12 February 2013

PRU-13: Ahmad Said, Idris Jusoh (pasti) ke Parlimen?

Ini mesej yang baru aku terima. Seorang rakan nun di Terengganu mengirimkan aku mesej menerusi WhatsApp yang mengandungi senarai nama calon-calon bagi negeri Terengganu untuk PRU-13 ini. Banyak nama yang aku tak pernah dengar dan tak berapa kenal. Walaupun ia bukanlah senarai yang sahih tetapi dimaklumkan, senarai itu diberikan oleh orang-orang kanan MB Terengganu sendiri.

Daripada senarai nama tersebut, aku cukup tertarik bila nama MB Ahmad Said dan bekas MB Idris Jusoh masing-masing disenaraikan untuk bertanding di peringkat Parlimen. Mat Said di Kemaman dan Deris di Besut. Kalau betul senarai nama ini dikeluarkan orang kuat MB sendiri maknanya, Mat Said memang mahu melepaskan kerusi "Menteri Besar" kepada orang lain. Rela atau atas arahan pihak-pihak tertentu tidaklah aku tahu. Lagi pun senarai itu bukan senarai nama yang sahih!

Kalau betul Mat Said dan Deris bertanding di Parlimen, ia sudah tentu seiring dengan cadangan aku sebelum ini agar kedua-duanya diletakkan di kerusi Parlimen sebagai jalan penyelesaian "persengketaan" kedua-dua pemimpin itu sejak PRU-12 lalu. Jadi, bila kedua-duanya sudah bertanding di Parlimen, bermakna Terengganu bakal mendapat MB baharu selepas PRU-13 nanti.

Tapi bila aku tanya siapakah orang itu, sudah tentu orang UMNO dan BN Terengganu sendiri pun tidak pasti. Sebabnya seperti yang aku katakan dalam entri aku sebelum-sebelum ini bahawa nama-nama MB akan dicadangkan oleh baginda sultan bagi memastikan peristiwa zaman Pak Lah tahun 2008 lalu tidak berulang.Siapa yang sultan yakin, percaya dan boleh bekerjasama itulah yang bakal dilantik sebagai MB.

Namun bak kata kawan aku tu, masih terlalu awal nak berbincang soal siapa calon MB Terengganu selepas ini sebab apa yang lebih penting ialah memastikan BN terus berkuasa di negeri "keropok lekor" itu. Itu yang lebih utama.



Pssttt... Ikut senarai nama yang diberi, nama seorang rakan aku diletakkan sebagai calon di salah satu kerusi Parlimen. Aku nak ucap tahniah awal-awal walaupun calon yang sebenar hanya diketahui selepas proses penamaan calon! Welcome back Dato!

Share this

1 Response to "PRU-13: Ahmad Said, Idris Jusoh (pasti) ke Parlimen?"

  1. Sama-sama undi yang terbaik..

    Idris education hebat dan boleh menang Ahli MT UMNO walau pegang pengerusi MARA shj..UMNO Malaysia tetap memilih beliau..

    Ahmad Said bagus juga di DUN Kijal,So majulah BN untuk Terengganu.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.