08 January 2013

Kalimah Allah: Sultan Selangor bakal dicarut puak-puak Pas!

Sultan Selangor bakal dicarut oleh puak-puak Pas ekoran kenyataan kerasnya yang tidak membenarkan mana-mana agama selain Islam menggunakan kalimah Allah. Tak percaya tengoklah nanti... Sebelum ini pun baginda pernah difitnah dengan pelbagai keburukan hanya kerana mempertahankan kalimah Allah dan isu murtad.

Antara fitnah yang ditabur puak-puak Pas termasuk mengaitkan baginda dengan seorang pelakon bukan Melayu terkenal, menyebarkan gambar-gambar mengenai perilaku anaknda baginda dan macam-macam keburukan lagi. Pendek kata siapa sahaja yang bersanggah dengan kenyataan Nik Aziz, mereka akan dicarut-marut tak kira sultan atau mufti sekali pun.

Tapi mana-mana individu waima pelacur sekali pun, jika membuat kenyataan yang selari dengan Pas akan disanjung tinggi dan silap hari bulan diberi panggilan ustaz atau ustazah walaupun baca al-Fatihah pun tonggeng langgang. Itulah Pas... "Punoh Abis Semuo".

Apatah lagi hari ini jugak dikhabarkan Nik Aziz mempertahankan pendiriannya yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain. Nik Aziz kata bila orang kafir guna kalimah Allah, lama-lama mereka akan masuk Islam. Katanya, penggunaan kalimah Allah ni macam berdakwah jugak lah!! Dushhh...!!

Sama ada Nik Aziz tak faham soalan atau memang dia jenis pemimpin tak ada fikiran. Sebab masalah utama di sini ialah orang bukan Islam nak guna kalimah Allah dalam kitab bible berbahasa Melayu. Maknanya apa tu? Apakah maknanya kalimah Allah itu untuk mendakwah orang bukan Islam masuk Islam atau dakwa bukan Islam untuk memurtadkan orang Melayu?

Tolonglah Nik Aziz ooiii....

Dan bila Sultan Selangor bertitah agar MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mempersoal dan perlekeh fatwa yang sudah dibuat mengenai penggunaan kalimah Allah itu, Anwar dengan sesuka hati mak bapak menuduh MAIS tak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor.

Dia duk pula kata MAIS tu badan bebas dan dipengaruhi UMNO. Kepala bapak dia!



Fakta Perlembagaan: Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri seluruh Semenanjung kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan yang ketua agamanya adalah Yang Dipertuan Agong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...