21 January 2013

Putrajaya bakal miliki kuil Hindu paling unik... Dushh!!

Pura di Tanah Lot, Bali ini dikatakan kuil Hindu paling cantik di dunia. Tapi Putrajaya bakal miliki kuil Hindu paling unik...!!

Laporan Bernama Online...
PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama)— Pusat pentadbiran negara, Putrajaya bakal memiliki kuil Hindu paling unik di negara ini yang akan dibina di Presint 20, dengan kos RM12 juta.
Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu berkata kuil yang dinamakan Sri Lalithambikai Alayam itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.
"Majlis pecah tanah dijangka pada bulan Mac ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada September nanti. Kita yakin ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Perbadanan Putrajaya meluluskan pembinaan kuil satu tingkat dan ruang pejabat dua tingkat di Presint 20 itu pada 20 Sept lepas, mengikut Seksyen 22 (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Menurut Samy yang juga bekas Presiden MIC, keunikan reka bentuk kuil itu akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Putrajaya. 

Teringat aku masa buat "lawatan" ke Putrajaya beberapa tahun lepas. Orang di JPM dengan bangga kata Putrajaya tidak akan mempunyai rumah ibadat lain selain masjid. Bukan takat gereja, tokong atau kuil, nak cari pokok-pokok yang ada colok kat bawahnya pun tak ada, bahkan rumah-rumah kecil warna merah yang berhias colok dan buah limau pun tak dapat lihat kat Putrajaya.

Sebabnya, Putrajaya dibuka oleh orang Melayu, orang Islam. Tak macam Kuala Lumpur dibuka oleh orang Cina. Jadi "kemelayuan" dan "keislaman" Putrajaya akan dikekalkan. Sebab itu di Putrajaya tersergam dua masjid yang indah, Masjid Putra dan Masjid Sultan Zainal Abidin. Itu antara yang dimaklumkan ketika lawatan aku itu.

Tapi bila baca laporan Bernama hari ini, aku duk fikir sama ada aku yang tersalah dengar pasal Putrajaya ini atau dah ada perubahan dasar kat Perbadanan Putrajaya? Entahlah...

Dekat-dekat pilihan raya umum ini apa sahaja boleh berlaku!

1 comment:

RAZALI ISMAIL said...

Emmm..sape la punya idea bernas sangat nie....elok2 majoriti putrajaya tu islam melayu..nak plak buat kuil besar..pi la buat kat sepang ke klang ke...aiyooooooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...