02 April 2013

Moto Pas Kelantan... Stadium Diutamakan Masjid Dibiarkan!

Wakaka... Moto baru kerajaan Pas Kelantan.... "Stadium Diutamakan, Masjid Dibiarkan". Apa tidaknya, aku ingat sekurang-kurangnya dah tiga kali Nik Aziz mengadakan majlis pecah tanah nak bina stadium.

Mula-mula dulu tahun 2003 konon nak bina stadium tertutup wanita berharga RM25 juta di bawah projek Lembah Sireh. Lepas tu nak bina pula kat Pasir Puteh entah berapa juta dan terbaru beberapa hari lepas stadium setaraf Olimpuk bernilai RM320 juta kat kaki Bukit Merbau, Selising.

Hem... elok kalau boleh masuk Malaysia Book of Record sebagai kerajaan negeri paling banyak bina stadium.


Imbas kembali tahun 2003 lalu Nik Aziz telah memeterai perjanjian dengan  sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion  bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai  Kelantan di Lembah Sireh.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini kerajaan Pas Kelantan perlu  menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan terutama  dalam bentuk pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.

Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah projek pembinaan  masjid bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium  tertutup wanita bernilai RM25 juta.

Tapi sampai hari ini Lembah Sireh ke mana, stadium ke mana, jambatan ke mana dan tanah pun entah ke mana.... Malang si Pas malang!



Tapi yang buat aku dan rakyat Kelantan pelik, selama 23 tahun memerintah Kelantan, Pas tidak ada cadangan pun nak bina lebih banyak masjid, mengindahkan masjid dan surau di negeri Kelantan yang banyak juga yang daif. Kenapa sibuk nak bina stadium? Kenapa tak nak bina masjid?

Aku ingat kalau kerajaan BN/UMNO tak tolong bina masjid kat Kelantan, orang Islam kat sana ramai yang duk sembahyang tengah padang atau dalam stadium. Yelah... Nik Aziz pun suka sembahyang kat merata-rata tempat... tengah padang, kaki lima. Jadi sebab itulah agaknya Pas Kelantan fikir masjid tak penting berbanding stadium.

Maklum Pas kan suka sangat buat solat hajat dan bermunajat kat stadium berbanding masjid. Sebab apa? Sebab nak tunjuk kat rakyat tudia ramai penyokong Pas. Duk pakat doa KO UMNO pun dalam stadium....

#Bohlaweih #TukarKelantan #GE13 #PRU13
    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...