17 March 2013

Apa dah jadi bro MTB?

Aku gelak bila baca mesej kawan-kawan dan para pembaca blog aku sebab lama benar aku tidak kemas kini Mesin Taip Buruk. Ada yang fikir aku sakit teruk sehingga tidak mampu lagi dah nak update blog. Ada yang ingat aku dah pecat perut kena doa dik Nik Aziz sebab selalu sangat kutuk orang tua tu kaw-kaw. Ada juga ingat aku dah kena buatan orang, sihir dik penyokong pembangkang sebab selalu sangat hentam depa.

Hehe... Nak gelak pun ada. Sebetulnya aku masih sihat walafiat, malahan makin berisi adalah. Untuk makluman, aku tidak sempat nak kemas kini blog aku lantaran kesibukan aku dalam tugas-tugas hakiki, penglibatan dalam beberapa NGO dan lain-lain. Memang aku dah miss banyak isu termasuk isu Lahad Datu dan terbaru perihal video seorang mamat yang cukup dikenali sedang melampias nafsu dengan seorang jantan lain.

Tak kemas kini blog tidak bermakna aku sudah berundur daripada penulisan aku dalam blog. Tidak... aku masih bernafsu untuk mengupas, mengulas dan membongkar isu-isu seputar negara. Cuma buat masa sekarang, aku kena fokus terhadap tugas hakiki yang selama ini menjadi tempat aku cari makan menyara keluarga. Lagi pun aku bukannya cari makan dengan blog. Tak macam puak-puak sebelah sana yang sanggup menipu rakyat, menabur fitnah melalui blog sebab nak cari makan dan menyara keluarga. Tidak... tidak! Aku masih boleh bezakan mana yang halal mana haram.

In shaa Allah aku akan kembali berblog selepas ini.

Apa pun aku ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca setia blog aku. Walaupun dah lama tidak ada bahan baru, masih ramai yang mengunjungi blog aku setiap hari. Terima kasih bebanyak...!!




Share this

0 Comment to "Apa dah jadi bro MTB?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.