01 April 2013

Kelantan... Dari serambi Mekah ke serambi mukah?

Gambar hiase jah!
Puak-puak Pas duk bangga konon Kelantan terus makmur di bawah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru yang duk hari-hari mentarbiah orang kafir DAP sehingga "hijab" Lim Kit Siang terbuka untuk menggunakan lambang "bulan" pada PRU-13.

Tapi orang Pas tak sedar, dalam duk memburuk-burukkan UMNO, mengkafirkan UMNO dan meng-KO-kan UMNO rupa-rupanya Kelantan yang dahulunya dikenali serambi Mekah sudah bertukar menjadi serambi "mukah". Wow....

Guano demo gitu! Bohlaweih!!

Rupa-rupanya slogan Kelantan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala  maksiat terutama kes rogol, khalwat, sumbang mahram, bersekedudukan dan lain-lain gagal ditangani oleh kerajaan Pas Kelantan.

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.

Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Huk aloh weih.... Tu belum lagi cerita pasal jumlah mat gian, isap gam, isap petrol, daum ketum, hidup asap tahi lembu atau jumlah pesakit AIDS sebab ramai rakyatnya duk melampias nafsu kat Golok.

Nyatalah Pas Kelantan sebetulnya GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Inilah kerana sikap bodoh sombong pimpinan Pas Kelantan termasuk Tok Guru Nik Ajis sampaikan  menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.

Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/UMNO kononnya kafir dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan. Haha..

Puak-puak Pas Kelate boh la tunjuk gedebe! Kenyataannya rakyat Kelate makin tolak pimpinan Pas yang kerjanya "berceramah politik" saja sejak dulu sampai lening. Kalah ke menang ke.... cerraaaaaaamaaahh tak habis-habis!!!

#Bohlaweih!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...