27 June 2013

Jonker Walk... Bukti Cina bersatu!

Aku dah acap kali menyentuh soal kesatuan hati kaum Cina dalam mempertahankan sesuatu berkaitan dengan bangsa tersebut, waima kandang babi sekali pun. Dan isu Jonker Walk memberikan bukti sekali lagi bahawa orang Cina tanpa mengira fahaman politik, bersatu mempertahankan sesuatu milik mereka.

Apabila Idris Haron memutuskan laluan di Jonker Street dibuka semula kepada semua trafik, ramai orang Cina bangkit dan bertegang urat membantah tindakan kerajaan Melaka itu. Sebabnya Jonker Street yang setiap malam diadakan pasar malam dinamakan Jonker Walk, di mana 100 peratus peniaganya orang Cina.

Mereka tidak peduli jika penutupan laluan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar Melaka meningkat. Mereka tidak peduli, asalnya mereka dapat berniaga. Dan Jonker Walk bukan sahaja dipertahankan oleh DAP, malahan MCA dan Gerakan, parti-parti yang dikuasai oleh orang Cina. Tidak cukup dengan itu, semua media berbahasa Cina dan dimiliki kaum itu, termasuk Malay Mail (akhbar Melayu yang kini dikuasai Cina). Itulah bukti penyatuan orang Cina.

Cubalah orang kita, orang Melayu dan Islam. Apakah akan bersatu hati mempertahankan hak kita? Minta maaflah... Itu tidak akan berlaku. Tengok sajalah isu berkaitan penghinaan raja-raja Melayu atau penghinaan terhadap Islam, Rasulullah. Hanya sebahagian orang Melayu/Islam sahaja bertempik membantahnya tetapi orang lain (kerana kepentingan politik) sebaliknya menyokong puak-puak yang menghina dengan 1001 alasan.

Isu kalimah Allah dan murtad. Apakah orang Pas bersatu hati dengan orang Melayu/Islam lain? Tak ada maknanya.... Sokong puak-puak ini adalah!

Sedarlah weih... Bersatulah kita!

Baca juga:
1. Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu
2. Apa jadi kalau larang pasang mercun masa Chap Goh Meh? 
3. Melayu perlukan UMNO dan Pas

Share this

3 Responses to "Jonker Walk... Bukti Cina bersatu!"

  1. melayu mesti bersatu.jgn mengalah.tak ada sebab.kita majoriti...bukan minoriti

    ReplyDelete
  2. Melayu sekarang ramai yang tak mahu mengaku melayu. Bila kita kata tak nampak ke macammana kaum cina bersatu? Tak sedar ke betapa jauhnya melayu ketinggalan kebelakang? Tak takut ke bila melayu di usir sebab economi negara mereka yang pegang?

    Jawapannya "Sorry man. But, we should read Quran more. And, in Quran, there isnt anything on Melayu, Cina and India. hanya ada Islam, Musyrik, Munafik and Kafir je. Semuanya Allah yang tetapkan."

    Mind you, that comment came from a 19 year old girl. Bila ditanya balik, bukan ke Melayu secara seluruhannya adalah penganut Islam? Kalau Melayu lemah, tak bersatu, dan ditindas, macammana nak menegakkan agama?

    Tak tahu pulak nak jawab. Cuma boleh kata "kita berserah pada Allah. Tawakkal aja."

    Ish..ish..inilah sebabnya puak Melayu senang ditindas atau akan terus jauh kebelakang.

    Cuba fikir, orang bangsa lain akan berkejar-kejar mengumpul harta, beli tanah sana sini. Tak kira harga mahal mancamana pun. Melayu kata? Tak apalah. Harta tak boleh bawa mati.

    My jawapan? Memang betul harta kita tak bawak mati. Tapi kalau Melayu tak ada harta, Melayu tak ada kuasa. Bukan ke nanti Melayu akan terpaksa mengikut ekhsan bangsa lain? Itu pun kalau mereka nak bagi apa-apa kat Melayu lah.

    Jawapan saya senang saja. Melayu bodoh sombong. Kata bodoh, tak mengaku. Bila diajar, tak mahu terima. Tak tahulah apa nak jadi dengan Melayu. Cuma boleh menang bersorak aja, agaknya.

    Good luck lah pada generasi akan datang


    ReplyDelete
  3. Yang masaalah HamPas.mereka suka jadi Barua Dapig.Pakar tidur Atas jalan.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.