08 April 2013

#PRU13: Tudiaa... Pembangkang pecah kepala nak "counter" #Manifesto BN

Tudia... Sekarang ni perancang strategi pembangkang khususnya di HQ PKR pecah kepala duk fikir macam mana nak counter Manifesto BN yang dilancarkan Najib Sabtu lepas. Mahu tidaknya, mereka tak sangka begitu lengkapnya manifesto tersebut sehinggakan mereka sendiri naik pening macam mana nak lawan aku janji BN ni.

Difahamkan Rafizi dan Tony Puaka sendiri pun mengakui ada banyak perkara yang terkandung dalam manifesto BN tak terjangkau dik pemikiran mereka. Sebab itulah banyak perkara yang terlepas dan tidak disenaraikan mereka dalam manifesto bukan janji mereka.

Blog Gelagat Anwar ada senaraikan 8 isu yang akan jadi pin-point pembangkang untuk diberi maklum balas atau dilawan segera iaitu. Antara lain, Gelagat Anwar menulis...
1. Beberapa tawaran BN – khususnya dalam topik kesihatan, infrastruktur dan pendidikan mempunyai asas yang baik. Masih boleh dikritik, namun ianya perlu dilakukan dengan hati-hati supaya tidak backfire.
  • Tawaran mewujudkan hospital khas mengikut zon adalah antara yang paling menarik. Tony Pua mengakui, bahawa di dalam manifesto PR, isu ini sudah diberikan pertimbangan yang terlalu sedikit.
  • Tony mencadangkan agar beberapa siri ‘tawaran balas’ dibuat oleh PR dalam masa yang terdekat ini.
  • Antara yang dicadangkan adalah mewujudkan hospital khas kanser dan sakit jantung di Kuching bagi memastikan sasaran DAP untuk menang beberapa kerusi Parlimen dapat direalisasikan.
  • Tony akan hanya menggunakan kelemahan projek Kementerian Kesihatan sebagai alasan mengatakan projek berkenaan tidak akan dapat dimajukan oleh BN.
2. Hubungan Antarabangsa
  • turut tidak diulas dalam Manifesto PR
  • perlu juga tawaran balas.
3. Infrastruktur
  • Tawaran Pan Borneo Highway perlu dikaji
  • Serangan yang boleh dilakukan (projek kroni – untuk anak Taib Mahmud)
4. Harga Kereta
  • BN mempunyai alasan kukuh untuk menjanjikan kadar penurunan gradual.
  • mengakui bahawa manifesto PR tidak melihat kepada isu industri kereta terpakai, insuran dan lain-lain.
5. Tol
  • Rafizi akan buktikan bahawa konsesi sudah membuat keuntungan yang berlipat kali ganda.
  • Jika BN buat keputusan untuk mansuh tol jalan pinggir bandar – PR akan berhadapan dengan masalah besar.
6. Pendidikan percuma
  • Ini Rafizi akan gasak habis-habisan. Tony tidak akan masuk campur. (Komen aku - Nak tanya Rafizi belajar kat AS dulu free ke?)
7. BR1M
  • Rasuah politik. (Komen aku - Gerakan ini sudah bermula. Termasuk mengatakan Najib ajar budak sekolah terima rasuah. Tapi peliknya, depa pun ambik jugak bantuan sekolah ni...)
8. Perumahan
  • Tony mengakui bahawa tawaran BN luar biasa.
Jadi kepada rakan-rakan, apa lagi! Bersiap sedia menghadapi "serangan balas" pembangkang yang sudah pasti menggunakan segala cara untuk mencaras manifesto BN. Haha... Depa ingat depa cerdik, rupanya ramai lagi orang lain lebih cerdik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...