15 July 2013

Huh...! Alvin-Vivian akan bebas lepas???

Percayalah pasangan porno Alvin dan Vivian akan lepas bebas selepas ini walaupun kecoh satu negara hari ini apabila mereka mengadap penguatkuasa MCMC. Kalian semua terpekik terlolonglah meminta tindakan tegas terhadap mereka, nescaya mereka tidak dikenakan apa-apa pun.

Apalah sangat kenyataan pasangan budak hingusan ini di FC berbanding dalang pencerobohan Lahad Datu sehingga mengorban nyawa perajurit dan pihak berkuasa kita. Apalah sangat senda Alvin-Vivian berbanding tindakan pengganas Sulu yang menyembelih anggota polis kita di Lahad Datu!

Betul.. Aku pun sakit hati dengan pasangan ini yang sesedap hati mempersenda bulan Ramadan dan kesucian Islam tetapi lebih aku sakit hati bila dalang Lahad Datu -- yang kata pak menterinya melibatkan 3 pemimpin pembangkang Malaysia --  sehingga kini bebas lepas, tanpa sebarang tindakan.

Ingat kes 2 budak Melayu komen kat FB konon nak bakar gereja? Kedua-duanya sudah dikenakan hukuman penjara. Ingat kes Namawee yang hina lagu Negaraku dan TNB? Dia diberi peluang untuk bertemu muka dengan Perdana Menteri dan diberikan dana oleh Finas untuk menghasilkan filem.

Ingat kes blogger yang fitnah bekas menteri yang jaga MCMC dahulu? Dia sudah dikenakan hukuman. Ingat apa Anwar, Tian Chua, Guan Eng dan lain-lain pemimpin DAP duk tabur fitnah kat SPR, BN dan kerajaan Malaysia masa PRU-13 lalu? Tiada apa-apa tindakan. Ingat apa Red Bean Army duk tabur dalam alam siber sehingga kerajaan Malaysia hampir ditumbangkang orang Cina? Tiada sebarang tindakan...

Ingat kes buku novel Interlok? Kerajaan tarik balik penggunaan novel itu di sekolah. Ingat kes Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen? Kerajaan tarik balik... 

Pokoknya... terlalu banyak kita mengalah dan berlembut dengan puak-puak mereka. Dan stas sebab-sebab itulah maka aku dengan penuh yakin bahawa tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas dua budak Cina ini.


Saat-saat macam ni ingat ketegasan Dr Mahathir!

Share this

0 Comment to "Huh...! Alvin-Vivian akan bebas lepas???"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.