10 June 2013

Kenyataan JCM sahkan Anwar pemimpin paling bodoh di dunia!

Baca kenyataan Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM), Ng Lum Yong di bawah dan anda boleh mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim memang pemimpin paling bodoh di dunia tapi bercita-cita nak jadi PM. Bodoh ke tidak korang tengok kenyataan yang aku merahkan itu.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN JARINGAN CINA MALAYSIA ... Nah ambik kau!

"Sebab utama DS Anwar Ibrahim (Anwar)  terutamanya menangguhkan persaraan politiknya  sebagaimana dua kali dijanjikannya ialah katanya  masih ada lagi perkara yang belum selesai hendak  diselesaikannya. Perkara itu disebut oleh Anwar  sebagai berlakunya penipuan dalam PRU13.

Kononnya kemenangannya telah dirampas oleh  pihak kerajaan. Pada saya, jika kerajaan mampu  merampas kemenangan Anwar, lebih baik  kerajaan merampas kemenangan di Gelang  Patah, Permatang Pauh atau di Marang. Tetapi  semua orang tahu kerajaan tidak mampu  merampas kemenangan sesiapa pun sebab itulah  Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan  lain-lainnya boleh menang. Jika kerajaan boleh  merampas kemenangan negeri pula, sudah tentu  kerajaan boleh merampas kerajaan negeri  Selangor tetapi rakyat masih memilih Pakatan  Rakyat.

Kepimpinan PAS dan Pemimpin Asing Senada

Walaubagaimanapun, kemarahan Anwar ini  sangat-sangat berbeza dengan suara kepimpinan  PAS seperti Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama  PAS, Kerajaan PAS Kelantan, Pengerusi  Perhubungan PAS Terengganu dan ramai lagi  yang bersuara lembut dengan mengucapkan  Tahniah kepada DS Najib, malah mereka  menerima kekalahan mereka sebagai takdir.

Di luar negara, pemimpin-pemimpin asing seperti  Presiden Amerika, Perdana Menteri Singapura,  Presiden China, Perdana Menteri Palestin,  Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri  Australia, Thailand dan banyak lagilah  memberikan ucapan tahniah. Malahan, Presiden  Barrack Obama secara mengejut menelefon DS  Najib untuk mengucapkan tahniah dan seterusnya  memaklumkan akan hadir ke Kuala Lumpur untuk  persidangan Global hujung tahun ini.

Di samping itu juga, negeri-negeri seperti  Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang membentuk  kerajaan masing-masing sebagai satu tanda  mereka menerima dan mengiktiraf keputusan  PRU13. Jika mereka menolaknya, sudah tentu  mereka akan memulaukan pembentukan kerajaan  di negeri masing-masing.

Himpunan-himpunan selepas PRU13, walaupun  bertujuan mengajak rakyat bangun menjatuhkan  kerajaan, namun saya lihat ianya bersifat  sementara sahaja. Majoriti rakyat  pastimenolaknya. Ianya adalah kerana Anwar tidak  dapat menerima kekalahan, termasuklah mereka  yang tewas seperti Saifudin Nasution dan Mat  Sabu oleh kerana kalah maka mereka  menghabiskan masa mereka dengan membantu  Anwar memanaskan pentas-pentas himpunan.

Rakyat Malaysia Majoriti Senyap

Majoriti rakyat Malaysia sukakan keamanan,  kedamaian dan kesenangan supaya mereka boleh  hidup bahagia, boleh mencari rezeki di mana di  Malaysia anda boleh menjadi lebih kaya daripada  sesiapa sahaja asalkan anda rajin berusaha.  Mereka mahukan keamanan supaya boleh  menghantar anak-anak mereka bersekolah,  nelayan dan pekebun gembira menjual hasil  mereka, penjual kereta boleh bergembira kerana  dapat menjual kenderaan mereka 10 atau lebih  dalam sebulan.

Rakyat mahu hari Sabtu dan Ahad serta cuti  umum untuk bersama keluarga, beristirehat  dengan tenang dan melancong dalam negara  dengan gembira. Tidak ada demo sana demo sini  yang merosakkan kegembiraan rakyat, yang  menyebabkan macet, kekotoran di sana-sini yang  menjelekkan mata memandang. Si anak melawat  keluarga di kampung, dusun atau sahabat handai  yang sudah lama ditinggalkan. Mereka yang  melanjutkan pelajaran boleh berdiskusi dengan  aman dan selesa di dalam kampus tanpa sebarang  gangguan.

Fasa Selepas PRU13

Selepas PRU13 ialah parti-parti yang menang  akan menubuhkan kerajaan masing-masing di  peringkat negeri dan persekutuan. Maka rakyat  kembali bersatu untuk bekerja dengan lebih tekun  menjayakan diri masing-masing, keluarga,  masyarakat dan seterusnya negara.

Fasa berpolitik sudah tamat sebenarnya,  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah  mula memanggil mereka yang berjaya untuk  ditemuduga, Matrikulasi dan Pusat Asasi di  Universiti sudah mula menerima pelajar awal Jun  ini, manakala syarikat-syarikat bisnes mula  berurusan dengan pihak Kementerian dan  Perbendaharaan untuk mempercepatkan urusan  tuntutan kerja mereka, pemandu Teksi menunggu  nama mereka ditemuduga untuk urusan permit  teksi individu bagi yang belum memilikinya,  workshop mula menerima kereta untuk  dibaikpulih, peperiksaan semakin dekat,  konvokesyen semakin dekat, bulan Ramadan pun  sudah mampir.

