17 March 2013

Kes Lahad Datu buat rakyat makin benci pembangkang

Kalau betul Anwar berjuang untuk rakyat dan negara, kenapa tidak guna Misuari untuk pujuk Jamalul Kiram tarik balik tenteranya dari Lahad Datu?
Ini bukan aku kata tapi beberapa rakan aku yang selama ini bersikap "atas pagar" dalam soal politik. Mereka kata isu Lahad Datu menyerlahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, Tony Puaka, Lajim Ukim atau pun Hadi Awang. Kenyataan mereka yang mengaitkan kes Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO nyata menimbulkan kemarahan rakyat, apatah lagi kalangan anggota polis dan tentera.

Kenyataan Tony Puaka memang membuatkan hati rakyat terutama orang Melayu menggelegak. Mereka tidak boleh terima kenyataan seorang Cina yang sesedap mutut menuduh kejadian di Lahad Datu sebagai permainan politik UMNO. Sebabnya kita semua tahu, kes Lahad Datu melibatkan orang Melayu dan beragama Islam. Yang mati mempertahankan negara adalah orang Melayu/Islam dan yang menceroboh sehingga mengorbankan ratusan nyawa di pihak mereka juga orang Melayu dan beragama Islam.

Dan kalau orang tanya kenapa kerajaan lambat bertindak terhadap puak-puak Sulu ini, alasan aku mudah sebab mereka orang Melayu dan sama-sama Islam. Kita tidak mahu sehingga berlaku pertumpahan darah. Sebab itu kerajaan lambat bertindak. Tapi sebab mereka mulakan dahulu, maka berlakulah insiden berdarah sedemikian.

Apakah Tony seronok melihat orang Melayu saling berbunuhan sehingga dia mencetuskan provokasi sedemikian? Dan pertanyaan juga, kenapa Anwar yang kononnya mempunyai hubungan akrab dengan Nur Misuari tidak bertindak sebagai pendamai dengan memujuk orang Sulu berundur daripada Sabah? Kenapa? Apakah ia membenarkan laporan risik Filipina bahawa pencerobohan orang Sulu ke Sabah kerana mendapat restu pemimpin tertentu dari negara ini? Benarkah?

Sedangkan aku percaya, jika Anwar benar-benar mengaku tidak terlibat dengan insiden di Lahad Datu, dan jika Anwar mengambil langkah berunding dengan Jamalul Kiram dengan bantuan Nur Misuari sekali gus menamatkan sengketa di Lahad Datu, aku yakin sokongan rakyat terutama di Sabah terhadap pembangkang pastinya melonjak dan membawa signifikan kepada Anwar bagi menghadapi PRU-13.

Malangnya, pembangkang menggunakan isu Lahad Datu untuk memburuk-burukkan BN dan tidak kurang juga yang memperkecil dan memperlekeh PDRM dan ATM. Kenyataan Hadi Awang lebih BODOH lagi apabila mendakwa "kemiskinan" rakyat dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu membawa pencerobohan. Bodoh sebab Hadi Awang buat kenyataan itu tanpa melihat realitinya.

Apapun aku nak ucap terima kasih kepada Jamalul Kiram sebab dengan menghantar bala tenteranya ke Sabah, ia membongkar hati busuk pemimpin pembangkang khususnya Anwar dan Tony Puaka dan lebih berterima kasih kerana Lahad Datulah maka pembangkang bakal kehilangan lebih banyak undi khususnya dari kalangan anggota polis dan tentera serta ahli keluarga mereka.

In Shaa Allah, PRU-13 Putrajaya kekal milik BN, Kelantan milik BN dan Kedah juga kembali ke pangkuan BN....!!!

Share this

0 Comment to "Kes Lahad Datu buat rakyat makin benci pembangkang"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.