27 January 2013

Metro Ahad disabotaj? Biar bonar??? (Update)

DIKEMAS KINI (7.30 PM):
Aku dapat tahu pihak JPM sedang menyiasat kemungkinan ada unsur sabotaj sehingga berlaku "kesilapan" yang sangat tidak wajar dilakukan oleh Metro Ahad hari ini. Ini kerana difahamkan "kesilapan" tersebut hanya melibatkan Metro Ahad edisi Lembah Klang, sedangkan bagi edisi-edisi utara, selatan, pantai Timur serta Sabah dan Sarawak tidak wujud kesilapan tersebut.

Seorang rakan di dalam industri surat khabar negara memaklumkan aku biasanya untuk muka surat hiburan lebih-lebih lagi edisi Ahad dicetak lebih awal (sehari atau dua hari) berbanding muka surat utama. Jadi, kesilapan seperti itu sepatutnya tidak berlaku atau boleh dikesan sebelum surat khabar masuk pasaran.

Entahlah....


POS ASAL:
"KAMI SAMA-SAMA SUKA DAN ROZITA BALAS CINTA SAYA ~ NAJIB RAZAK"

Mampus... memang mampus..! Itulah gamaknya maki hamun Ketua Pengarang Metro kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut. Perghhh... bukan kecik-kecik anak buat silap, kesilapan yang boleh menggoncangkan Seri Perdana beb!

Aku duk hitung-hitung sekarang ini nasib KP Metro dan juga editor hiburan Metro Ahad sedang berada di hujung tanduk. Silap perkara lain tak apa, tapi bila kaitkan Najib dengan Che Ta yang juga janda meletup, mau tidak ada orang lain yang meletup-letup!


Pergh... KP Metro & Editor hiburan Metro Ahad bolehlah cari kotak!

Hahahaha....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...