17 April 2013

#PRU13: Artikel bantai Nik Aziz dan kawan-kawan "kaw kaw"...

Dah sampai dipapah pun masih ada hati nak jadi menteri besar....
Wakaka... Menarik sungguh artikel yang satu ini. Setuju dengan pendapat bahawa apa guna punya kerajaan baru kalau pemimpin mereka semuanya sudah tua-tua, uzur, bergelut dengan masalah kesihatan, OKU, rosak moral dan rosak akidah. Lebih kekalkan yang lama tapi dibarisi pemimpin muda, kuat, gagah dan berwawasan...

Baca sepenuhnya di sini...
SENARAI penuh calon Barisan Nasional (BN) hanya sudah diketahui hari ini selepas pengerusi perhubungan negeri mengumumkan calon bagi negeri masing-masing.
Namun pengesahan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 33 peratus calon bagi Parlimen dan 49 peratus calon Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah muka baharu.
Dengan perkataan lain, hampir separuh daripada calon-calon lama akan digugurkan kali ini, sekali gus membuktikan bahawa BN benar-benar telah melaksanakan transformasi.
Setelah melakukan transformasi di peringkat UMNO sebelum ini, Najib kini memulakan langkah melakukan perubahan di peringkat BN dengan menampilkan calon-calon boleh menang, berdasarkan kehendak pengundi dan kemampuan mereka menjalankan amanah dan tanggungjawab.
Hal ini ditambah pula PRU-13 adalah pilihan raya umum pertama Najib sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan parti daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Maka sudah pasti, beliau akan memastikan calon-calon yang dipilih benar-benar berkualiti. Tambahan pula pengalaman 2008 banyak mengajar beliau dalam memilih calon.
Selain menampilkan hampir separuh muka baharu, Najib turut menekankan soal tahap pendidikan calon. Tidak hairanlah lebih 90 peratus calon BN kali ini terdiri daripada kalangan profesional yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma, termasuk kalangan ulama.
Hal ini bertentangan dengan pihak pembangkang. Ketika mereka asyik berkempen dengan laungan "ubah... ubah..." kenyataannya mereka sendiri tidak pernah mahu berubah. Calon-calon sangat tua, melebihi usia 70 tahun masih menjadi taruhan pembangkang baik di pihak Pas, PKR apatah lagi DAP.
Veteran-veteran politik seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh (DAP), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) masih lagi mencalonkan diri untuk bertanding pada PRU-13 ketika rakan-rakan sebaya mereka di dalam BN sudah lama meninggalkan gelanggang.
Nik Abdul Aziz yang pernah mengeluarkan kenyataan akan terus bertanding dalam pilihan raya umum walaupun terpaksa dipapah, jelas menunjukkan ketamakan kuasa yang ada pada Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan itu.
Beliau yang pernah suatu ketika dahulu menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar bersara tetapi beliau sendiri masih lagi enggan meninggalkan kerusi politiknya ketika individu yang dinasihati itu sudah lama melepaskan jawatan.
Malahan jika dilihat struktur pucuk pimpinan UMNO sejak ditubuhkan pada 1946 sehingga kini, parti itu telah diterajui oleh tujuh presiden bermula Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lalu siapa yang patut diubah? Apakah benar BN atau pihak pembangkang sendiri?
Jelas pembangkang umpama "ketam yang mengajar anak mereka berjalan dengan betul". Mereka mengajak rakyat dan pengundi membuat perubahan tetapi mereka sendiri masih lagi berada di takuk lama, enggan berundur, masih mahukan kuasa dan pangkat.
Mereka mengajak pengundi memilih kerajaan baharu sedangkan "kerajaan baharu" yang mereka tawarkan dipimpin oleh orang lama yang sudah sangat tua, tidak bermaya, uzur, bergelut dengan masalah kesihatan, lemah dan otak-otak yang semakin mengecut dan lemah untuk berfikir.
Lalu apa yang dijanjikan mereka kepada rakyat menerusi gerakan "ubah" tersebut? Tiada... Melainkan hanya seruan dan janji-janji kosong daripada para pemimpin parti yang hauskan kuasa, pangkat dan kekayaan walaupun "rumah sudah kata pergi, kubur kata mari".
Kini rakyat boleh membuat penilaian dan menuangkannya pada kertas undi di hari pembuangan undi 5 Mei ini, sama ada memilih kerajaan yang dibarisi golongan muda dan berwawasan atau kerajaan yang dibarisi pemimpin-pemimpin tua, uzur dan lemah pemikiran. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...