04 June 2013

Kalau jadi macam ni... seram sejuk nak naik kapal terbang lagi

Pramugari SIA kelihatan pucat selepas berdepan pengalaman menakutkan apabila pesawat mereka menjunam 20 meter akibat dilanda angin ribut sehingga makanan untuk dihidang kepada penumpang jatuh bertaburan.
Rupa-rupanya salah satu penerbangan Singapore Airlines (SIA) baru-baru ini mengalami mimpi ngeri apabila pesawat SQ308 dari Singapore ke London berhadapan dengan ribut Ahad lepas. Kejadian tersebut berlaku ketika kru sedang menyediakan makanan kepada para penumpang.

Akibat ribut tersebut pesawat menjunam 20 meter menyebabkan semua makanan yang sepatutnya dihidangkan kepada penumpang bertaburan di lantai malahan minuman pula terpercik sehingga ke siling pesawat.

Dalam kejadian itu 11 penumpang dan seorang kru dilaporkan cedera.

Semuanya sempat diceritakan oleh salah seorang penumpang pesawat tersebut. Baca dan lihat gambar-gambarnya di sini... atau di sini...

Menurut yang empunya cerita,  hebatnya penumpang dan para krew SIA, walaupun mereka berdepan detik-detik mencemaskan namun tetap bersikap tenang.

Hemm... Aku ingat kalau kejadian itu berlaku ke atas pesawat MAS mahu puak-puak DAP duk menyalak menyalahkan UMNO menjadi punca kejadian seperti ini. Maklum, kalau tragedi bot karam kat Sungai Rajang pun Lim Kit Siang pun boleh salahkan UMNO dan BN...

Haishhh.....

Share this

0 Comment to "Kalau jadi macam ni... seram sejuk nak naik kapal terbang lagi"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.