04 July 2013

KBS haru biru di bawah pak menteri baru?

Uh.. uh...! Dakwat belum kering tapi dah dengar khabar macam-macam cerita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak pak menteri ini mengepalai KBS. Hari ini sahaja macam-macam cerita dah aku dengar.

Mula-mula pasal pertukaran Ketua Setiausaha yang bertukar dalam tempoh 48 jam sejurus pak menteri ini masuk opis. Kemudian pasal pembatalan satu program bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lepas tu ada seorang sahabat telefon marah-marah dengan orang KBS (pak menteri pun kena tempias) sebab payment program Sambutan Sejuta Belia sangkut.

Terbaharu kawan-kawan pak menteri dikatakan menjadi  MAHA BERKUASA di KBS sehinggakan tidak disenangi kalangan pegawai kanan kementerian.

Semuanya kerana pak menteri orang muda, bijaksana dan sudah tentulah perangai orang muda ni susah di kawal sikit. Maklum kalau baru menguasai Tingkat 4 zaman mertua jadi PM pun satu negara depa kontrol, apa lagi kalau dah jadi pak menteri kan?

Aku tak berani nak komen banyak-banyak especially apa yang didedahkan oleh bloger Gelagat Anwar ni.... Najib mintak tolong tengok-tengok sikit pak-pak menteri yang dilantik. Jangan sampai nasib yang menimpa Presiden Mesir berlaku pula ke atas Presiden UMNO. Yelah Mursi diguling sebab terlalu "berlembut"... takut pula sebab kerana terlalu berlembut, Pak Najib pula kena guling masa PAU nanti!

Khabarnya pun usaha itu ada sebab banyak kes yang menampakkan  kegagalan Pak Najib sebagai PM dan Presiden UMNO. Kekalahan besar BN di Selangor pun Pak Najib dipertanggungjawabkan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Ini semua kerana Pak Najib dilihat terlalu "berlembut, mengikut kehendak pembangkang, takutkan bini dan macam-macam lagi"

Passt... Bila macam ni mulalah rindukan Dr. Mahathir Mohamad!

Share this

0 Comment to "KBS haru biru di bawah pak menteri baru?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.