05 April 2013

#PRU13: Guan Eng awal-awal dah menyerah kalah? Keh keh keh....

Guan Eng awal-awal lagi dah menyerah kalah pada PRU-13 kali ini. Apa tidaknya, semasa mengumumkan pembubaran DUN Pulau Pinang hari ini, Setiausaha Agung DAP yang bercita-cita nak jadi PM itu awal-awal berkata pembangkang tidak akan buat kacau semasa proses peralihan kuasa nanti.

Nak tahu lebih lanjut baca laporan Utusan Online hari ini!

PULAU PINANG 5 April - Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi jaminan akan menyerahkan kuasa pentadbiran dengan lancar sekiranya pembangkang kalah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Menurutnya, beliau berharap perubahan dan pemindahan kuasa itu jika berlaku kelak akan dilaksanakan secara teratur dan tenteram. - Utusan Online

Apa maknanya statement Guan Eng tu? Maknanya dia dah awal-awal lagi membayangkan akan berlaku peralihan kuasa di Pulau Pinang selepas PRU-13, peralihan kuasa daripada kerajaan DAP dan kembali kepada BN.

Aku percaya kenyataan Guan Eng ni ikhlas dan berpijak di bumi nyata selepas dia dapat lihat sendiri "kebangkitan" rakyat Pulau Pinang yang menentang corak pemerintahannya di samping kemarahan umat Islam di negerinya terhadap beliau berhubung isu kalimah Allah.

Itu belum diambil kira kembalinya sokongan rakyat di Seberang Prai terhadap BN lebih-lebih lagi apabila Anwar Ibrahim sendiri melarikan diri dari Permatang Pauh dan mencari kawasan selamat di Ipoh Timur.

Terima kasih Guan Eng... Kalau lu ingat lu dan pembangkang boleh kalah di Pulau Pinang, gua ingat aa lu tak usah bertanding laa... Kalau lu bertanding sure lu kalah punya. Kalau lu kalah di Pulau Pinang, lu pun tak ada tempat lagi mau pergi... Balik Melaka, orang Melaka pun tak mau sama lu. Penang sudah tak mau... Wa ingat lu boleh jadi CM Pulau Jerejak sajalah atau balik Melaka jadi penghulu Pulau Upih... Wakakaka...!!

#TolakPR #TolakDAP #TolakLimGuanEng

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...