18 March 2013

Kenapa Lim Kit Siang pilih bertanding di Johor? (Dikemas kini!)

TERKINI (18 Mac 2013 / 10:30pm)
Sah Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah. Anwar terpaksa ketepi Chua Jui Meng yang turut berhasrat bertanding di kerusi tersebut semata-mata nak jaga hati DAP. Maklum, menimbun fail bukti liwat I & II Anwar ada pada Pengerusi DAP, Karpal Singh! Dan terbukti juga PKR terus jadi kuda tunggangan DAP! Wassap yo!


POS ASAL:
Memang betullah pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di salah satu kerusi "selamat" di Johor. Bagaimanapun Parlimen yang dia akan tandingi belum dapat dipastikan. Mungkin di Labis atau juga di Nusa Jaya, belum dapat disahkan. Tetapi yang pasti DAP benar-benar berusaha untuk menguasai Johor pada PRU-13 nanti.

Kalau benarlah Kit Siang nak tinggalkan Ipoh Timur untuk ke Johor maka jelaslah bahawa DAP Johor memerlukan pemimpin veteran itu untuk memimpin pembangkang di negeri itu pada PRU-13. Tambahan pula mereka tidak  boleh mengharapkan kepada Chua Jui Meng yang kini masih lagi mempunyai aura BN.

Tambahan pula, DAP sedar bahawa kerusi Ipoh Timur yang disandang oleh Kit Siang memang "selamat" dan boleh dilepaskan kepada calon lain. Bahkan mereka yakin pengundi di Ipoh Timur akan tetap memangkah mereka walaupun DAP meletakkan seekor babi sebagai calon, asalkan ada cop roket.

Maka atas sebab itu, Kit Siang mencari rumput lain yang boleh dimerahkan di negeri Johor, negeri yang menjadi salah satu sasaran untuk pembangkang khususnya DAP untuk dirampas mereka - selain Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Lagipun DAP sedar mereka ada "big brother" di seberang tambak yang boleh memberi aura kepada mereka dan pengundi Cina untuk memilih mereka.

Kesungguhan DAP untuk menguasai Johor diperkukuhkan lagi dengan hasrat mereka yang mahu bertanding di 15 daripada 26 kerusi Parlimen Johor dan sudah pastilah tumpuannya di kawasan bandar di negeri ini.

Aku yakin orang Melayu di Johor masih tebal dengan sentimen kemelayuannya kerana Johor adalah negeri Melayu sejati tapi bagi kalangan orang Cina, sukar untuk dipastikan. Sama ada mereka sokong BN atau sokong DAP, yang pasti ia memberi keuntungan kepada mereka. Cuma kalau ada Melayu yang bagi undi kat depa, aku tak tahulah tang mana keuntungan Melayu tu dapat.

Tapi aku yakin orang Johor tidak akan mudah menyerahkan negeri itu kepada pembangkang, lebih-lebih lagi kepada Kit Siang dan konco-konconya.

Share this

0 Comment to "Kenapa Lim Kit Siang pilih bertanding di Johor? (Dikemas kini!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.