17 January 2013

Pembangkang kecut! BN bakal menang 160 kerusi pada PRU-13...

Impian pembangkang untuk menawan Putrajaya dan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah tinggal angan-angan Mat Jenin. Hasil pengiraan kasar mendapati Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 160 kerusi Parlimen pada PRU-13 yang akan berlangsung (semakin jelas dan pasti) pada Mac ini.

Wow... Mana datangnya 160 kerusi yang bakal dimenangi BN itu? Ish... ish... ish.. Tak logiklah dengan mengambil kira 700,000 (hehehe... figur Keadilan Daily) orang menghadiri Himpunan Shamsidar tempoh hari tak akan mungkin BN mampu menang dengan jumlah kerusi sebanyak itu dan sekali gus melepasi jumlah dua pertiga majoriti. Haishh... pahit benar untuk ditelan puak-puak sebelah sana.

Namun berdasarkan congakan bodoh, BN sebetulnya mampu mempertahankan Putrajaya malah boleh menang dengan majoriti dua pertiga dengan syarat... sekali lagi... dengan syarat... BN mampu mempertahankan kesemua 140 kerusi yang dimenangi mereka pada PRU 2008 lalu dan merampas 10 kerusi lagi daripada pihak pembangkang. Uik... Ingat senang ke?

Tak susah sebetulnya nak rampas 10 lagi kerusi daripada pembangkang sebabnya BN hanya perlu merampas lima kerusi daripada 23 kerusi yang dimenangi Pas pada 2008, lima kerusi daripada 29 kerusi DAP dan 10 lagi daripada 31 kerusi yang dimenangi oleh PKR. Kesemua kerusi yang BN sasarkan adalah kawasan-kawasan di mana pihak pembangkang memenangi dengan jumlah majoriti yang kecil. Ini bermakna, dengan meletakkan calon yang sesuai dan semua orang UMNO dan Melayu bersatu, Insya-Allah itu boleh jadi kenyataan.

Sebagai contoh UMNO/BN buta-buta boleh rampas satu kerusi Pas di Parlimen Pasir Mas yang kini disandang oleh Ibrahim Ali yang pada 2008 bertanding atas tiket Pas. Malahan, BN juga boleh berkira-kira di beberapa kerusi di Kedah.

Bagi kerusi PKR pula, nak dapatkan 10 daripada 31 kerusi cukup mudah sebab sekurang-kurangnya enam kerusi sudah boleh diborong kerana enam Ahli Parlimen PKR sudah keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan BN hanya perlu berusaha gigih sedikit untuk mencari empat lagi kerusi. Ada beberapa kerusi yang berpotensi termasuk Lembah Pantai. (huhu bye bye Nurul Izzah!)

Kerusi DAP pula? Hemmm... Nampak macam susah tapi sebetulnya tak susah sebab BN hanya mahu mengambil lima kerusi sahaja daripada 29 kerusi dimenangi DAP sedangkan parti itu hanya mempunyai 19 kawasan hardcore termasuk Kepong, Bukit Bintang dan Ipoh Timur. Tapi ada beberapa kawasan lain menampakkan DAP lemah dan boleh dirampas jika strategi MCA berkesan. Khabarnya kawasan-kawasan itu sudah dikenal pasti. Wow... boleh kecut telor Lim Kit Siang!

"Sekarang ini apa yang penting PM perlu meletakkan calon yang tepat manakala semua pemimpin di peringkat bahagian mesti akur dengan pemilihan calon yang dibuat dan menerimanya dengan hati terbuka. Semua orang UMNO dan Melayu bersatu hati... Insya-Allah kita boleh terus memerintah negara," kata seorang sahabat dengan penuh yakin ketika aku bertemunya semalam.

Dan ketika kami bersembang-sembang sambil menyuap nasi sempat juga kami berkira-kira tarikh PRU-13. Sifirnya begini... Najib suka no. 11 dan kebetulan 11 Mac jatuh pada hari Isnin dan Najib akan bubar Parlimen pada hari tersebut. Kemudian penamaan calon boleh dibuat sama ada 16 atau 17 Mac. 23 Mac pula bermula cuti persekolahan sehingga 31 Mac. SPR dijangka akan memberi tempoh berkempen selama 14 hari dan pembuangan undi boleh dibuat pada 29 atau 30 Mac... Hehe..! 

Betul tak Tok Jib?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...