19 May 2013

Akta Hasutan: Adam Adli dah kena angkut... 27 lagi bakal menyusul!!

Berikut kata-kata Adam Adli ketika perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya yang membuatkan dia ditahan di bawah Akta Hasutan semalam. Baca dan fikir sendiri, apakah memang patut budak ini ditahan atau tidak:
"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada  agen-agen daripada UMNO sekalipun, nama saya  Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan  890703075357, ambil butiran saya, buat  laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua  yang ada di sini kita harus susun dan kita akan  turun ke jalan raya untuk rampaskan kuasa, boleh  atau tidak?, boleh atau tidak?, boleh atau tidak?

“Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli  kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita  akan turun ke ke jalan raya, sebab akhirnya dalam  dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihan raya  takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh  tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat.”

Ikut kata polis hari tu, daripada 33 orang yang berucap pada perhimpunan tersebut, 28 daripada mengeluarkan perkataan berbau hasutan yang boleh didakwa di bawah akta tersebut. Adam Adli dah kena, maknanya ada 27 orang lain.

Tahniah Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru... Dah lama rakyat bersabar dengan kerenah Anwar dan konco-konconya yang tidak putus-putus berusaha untuk menghuru-harakan negara.

INI KALILAH ANWAR DAN KONCO-KONCONYA KENA...!!

Share this

1 Response to "Akta Hasutan: Adam Adli dah kena angkut... 27 lagi bakal menyusul!!"

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.