10 June 2013

Pegawai perhubungan politik MB Selangor sekadar makan gaji buta...!

Memang sahihlah pelantikan pegawai perhubungan politik di Pejabat MB Selangor sekadar untuk makan angin atau dipanggil makan gaji buta. Masakan tidak, tiga pegawai yang dilantik dilihat sebagai jawatan politik semata-mata itu sebetulnya tidak ada tugas pun setakat ini.

Biasanya pelantikan dibuat bagi menjalankan tugas yang ditetapkan tetapi para pegawai perhubungan ini - Saifuddin Nasution (PKR), Dr Dzulkifly (Pas) dan Teresa Kok (DAP) ini rupanya dilantik terlebih dahulu tetapi tugas belum dipastikan.

Inilah perangai kerajaan PKR Selangor. Kat perhimpunan haram 505, Anwar dan Kit Siang syok duk kutuk kerajaan UMNO/BN konon koruplah, kronismelah tapi kenyataannya kerajaan PKR Selangor jauh lebih teruk. Lantik kroni tapi tugas tak ada. Bukan aku yang kata tapi Dr Dzukifly sendiri yang mengaku kalau dia tak tahu apa tugasnya sebagai pegawai perhubungan politik MB yang khabarnya gaji mereka 5 angka.
"Namun sehingga kini, apa tugas, saya belum pasti," kata beliau. Beliau juga bimbang kalau-kalau berlaku pertindihan tugas dan tanggungjawab antara ketiga-tiga mereka memandangkan semuanya bekerja untuk kepentingan Pakatan Rakyat.. " ~ Dr Dzulkifly
Inilah orang kata penyalahgunaan kuasa. Mentang-mentang telah diberi kuasa oleh rakyat, maka puak-puak pakatan haram ini senang-senang hati nak wujudkan jawatan-jawatan yang tidak ada peranan semata-mata untuk beri "pekerjaan dan gaji besar" kepada para kroni mereka.

Baguslah... Selepas ada Penasihat Ekonomi RM1 yang tidak memberi sebarang nasihat melainkan untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi melobi puak-puak Yahudi Barat, sekarang Selangor ada pula 3 pegawai perhubungan yang tidak ada kerja.

Bagus... bagus... Nanti kalau duit kerajaan negeri dah kering boleh jual aset-aset Yayasan Selangor, gali lebih banyak lombong pasir. Kalau perlu jual saja Pulau Indah atau Pulau Carey... Yang penting asyukkkkk.....!!

Share this

0 Comment to "Pegawai perhubungan politik MB Selangor sekadar makan gaji buta...!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.