18 March 2013

Parlimen bubar minggu depan?

Bisik-bisik sampai ke telinga aku pagi ini menyatakan Najib akan membubarkan Parlimen minggu depan bagi membolehkan PRU-13 dijalankan April ini. Ikut kata jurubisik tu, Parlimen dijangka dibubarkan minggu ini tetapi tanda-tanda ia menjadi kenyataan masih samar. Banyak perkara berlaku minggu ini, termasuk keputusan STPM dan SPM.

Memandangkan minggu ini kemungkinan besar tidak menjadi kenyataan, Parlimen dijangkakan pula akan dibubar minggu depan. Jangan tanya aku kenapa Najib memilih minggu depan tetapi bubar atau tidak, April nanti akan terbubar sendiri Parlimen.

Tapi jurubisik aku kata, Najib tak akan biarkan ia terbubar dengan sendiri sebaliknya beliau akan memutuskan tarikh tersebut. Cuma Najib sengaja "melambat-lambatkan" permainan sebagai salah satu taktik permainan. Bukan main bola saja ada taktik melambat-lambatkan permainan, dalam politik dan pilihan raya pun ada. Hehehe...

Apa pun marilah kita sama-sama tunggu sama ada benar Najib akan bubar Parlimen minggu depan atau tidak. Bagi aku bubar bila pun BN pasti akan terus memerintah Malaysia dan kemudian menyaksikan beberapa ahli politik veteran mereka berundur (sebab dah tua sangat dah) antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hadi Awang, Nik Aziz manakala seorang lagi terpaksa dimasukkan Tanjung Rambutan!

Share this

1 Response to "Parlimen bubar minggu depan?"

  1. ikutkan dia suka pecah rekod, mesti dia tunggu sampai perlimen bubar sendiri.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.