27 March 2013

Insya-Allah Parlimen bubar hari ini...

TERKINI:
Ramai yang marah-marah aku sebab dengan tanpa rasa bersalah mengatakan Parlimen bubar hari ini (27 Mac) walhal habok pun tadak.

Hari ini 1 April pun ramai yang buat kejutan bodoh bulan April menyatakan Parlimen dibubar. Tak kurang juga kata Anwar mati kena racun... Tapi itu semua April Fool!

Bab kata bubar Parlimen ni janganlah marah aku sebab aku pun orang yang bagi tahu. Bahkan cerita bubar Parlimen ni dah menjadi sebutan di bibir rakyat sejak 2 tahun lalu.
 
POS ASAL:
Insya-Allah Parlimen bubar hari ini. Begitu mantap jawapan seorang sahabat ketika aku tanyakan soalan berhubung tempoh pembubaran Parlimen bagi diadakan PRU-13.

Maklum hari ini (Rabu 27 Mac 2013) adalah tempoh terakhir bagi DUN Negeri Sembilan. Kalau DUN itu tidak dibubarkan hari ini, esok DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri dan kerajaan pimpinan Mat Hassan dianggap kerajaan sementara.

Puak-puak depa tak boleh terima kalau BN terus menguruskan negeri itu sebagai kerajaan sementara. Tak boleh sebab tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, negeri-negeri atau negara diperintah oleh kerajaan sementara. Tidak....

Jangan tanya aku kenapa puak-puak mereka begitu tak puas hati bila Najib belum umumkan pembubaran Parlimen walhal mereka juga dulu bermati-matian tidak mahu bubar DUN negeri-negeri dikuasai mereka sebelum cukup tempoh 5 tahun. Sekarang bila Tok Jib nak tunggu sampai cukup tempoh, depa duk pakat kata kerajaan BN bacul sebab takut bubar Parlimen.

Heee...

Pagi-pagi nanti moh pakat berbaris depan pintu pagar Istana Negara, tunggu Tok Jib mengadap Yang Dipertuan Agong. Mana tau lepas mengadap Agong, Tok Jib buat sidang akhbar depan pagar istana untuk memaklumkan bahawa...

"DYMM Yang Dipertuan Agong telah perkenan untuk pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan..." 

Ops!





Share this

0 Comment to "Insya-Allah Parlimen bubar hari ini..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.