13 July 2013

Duta Vatican mula celupar.... Salah siapa?

Joseph Marino (kanan) ketika menerima watikah daripada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara tidak lama dahulu.
Geram ada nak gelak pun ada bila Duta Vatican City ke Malaysia, bishop Joseph Marino menyatakan sokongannya terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu. Banyak NGO Melayu/Islam yang melenting marah termasuk Jati dan Perkasa.

Aku sendiri pun pada mulanya naik angin juga dengan mamat ni tapi fikir-fikir balik siapa punya idea bawak seorang duta dari negara yang tidak berkerajaan ini ke Malaysia aku mula senak perut.

Setahu aku sejak zaman Tunku Abdul Rahman sehingga Dr Mahathir, Malaysia tak pernah ada hubungan rasmi dengan Vatican City dan aku rasa tak perlu pun Malaysia ada hubungan diplomatik secara rasmi dengan wilayah itu apatah lagi sehingga membuka pintu untuk mereka menghantar wakilnya di sini. Negara tidak berkerajaan ini tidak boleh membawa apa-apa makna pun untuk kepentingan negara, melainkan bagi penganut Kristian. 

Tapi itu semua berlaku zaman Najib jadi PM. Dia menjadi PM pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengn Pope dan membawa duta negara Kristian itu ke Malaysia. Apa keuntungan negara peroleh daripada hubungan kedua-dua negara? Eksport sawit? Kereta Proton?? Yang jelas menguntungkan penganut Kristian kerana hanya di Malaysia satu-satunya negara Islam yang mempunyai Kedutaan Vatican City. Hebat bukan? 

Jadi apabila dutanya itu mula bersuara bagi memberikan sokongan kepada penganut Kristian di Malaysia, aku tidak akan salahkan beliau tetapi yang patut disalahkan ialah pemimpin yang membuka pintu untuk para mubaligh Kristian ini datang ke sini.

Inilah salah satu kelemahan Najib... terlalu menurut kehendak orang lain baik isterinya sendiri, para penasihatnya bahkan kehendak pembangkang. Tak hairan kalau ramai yang anggap Najib sebagai PM lembek... Uh uh..



Psst...Ramai sedara mara aku duk tanya bila polis nak tangkap Anwar? Heee... mereka duk tanya aku macamlah aku polis!

Share this

1 Response to "Duta Vatican mula celupar.... Salah siapa?"

  1. Siapakah di sebalik targidi ini ? Bagaimana jika Allah turunkan bencana besar seperti yang pernah berlaku ke atas umat Nabi Noh a.s.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.