09 January 2013

Kalimah Allah: Jawapan untuk Nik Aziz, Hadi dan Anwar

Nik Aziz kata: Biarlah orang bukan Isle pakai kalimah Allah. Ia macam berdakwah juga. Kalau orang bukan Isle guna kalimah Allah, siapa tahu kalau hati mereka terbuka dan masuk Islam.

Aku kata: Orang Cina di Kelantan dan Terengganu bukan sekadar boleh sebut Allah malahan ramai yang boleh mengucap dan sebut Bismillahirahmanirrahim dengan lancar. Tetapi mereka tidak juga memeluk Islam dan tetap sebagai orang kafir. Jadi, kalau Nik Aziz nak harapkan orang kafir guna kalimah Allah akan masuk Islam, aku rasa Nik Aziz ni kuat berangan.

Hadi dan Anwar kata: Orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah asalkan "tidak disalahgunakan".

Aku kata: Orang kafir tidak akan salah gunakan kalimah Allah kerana tujuan mereka meminta izin menggunakan kalimah itu adalah untuk muatkan di dalam Bible versi bahasa Melayu. Maknanya penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka.

Persoalannya, kenapa perlu ada Bible berbahasa Melayu sedangkan kita semua tahu orang Melayu yang berbahasa Melayu adalah 99.9999 peratus beragama Islam? Kenapa perlu ada bible bahasa Melayu? Kenapa Bible diterjemah dalam bahasa Melayu sedangkan mereka tidak menggunakan bahasa Melayu pun dalam perbualan harian mereka. Malah mereka tidak mahu menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan.

Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim..... Memang bukan kesalahan bagi orang kafir nak guna perkataan A.L.L.A.H dan aku sendiri tidak pernah menghalang mereka menyebut Allah, menyanyi lagu-lagu negeri yang ada perkataan Allah.

Tetapi apa yang aku, kita dan orang Islam di luar Pas dan PKR pertahankan ialah kalimah ALIF LAM LAM HAH dan mereka mahu menggunakannya di dalam Bible bahasa Melayu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...