04 April 2013

#PRU13: Penamaan calon 14 April, hari mengundi 27 April?

Wow! Selepas spekulasi tarikh pembubaran Parlimen, sekarang ini timbul pula spekulasi tarikh penamaan calon. Walaupun SPR sendiri belum umumkan tarikh untuk bermesyuarat bagi menetapkan hari mengundi, spekulasi tentang beberapa tarikh penting ini sudah berlegar.

Seorang sahabat memaklumkan aku bahawa SPR akan mengadakan mesyuaratnya 8 April ini dan penamaan calon pula pada 14 April manakala hari pembuangan undi pada 27 April.

Media-media hari ini melaporkan SPR akan memaklumkan tarikh mesyuaratnya paling cepat esok.  Heee... Tunggulah sama ada betul SPR nak bermesyuarat 8 April.

Hemm... Bagi aku tak kisahlah bila tarikh penamaan calon atau buang undi, yang penting semboyan PRU-13 telah ditiup dan gerakan bagi memastikan kemenangan bagi pihak BN perlu dipertingkatkan 350 peratus. Tiada masa lagi nak goyang kaki... Bab goyang-goyang ni kasi orang "sebelah".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...