26 June 2013

Kalau bukan Noh Omar... Siapa?

Aku baca blog kawan-kawan pasal pelantikan Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor. Kebanyakannya menyatakan rasa tidak puas hati dengan pelantikan bekas Menteri Pertanian ini. Macam-macam alasan yang diberi bagi menggambarkan ketidaklayakan Noh menerajui UMNO Selangor.

Malangnya rakan-rakan blog dan para pengomentar tidak pula mencadangkan nama lain yang lebih sesuai untuk menerajui UMNO Selangor. Lalu jika pelantikan Noh tidak dipersetujui, siapa lagi yang lebih layak menerajui negeri itu yang bebanan tugasnya amat berat  - memastikan BN merampas kembali Selangor pada PRU-14!

Aku bukanlah kenal sangat dengan Noh tapi aku tahu dia antara pemimpin paling senior di Selangor. Pengalamannya di peringat Pusat jangan cakaplah. Dia menjadi Setiausaha Parlimen  ketika zaman Tun Mahathir. Di zaman Pak Lah, dia naik pangkat jadi timbalan menteri dan kemudiannya menteri. Begitu juga di bawah Najib, Noh turut kekal sebagai menteri sehinggalah tidak dipilih semula selepas PRU-13.

Aku percaya ketiadaan nama Noh dalam senarai Kabinet Najib 2013 ada kaitan dengan usaha PM untuk memantapkan UMNO Selangor dan orang paling layak (dari segi seniority) adalah Noh Omar (selepas Zin Badak didakwa penyebab utama kekalahan teruk BN di Selangor pada PRU-13).

Kita harus ingat bahawa siapa sahaja yang menerajui UMNO Selangor sebenarnya akan memikul beban yang amat berat, jauh lebih berat daripada pengerusi UMNO negeri-negeri lain. Sebabnya, Selangor (seperti kata PM) adalah jantung negara dan jantung itu kini dikuasai pembangkang untuk tempoh 5 tahun lagi.

Lalu untuk memastikan UMNO/BN kembali merampas Selangor, mereka memerlukan seorang pemimpin yang senior, berpengalaman dan mempunyai sokongan kuat di peringkat bahagian. Benar, Noh ada kekurangan di sana sini tetapi biarlah kita lihat kekuatannya. Lagi pun mana ada pemimpin yang sempurna?

Dalam keadaan sekarang semua pihak khususnya pemimpin akar umbi dan penyokong UMNO Selangor perlu memberi sokongan padu terhadap Noh sebab perjuangan kita sekarang ialah bagi memastikan kemenangan BN pada PRU-14. Itu kuncinya... Lagi pun jawatan Pengerusi UMNO ini bukannya tetap dan berpencen. Kalau Najib nilai tidak bagus, ia boleh ditukar bila-bila masa.

Buat masa sekarang terimalah dahulu Noh.. beri beliau peluang bekerja dan kemudian buatlah penilaian.... Boleh tak gamaknya?

Share this

0 Comment to "Kalau bukan Noh Omar... Siapa?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.