06 April 2013

#PRU13: Kenapa Anwar dah tak berani jejak kaki ke Sabah?

Betul ke Anwar dah tak berani jejak kaki kat Sabah sejak insiden pencerobohan Lahad Datu?
Seingat aku sejak tercetusnya insiden pencerobohan pengganas dari Sulu bulan lepas, Anwar tak ada lagi menjejakkan kaki ke Sabah sampailah Parlimen dibubarkan 3 April lepas. Kenapa tiba-tiba Anwar tarik hand break dan tidak lagi kerap ke negeri di bawah bayu itu?

Apakah kerana Anwar takut kalau-kalau terserempak dengan geng-geng Jamilul Kiram atau Nur Misuari kat sana? Manalah tetiba Anwar duk jalan-jalan kat KK atau Sandakan tiba-tiba ada pulak geng-geng Kiram atau Misuari ni menegur Anwar.  Haishhh... jangan-jangan! Nanti tak ada tempat pulak Anwar nak melarikan diri. Maklum, bangunan kedutaan semuanya kat KL.

Tapi ada juga orang kata Anwar dan tak berminat nak pergi Sabah sebab dia dah tau orang Sabah tidak akan menyokong puak-puak Anwar lebih-lebih lagi kalangan orang Kadazan-Dusun-Murut (KDM) yang merupakan suku majoriti di Sabah.

Lebih-lebih lagi apabila tiga pemimpin besar KDM iaitu Joseph Pairin Kitingan, Benard Dompok dan Joseph Kurup ini sudah pun menyatakan kesepakatan untuk memberi sokongan padu kepada BN ketika mengadakan pertemuan Tabata atau perpaduan baru-baru ini. Ketiga-tiga pemimpin itu adalah “Huguon Siou” bagi KDM dan mereka sangat berpengaruh dalam kalangan ketiga-tiga suku tersebut.

Aku dimaklumkan rakan-rakan di Sabah bahawa pakatan pembangkang yang didominasi "parti Malaya" iaitu PKR di negeri itu hampir-hampir lumpuh apabila ketiga-tiga kaum KDM itu mengadakan pertemuan Tabata dan mengadakan ikrar untuk menyokong BN dan Najib sebagai PM.

Mendengar sokongan padu KDM terhadap BN, Anwar yang sebelum ini yakin dapat menyapu 18 kerusi di negeri itu mula goyang dan sudah malu-malu alam nak menjengukkan mukanya di negeri itu. Ditambah pula dengan tindakan pemimpin seperti Tian Chua, Teresa Cock dan beberapa yang lain duk mempolitikkan isu #Lahad Datu dan memperlekehkan pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara akibat pencerohoan itu menambahkan lagi kemerosotan sokongan orang Sabah terhadap PKR dan sekutunya.

Kini, menjelang hari penamaan calon dan pembuangan undi, sokongan Sabahan terhadap BN semakin melonjak lebih-lebih lagi tiga parti terbesar yang mewakili KDM  iaitu PBS, PBRS dan UPKO yang kini bergerak atad gelombang TABATA. Malahan Anwar juga menyedari bahawa harapannya untuk merampas Sabah semakin pudar.


Sebelum ini setiap kali Anwar turun ke Sabah, beliau akan melaungkan slogan "Ini Kali Tukarlah" dan disambut dengan jeritan penyokongnya. Tapi sekarang, aku yakin dan percaya jika Anwar menjerit perkataan sama, pasti orang Sabah menyambut dengan jeritan... "#Lainkalilah bah!

Sedar peluang di Sabah makin pudar, Anwar kini semakin kerap ke Johor dan Perak! Wakaka... Anwar... Anwar... Ingat pesan orang tua-tua... Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua!!


"Tanya sama Nuar apa sebab goyang, nanti jawab Nuar #Najib nak menangggg..."

1 comment:

Ahmad Suhaimi said...

Saya bersetuju sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...