07 May 2013

Pandangan ringkas keputusan PRU-13...

Aku tak nak tulis panjang-panjang kenapa BN menang tapi tak senang pada PRU-13 kali ini. Aku nak straight forward. Berkias-kias tak guna.
  • Tsunami Cina.. Betul... itu tak boleh dinafikan. Bukan di Selangor saja tapi di seluruh negara. Soalannya kenapa berlaku penolakan besar2 Cina terhadap BN? Salah Najib? UMNO? DAP? PKR? MCA? Gerakan? Muhasabah diri.
  • Kempen Ubah/Ini Kalilah... Kempen pembangkang menjadi. BN pula buat tak kisah dengan gerakan ini. Cuma duk harap Utusan dan TV3 atau blog2 tertentu duk kaunter. Bila rakyat boikot baca Utusan atau tengok TV3, maklumat sebenar tak sampai. Tak ada ceramah umum pemimpin UMNO/BN di pelosok negara. 
  • Terlalu fokus serang peribadi Anwar, Nik Aziz... Serangan keterlaluan ke atas Anwar dan Nik Aziz menimbulkan simpati pengundi.
  • Masalah orang UMNO... Biasa perangai orang UMNO termasuk para pemimpin Pemuda. Projek diutamakan, bantu parti disambillewakan. Tak pernah nak buat turun padang.  Kalau PM tak turun padang tak adalah. Nak harap ketua2 bahagian jauh sekali. Kalau tak di padang golf, kat coffee house hotel. Duk lebat sembang pasal projek, pasal pompuan atau pasal nak cantas orang itu ini. Dah dekat2 nk PRU baru sibuk buat kerja sebab nak tunjukkan kat PM dia buat kerja. Harap dapat jadi calon.
  • Masalah calon... Winnable candidate or wincable candidate? Aku rasa wincable candidate. Kalau tidak takkan semua pegawai yang bekerja di pejabat PM jadi calon. Datuk Shahlan, Fahmi, Shafie dan beberapa lagi. Itu belum lagi orang itu orang ini di peringkat negeri. Siapa buat penilaian tentang winnable candidate? Entah..
  • Pemimpin UMNO kaya/tunjuk kekayaan... Kalau Anwar kata UMNO kuat rasuah memang senang rakyat nak percaya. Mahunya tidak. Baru jadi Ketua Pemuda bahagian dah sibuk dengan projek sana-sini, berkereta mewah ke hulu ke hilir, rumah tersergam indah... Itu belum jadi ketua bahagian atau lain2. Salah Anwar? Rakyat? Atau pemimpin UMNO? Muhasabah diri...
  • Beberapa orang UMNO/pegawai tinggi kerajaan lompat seberang... Nak tak nak kena akui ini juga memberi kesan kepada pengundi. Rakyat percaya orang2 seperti ini. Kita boleh kata orang itu kecewa sbb itu lompat tapi rakyat tak peduli. Mereka tak nampak semua tu.
  • Ketua Penerangan UMNO/BN... tak ada pengalaman. Tak pandai dekati rakyat. Ikut kepala dia saja bukan ikut kemahuan rakyat. Patut ditukar...
  • Orang muda tolak BN (umo 19 - 30 tahun)... Alasan lama sangat memerintah, rasuah, kronisme, tidak islamik, rasis, pentingkan bangsa Melayu, simpati dengan Anwar, Nurul Izzah, Nik Aziz...
  • Perkasa... Pun ada pengaruh terhadap pengundi bukan Melayu. Terlalu tebal kemelayuan sehingga dituduh rasis. Orang nampak Perkasa=UMNO... Habis!
 Tambahan untuk Selangor...
  • Masalah Zin Badak... Penyelaras BN negeri konon. Kalau ketua pemuda kawasan sendiri bertanding nak lawan dia, apa maksudnya tu?
  • Isu calon... Bekas wakil rakyat yang dah kena reject diambil balik. Calon pernah ada skandal (tak kira bersalah atau tidak) pun nak dicalonkan semula. Mereka yang bekerja siang malam selama 5 tahun kena reject. Budak hingusan yang baru nak kenal jalan masuk kawasan dijadikan calon.
  • Sabotaj... Sedikit sebanyak berlaku disebabkan pemilihan calon.
  • Pengaruh Mat Taib... Pun beri kesan cukup besar terhadap sokongan Melayu.
  • Orang Zin Badak verses Noh Kambing.... Ini pun antara punca
Itu sahaja berdasarkan penilaian singkat aku.  Sama ada korang nak setuju tak nak setuju lantak pi lah!
Yang pasti.... BN hampir tewas, UMNO menang besar, MCA kalah teruk, MIC pun kalah lagi, DAP menang besar, PKR tak ada peningkatan, Pas lagilah...

Yang pasti PRU-13 ... Melayu lawan Cina+Melayu+Islam ... pemenang... CINA DAP + PKR

Share this

1 Response to "Pandangan ringkas keputusan PRU-13..."

  1. Semasa mengulas mengenai kekalahan teruk MCA dan Gerakan di seluruh negara, Najib menyalahkan org Cina kerana menolak BN dan memilih PR, bagi menampakkan alasannya itu real, dia dng mudah merujuk kpd Parlimen Gelang Patah kerana di sana berlaku pertandingan diantara Ghani Othman yg di rujuknya sebagai org Melayu dng Lim Kit Siang yg dikatakan org Cina.

    Nampak sangat Najib teraba2 mencari sebab kenapa masyarakat Cina menolak BN, kalau alasan perkauman di jadikan alasan bagaimana pula dng Parlimen Raub yg di tandingi Ariff Sabri (Sakmongkol AK47) yg memenangi di kerusi tersebut atas tiket DAP sdgkan majoriti pengundinya adalah masyarakt Cina, bagaimana pula dng Tengku Zulpuri yg bertanding di DUN Mentakab juga atas tiket DAP dan memenanginya serta beberapa nama lain yg juga bertanding atas tiket DAP yg dikatakan parti rasis org Cina seperti yg di dakwa oleh Najib.

    Jelas bahawa BN lah parti " Balik sumpah " sejenis Cicak yg sering melompat dari satu pokok ke satu pokok yg lain, berubah2 warna mengikut kesuaian pokok yg di hinggapinya.

    Persoalan sebenar kenapa masyarakat Cina menolak BN bagi saya ialah kerana hilangnya keyakinan di kalangan mereka berkaitan pengurusan kewangan wang negara serta longgarnya penguatkuasaan undang2 bagi membendung jenayah ini.

    Masyarakat Cina tidak seperti org Melayu, mereka sangat kuat berdikari dan tahu berfikir, mereka tidak rela wang yg di keluarkan bagi membayar cukai pendapatan kpd kerajaan setiap tahun disalah gunakan dan mereka mendapat maklumat berkaitan penyalahgunaan ini.

    Manakala bagi org Melayu, yang kebanyakannya tidak ambil kisah berkaitan perkara seperti ini, itulah sebabnya apabila kerajaan BN memberikan wang BR1M kpd mereka, mereka sangat gembira dan mengharapkan kerajaan memberi lagi berulang kali dan mereka tidak menyedari bahawa wang tersebut sebenarnya dtg dari mereka juga.

    Dan apabila kerajaan menaikkan cukai atau apa juga yg berkaitan bagi mengutip kembali apa yg telah di keluarkan mereka akan bising tanpa mengetahui sebabnya, tetapi apabila sampai PRU lagi, BN juga pilihan mereka...........

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.