12 April 2013

Skandal seks... Mustafa Ali letak jawatan, berundur...

Nanti blog Milo Suam mesti spin kata ini pelakon Wan Hanafi Su, bukan Mustafa Ali...
Bukti skandal seks membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sudah tersebar di internet. Bukti yang mengesahkan cakap-cakap yang aku dengar sejak 2, 3 tahun lalu tentang penglibatan seorang bergelar ustaz ini dengan pelacur.

Benar, 2 tahun lepas aku sudah dengar cakap-cakap yang mengatakan Mustafa melanggani pelacur tetapi aku tidak mudah mempercayainya sebab aku tak percaya seorang bertaraf ustaz, pak haji dan seorang pemimpin kanan Pas tergamak menjurumuskan diri dalam kegiatan zina seperti itu. Baca di sini dan di sini.

Tapi sejak malam tadi, tersebar rakaman video berdurasi 11 minit lebih yang menunjukkan Mustafa terlibat dalam skandal seks dengan seorang wanita berusia aku agak dalam awal 30-an. Aku sendiri sudah melihat rakaman berkualiti tinggi (HD) lengkap dengan suara yang jelas. Aku percaya dan yakin 98.9 peratus lelaki di dalam video itu adalah Mustafa Ali, bukan pelakon stunt dari Siam atau sesiapa.

Dari percakapan yang masih berlidah Terengganu itu menjelaskan lagi bahawa lelaki tersebut adalah Mustafa Ali. Bukan aku nak tuduh, nak mengaibkan sesiapa tetapi rakaman video yang aku tengok malam tadi (selepas ditunjuk seorang rakan) mengesahkan cakap-cakap orang 2 tahun lalu.

Oleh itu, melalui blog ini aku mahu mendesak agar MUSTAFA ALI WAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG PAS DAN MENARIK DIRI DARIPADA MENJADI CALON PADA PRU-13.

Allah Akhbar... Allah maha besar. Hari-hari orang Pas doa, sembahyang hajat dan bermunajat bermohon daripada Allah agar ditunjukkan jalan kebenaran, maka Allah makburkan doa-doa orang Pas dan orang mukminin lain, maka kebenaran siapa Mustafa Ali sudah pun ditunjukkan!

Itulah qada dan qadar. Sesiapa yang menolak qada dan qadar Allah, mereka bukanlah orang-orang yang beriman. Subhanallah.... Allah Akhbar!!

5 comments:

Wardah Mawaddah said...

memang buruk punya mesin taip...ketinggalan zaman kot...org nak berpolitik sekarang dah tak pakai dah taktik kotor macam ni...dok FITNAH orang sana sini...apa yang anda DAPAT????hanya kepuasan di dunia saja...akhirat terimalah balasan daripada ALLAH...org yg suka memfitnah org ni, di akhirat nanti, dia potong lidah dia sendiri...sekadar teguran dan renungan kita bersama....jaga hati,jaga mulut, jaga lidah, jaga tatsusila...insyaAllah, hidup kita lebih BARAKAH....

mesin taip Buruk said...

Fitnah ya? Tang mana yg fitnah tu? Tang spendelnya kah? Tang wajahnya kah? Tang aksinya kah? Tang suaranya tah? Cuba terang skit tang mana yg kau kata aku fitnah?

Tapi nak tanya jugak, puak2 korang tak fitnah ke pasal cincin rosmah, pasal altantunya dan beratus2 pasal lagi? Cermin diri dulu sebelum tembak orang lain...!

Ingat segala yang terdedah mengenai pemimpin agungan korang itu adalah dari Allah, bukan dari UMNO atau Najib. Allah yang mahukannya dan video itu hanyalah penyebab. Kun fayakun... Percayalah pada qada dan qadar kerana itu adalah salah2 satu rukun iman. Tak percaya berarti tak beriman... Ada faham???

Berita dari gunung said...

Eluk juga kita semak benar ke tidak, sebelum menuduh orang lain buat fitnah. Dalam alam selanjutnya, memang semua tidak dapat lari dari prinsip pembuktian sehingga jari, mulut, kuku, kaki, lutut dan segala benda akan beri bukti.

Jangan malu dan takut dengan dunia pembuktian, kelak kita terkeliru dengan kehidupan alam ini. Ramai orang pasang CCTV sebab nak jamin keselamatan. Ramai juga pasang spycamera untuk perangkap musuh.

Dalam alam yang sementara ini sememangnya ramai yang jahat, sedikit yang baik. Begitulah yang kita difahamkan. Yang 100 peratus baik lagi susah nak cari.

Memahami kenapa dua beradik anak nabi Adam bergaduh dan berbunuhan menjadikan kita semua lebih sedar tentang kejadian manusia yang suka/sering bermusuh.

Cuma soalnya siapa yang ingin memusuhi Mustafa Ali. Pak Mus bukan pencabar penting dalam pilihanraya untuk UMNO perlu sembelih. Tolong semak kelakuan Mustafa Ali waktu beliau ingin mengumpan dan menjerat PKR. Sejak bila Anwar suka di perlekehkan. Kita perlu faham ragam politik lebih dari kumat-kamit yang disembur dalam ceramah.

Kita juga perlu imbas kembali pergantungan Hadi Awang kepada Mustafa Ali waktu sepenggal jadi Menteri Besar Terengganu, sebagaimana pentingnya Husam kepada Nik Aziz.

Orang berpolitik pada peringkat atasan sering ada senjata sulit. Jangan kita sangka tersingkirnya Nasha dan Hasan Ali adalah kebetulan. Jangan kita terus sangka Mat Sabu menang jadi Timbalan Presiden PAS sebab semua perwakilan PAS sayang dan daulatkan kewarakan beliau. Jauh api dari semanggang.

Malas untuk cerita, tetapi begitulah yang disebut oleh rakan-rakan politik. Perwakilan PAS sudah pandai bermain wang. Anwarlah guru maha agongnya.

Hidup yang lurus dalam dunia ini akan jadi bahan permainan orang cerdas dan kuat temberang.

Mungkin saya temberang, mungkin Hadi temberang, mungkin Nik Aziz temberang, mungkin Mustafa pembelit, mungkin juga Anwar penipu. Akhirnya ingat pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya....

zainuddin abdullah said...

Biarkanlh dia nk bertanding,bn tak rugi apa2 pun..hampas yg mendapat azabnya..dah terlalu bnyk isu moral yg membabitkan pemimpin pembangkang..

moteto said...

Fitnah ialah apabila kita membawa cerita keburukan seseorang sedangkan tiada bukti untuk mengesahkan keburukannya tetapi kalau da ada bukti ia bukan lagi fitnah tetapi menjadi tanggungjawab orang yang dituduh itu untuk buktikan bukan die yang bukan dengan kemukakan bukti2 die...kalau die gagal maksudnye bukan fitnah la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...