02 April 2013

Mamat ni bakal dijaja Anwar dan puak-puak pembangkang...

Puak-puak pembangkang sedang susun fitnah nak kaitkan mamat ini dengan Najib atau UMNO...!
Percayalah sekejap atau lambat puak-puak pembangkang akan menjaja nama DS Muhammad Ridhuan sebagai orang UMNO. Mamat yang dicari polis kerana didakwa menyalurkan dana kepada orang Sulu sudah pasti akan menjadi "modal kempen" bagi pembangkang untuk mengaitkan UMNO dengan keganasa puak-puak Kiram di #Lahad Datu.

Biodata mamat ini akan diselidiki. Status parti anutan mamat ini juga akan diselongkar dan begitu juga nama-nama saudara mara atau rakan atau teman seminum yang boleh dikaitkan dengan Najib atau UMNO sedaya upaya ditelusuri. Dan jika tidak ditemukan sebarang kaitan, maka diciptalah pelbagai bukti palsu. Dan kalau perlu hina Nabi pun mereka sanggup. Asalkan boleh dikaitkan dengan UMNO.

Itulah hebatnya penangan puak-puak pembangkang ini. Ini semua semata-mata nak mengelabui mata rakyat dan cuba melindungi laporan agensi berita asing Reuters yang mengaitkan kejadian #Lahad Datu dengan seorang pemimpin pembangkang. Laporan dibuat bersumberkan risik Filipina... sekali lagi risik Filipina. Bukan laporan #Utusan...

Aku bukan nak menuduh sebab nak membuktikan hal ini cukup payah. Kalau terang-terang ada bukti rakaman video macam skandal China Doll pun mereka spin habis sampaikan tidak ada perkataan bersalah langsung kepada pelakon dalam video tersebut sebaliknya yang bersalah adalah UMNO, pihak yang tidak ada kena mengena langsung dengan pelakon-pelakon dalam video tersebut. Ini kan pula soal perkara yang buktinya antara jelas dengan kelabu.

Ya... bukan aku nak tuduh. Tapi aku ingat kata-kata orang tua "berani kerana benar, takut kerana salah" dan hanya orang yang rasa bersalah sahaja yang ketakutan dan melompat melenting apabila dituduh menjadi dalang kejadian #Lahad Datu yang mengorbankan 8 perwira negara. Siapa dia tu???

Sehingga kini Anwar tidak menjelaskan kenapa beliau bertemu Nur Misuari beberapa bulan sebelum insiden #Lahad Datu. Anwar hanya menjelaskan pertemuannya dengan Misuari ketika dia masih menjadi TPM dan Misuari sebagai Gabenor Sulu berbelas tahun dahulu tetapi tidak pula menjelaskan kenapa mereka bertemu beberapa bulan sebelum insiden tersebut, ketika kedua-dua pemimpin ini sudah tidak mempunyai kuasa.


Rakyat juga ingin mendengar dari mulut Anwar sendiri bagaimana dia boleh mempunyai hubungan dengan Jacel Kiram yang turut mengikuti twitter Ketua Pembangkang ini? Anwar boleh sahaja mengaku tidak kenal Jacel sepertimana dia mengaku tidak kenal Datuk Eskay tetapi yang jelas ia menimbulkan kecurigaan di kalangan rakyat.

Bukan itu sahaja, banyak lagi isu berkaitan #Lahad Datu yang tidak dijawab atau dijelaskan oleh Anwar. Sebaliknya setiap soalan yang ditanyakan oleh media dipatahkan dengan ugutan untuk menyaman, bukannya menjawab soalan yang juga menjadi pertanyaan kalangan rakyat.

Apapun aku percaya kepada kuasa Allah. Anwar perlu ingat bahawa sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dan jatuhnya tupai tersebut bukan kerana UMNO tetapi kerana Allah yang mahukan dia jatuh....

#TolakPR #TolakAnwar


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...