Anwar patut berhenti demo. Perkara ini sudah  terlalu lama menjadi kebiasaan Anwar sejak awal  tahun 1970 lagi ketika berpiket kerana kurangnya  penggunaan bahasa Melayu di iklan-iklan kedai di  sekitar Kuala Lumpur ketika itu. Sudah lebih 40  tahun Anwar berdemo, kini berdemo untuk  menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana mengurus Anwar?
Rakyat Malaysia boleh menidakkan cara Anwar  untuk menjadi Perdana Menteri melalui proses  jalanan.  Anwar memberi info kurang tepat kepada  orang ramai kononnya mereka memperolehi  majoriti popular dengan 5.6 juta undi berbanding  diperolehi BN dengan jumlah 5.3 juta undi,  selebihnya pula milik Calon-Calon Bebas dan Undi  Rosak. Kena kira juga walaupun mereka Calon  Bebas!  Anwar sengaja tidak melihat hal ini dan  tidak hendak mengulas angka 133 dan 89.

Jika kita melihat statistik PRU13, sebenarnya undi  popular PR ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur,  Perak, Kelantan dan Selangor sahaja, yakni di  kawasan majoriti Cina yang memberi sokongan  kepada DAP. Bukannya di seluruh negara pun,  lima negeri sahaja pun.

Di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Negeri  Sembilan, Melaka, Kedah, Pahang, Perlis dan  Terengganu majoriti popular dimenangi oleh BN  iaitu 9 negeri.

Maka, rakyat jangan terpedaya dengan mainan  angka di pihak Anwar. Tetapi sebenarnya,  kemenangan 133 kerusi sudah cukup untuk  menutup mulut 89 angka.

Saya tidak hairan jika Anwar boleh mengumpul  30ribu di Pulau Pinang, 10 ribu di Seremban, 20  ribu di Johor atau katanya 40 ribu di Kelana Jaya.  Saya tidak akan hairan kerana jentera di belakang  kepada semua himpunan itu ialah DAP dan ya juga  oleh PKR. Jumlah pengundi dalam PRU13  baru-baru ini melebihi 10 juta orang, malah rakyat  Malaysia sudah mencecah 30 juta, saya fikir lebih  ramai rakyat Malaysia menolak demonstrasi atau  himpunan seperti itu, hanya merekaini silent  majority yang tidak suka hiruk-pikuk.

Pada saya, biarkan dia meluahkan kekecewaannya  di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman  membolehkan mereka berhimpuan sesuka hati  mereka, dari 8.00 malam hingga 8.00 pagi esok  pun tidak mengapa, atau sambung saja 48 jam  tanpa henti menjeritlah, cakaplah apa sahaja di  dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman  membenarkan.

Hanyasanya jika berlaku perkara yang  bertentangan dengan undang-undang, sudah  tentulah tindakan akan diambil sebagaimana ke  atas Adam Adli di bawah Akta Hasutan kerana  menghasut orang ramai untuk menjatuhkan  kerajaan melalui jalanan.

Sedangkan dua minggu lalu, Kerajaan Singapura  menangkap 21 rakyat Malaysia yang berhimpun  menentang keputusan PRU13 dengan 3 orang  daripada mereka ditarik balik pass kebenaran  bekerja di Singapura! Mana-mana negara akan  mengambil tindakan tegas ke atas rakyatnya yang  melanggar undang-undang, saya yakin jika Anwar  pun menjadi PM akan turut bertindak tegas ke  atas mereka yang melanggar undang-undang  keamanan, bukan begitu?

Kesimpulan
Benar kata Azmin Ali, ini negara kita maka marilah  kita bernegara dengan bijaksana. Kalau begitu,  makanya yang menang teruskan tanggungjawab,  yang kalah bermuhasabalah. Lihatlah bagaimana  Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim kalah terok pada  tahun 2008 di Baling tetapi boleh menang besar  pada tahun 2013.

Kabinet sudah dibentuk, rakyat Sabah dan  Sarawak mendapat hadiah yang paling besar di  mana 25 Menteri dan Timbalan Menteri dilantik  dari kedua-dua negeri tersebut. Inilah hadiah atas  sokongan yang kuat, dan inilah masa untuk  memajukan negeri Sabah dan Sarawak. Saya yakin  rakyat di Sabah dan Sarawak akan menikmati  pembangunan yang lebih besar selepas ini. Rakyat  di Sabah dan Sarawak hendaklah tidak  melepaskan peluang ini.

Kini, sudah sampai masanya kita bekerja.Lupakan  seketika hal-hal PRU13, mari kita bersama-sama  membangunkan negara kita mengikut bidang  kepakaran anda masing-masing."


(Terima kasih sahabat kerana kirimkan kenyataan JCM ini...)

Share this

0 Comment to "Kenyataan JCM sahkan Anwar pemimpin paling bodoh di dunia!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.