01 April 2013

Takut dipanah petir... Pas larang Anwar masuk masjid?

Ni salah satu sebab orang Pas tak kasi Anwar ceramah dalam masjid!
Disebabkan takut dipanah petir dan dilaknati Allah, puak-puak Pas khabarnya semakin jarang mengundang Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah politik di masjid dan surau apatah lagi melibatkan diri dalam solat hajat atau bermunajat. Wakakaa....

Mana tidaknya, bila puak-puak Pas buat solat hajat memohon Allah "tunjukkan kebenaran" semakin banyak pula video dan gambar perilaku songsang Anwar yang terbongkar. Lalu orang Pas kini semakin keliru sama ada video-video dan gambar perilaku Anwar itu benar-benar konspirasi UMNO atau semenangnya petunjuk dari Allah!

Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi Pas, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP, kata satu sumber dalaman parti itu.

Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas Pas itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.

Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.

Arahan juga sudah keluar kepada Haramkah Daily agar mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian Pas percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong Pas.

Namun untuk melihat Pas menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan Pas sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan Pas di peringkat Pusat.

Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam Pas mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.

Menjelang PRU-13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara Pas dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan PR bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.

Hemm... Yolah! Lepas ni bolehlah bubar Pakatan Rakyat ni dan tubuh pula Pakat Kelik untuk PRU-14!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...