14 April 2013

Sial! Paip air pecah pun nak difitnah...!

Apa motif banner ini?
Memang terdesak sangat dah puak-puak depa ni sampaikan kes paip air pecah pun nak dijadikan bahan fitnah.Lihatlah banner yang dipasang di kawasan Parlimen Pandan ini, seolah-olah semuanya salah Syabas/BN sampaikan kes paip pecah pun sebab BN... Haishh...

Apa ingat Syabas dan BN begitu kejam sehingga sanggup mendera rakyat dengan "meniadakan" bekalan air semata-mata nak menang PRU-13. Come on laa... Syabas/BN tidaklah terdesak sedemikian rupa semata-mata nak merampas kembali Selangor.

Usaha-usaha memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat mencakupi seluruh lapisan - keluarga berpendapatan rendah, budak sekolah, ibu tunggal, bujang berpendapatan rendah, pelajar U, orang tak ada rumah dan sebagainya sudah diberikan pelbagai bantuan. Dan itu semua sudah cukup untuk membuatkan rakyat Selangor sayangkan BN dan menyokong BN pada PRU-13.

Lagi pun buat apa beri sokongan kepada PKR, DAP dan PAS di Selangor yang jelas-jelas tidak pernah menunaikan janji mereka. Manifesto pilihan raya diibaratkan kertas pembungkus belacan yang tidak berguna. Ia hanya penghias setiap kali pilihan raya saja. Jadi rakyat Selangor sudah tidak sanggup lagi berkerajaan PKR yang cakap tak serupa bikin.

Aku nak pesan kat pihak-pihak yang  menggantung banner ini, kalau betullah Syabas berbohong soal paip pecah kenapa Azmin Ali sendiri mengesahkan adanya kes paip pecah di Gombak, kawasan Parlimen yang diwakilinya? Tengoklah komen Azmin kat twitternya...

Itulah orang tua-tua pesan, cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar... kan dah kantoi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...