25 January 2013

Orang Pas panas hati dengar khutbah Jumaat hari ini

Surah al-Ikhlas yang dibacakan khatib hari ini jelas tentang hak kalimah Allah. Tapi orang Pas tetap tak boleh terima...

Keluar daripada masjid selepas solat Jumaat, aku nampak ada beberapa jemaah berjubah sedang menepuk-nepuk belakang bahu seorang rakannya. Mereka berbual-bual tapi kurang jelas di pendengaran aku. Bila aku melewati kumpulan jemaah itu, aku dengar lelaki yang ditepuk bahu itu bersuara..."Tunggulah akhirat nanti...!!"

Aku tersengih dengan "ugutan" jemaah itu sebab aku tahu dia dan rakan-rakannya pasti penyokong tegar Pas yang sakit hati dan merah telinga mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan khatib hari ini. Isunya mengenai kalimah Allah.

Khatib dengan berapi-api menyeru umat Islam mempertahankan kalimah Allah agar jangan sampai digunakan oleh penganut agama lain. Beliau membacakan beberapa petikan al-Quran yang menjelaskan bahawa kalimah Allah adalah milik umat Islam dan haram bagi umat Islam membenarkan penganut agama lain menggunakannya.

Khatib juga menyebut bahawa kufur seseorang Islam itu jika membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam kitab-kitab agama lain.

Dush... dush... dush...

Mau tidak panas berapi puak-puak Pas yang ada dalam masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini sebab khutbah yang disediakan oleh Jakim itu memang menusuk dalam jantung. Tapi macam biasalah, puak-puak ni mana nak percaya segala seruan yang dibuat oleh kerajaan UMNO.

Bagi mereka hanya percayakan Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim. Jadi segala seruan termasuk khutbah-khutbah yang disampaikan itu semuanya tidak betul, fitnah dan seruan orang tak mengamalkan ajaran Islam.

Baca tafsiran surah al-Ikhlas di sini... Tafsiran bukan dari sudut politik!

Gua kasi kipas... biar sejuk sikit hati puak-puak Pas... Hehehe...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...