08 May 2013

GEMPAK! Ustaz Nasa dalam senarai Kabinet Najib?

Betul ke? Ustaz Nasa (kiri) akan menggantikan tempat Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Gempak bohhh.... Betul ke nama bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasarudin Mat Isa akan dilantik dalam barisan Kabinet Najib? Ada sumber-sumber memberitahu Ustaz Nasa akan  dilantik sebagai Senator dan akan ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri dan menjaga hal ehwal Islam.  Peranannya menyatukan umat Islam yang kini berpecah belah.

Kalau betullah, nyata Najib membuat satu sejarah kerana melantik seorang menteri Kabinet dalam kalangan wakil parti pembangkang. Ini kerana sehingga kini Ustaz Nasa dikatakan masih lagi menjadi ahli Pas walaupun namanya tidak dicalonkan oleh partinya pada PRU-13.

Selain Ustaz Nasa, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga disebut-sebut akan menjadi menteri penuh penggal ini. Walaupun beliau sebelum ini tidak disenangi kerana mempunyai kaitan dengan Pak Lah, namun banyak pihak juga mahukan beliau menjadi menteri penuh. Apatah lagi dengan rekod kecemerlangannya dalam PRU-13 ini.

Itu dua perkara yang dimaklumkan kepada aku setakat ini.

Berikut ramalan aku tentang beberapa muka baru yang bakal membarisi barisan Kabinet Najib penggal ke-13 ini:
  • Datuk Johari Ghani (Menteri)
  • Khairy Jamaludin (Menteri)
  • Rosnah Rashid Shirlin (Menteri)
  • Ghani Othman (Senator - Menteri)
  • Mas Ermiyanti (Timbalan menteri)
  • Irmohizam  (Timbalan menteri)

Selain itu soal siapa yang bakal menjadi MB Terengganu dan MB Negeri Sembilan juga dikhabarkan panas berikutan kedua-dua "Mat" iaitu Mat Said dan Mat Hassan tidak mendapat perkenan sultan dan yang dipertuan besar. Lebih parah Mat Said khabarnya sanggup main kotor asalkan dapat mempertahankan jawatannya itu.

Bayangkan dalam keadaan BN hanya menang dengan perbezaan dua kerusi berbanding pembangkang (17/15) Mat Said dikatakan sanggup keluar UMNO jika beliau tidak dilantik sebagai MB.

Seperti yang aku tulis lama sebelum ini, pelantikan MB dan CM selepas PRU-13 bagi negeri-negeri yang dimenangi BN akan diputuskan oleh sultan di negeri masing-masing dan bukannya PM. Baca di sini. Maka kuasa penentu siapa yang layak menjadi MB bergantung di tangan sultan. Dan itulah nasib yang menimpa dua Mat ini..

Mat... oh Mat....!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...