Hehe... Inilah tabiat DAP. Macam-macam mana sekali pun tetap jugak nak ejas. Kalau tak ejas tak nama DAP-lah. Yalah kalau bukan sebab ejas-mengejas macam manalah Lim Kit Siang boleh menjadi pemimpin seumur hidup DAP. Kalau bukan sebab ejas-mengejas takkanlah Lim Guan Eng yang juga orang Melaka boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan atas sebab ejas-mengejas antara Ngeh-Nga dengan Nik Azizlah maka Nizar Jamaludin boleh jadi MB Perak (untuk tiga bulan) walaupun secara lojik dik akalnya Pas memang tak layak jadi MB pun. Ejas bang jangan tak ejas... Heee

Bila dalam pemilihan DAP baru-baru ini, orang Melayu kalah teruk maka DAP pun ejas-ejas supaya Zairil Abdullah (nama Melayu tapi darah Cina) boleh menang pemilihan walaupun pada awalnya dah kalah teruk. Tapi sebab nak beli undi orang Melayu pada PRU-13 nanti maka DAP pun ejaslah mana-mana yang patut sehingga Zairil boleh dapat tambahan 500 undi selepas pengiraan semula.

Haishhh... Apa punyalah Microsoft Excell ni sampaikan boleh berlaku kesilapan pengiraan lagu tu. Hemmm DAP patut saman saja Microsoft dan Bill Gates sebab kelemahan Excel menyebabkan berlaku kesilapan pengiraan tersebut. Mungkin sebab Tony Phua tak sempat nak ejas Bill Gates, itu pasal jadi lagu tu... Hahaha...

Apa pun terima kasih aku nak ucap kat Microsoft Excel sebab mencelikkan rakyat seluruh negara terutama di Pulau Pinang bahawa DAP cuma pandai cakap bila bercakap pasal pilihan raya bersih, walhal depa nak urus tak sampai 2,000 pengundi pun boleh jadi "kotor". Hehe...

Itulah masalahnya bila parti dipimpin oleh warga emas yang sudah nyanyuk manakala Setiausaha pula berkuasa melebihi seorang Presiden. Haishhh....

Weih... DAP! Bubar jelah CEC tu. Buat pemilihan baru.... Ada berani ke?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...