30 August 2013

Akhirnya Proton fikir soal nyawa pemandu dan penumpang! Terima kasih....

Kira-kira 4 tahun lepas, aku ada membebel pasal kereta Proton dalam blog aku ni. Aku membebel pasal ciri-ciri keselamatan dalam kereta Proton sangat rendah yang menjadi salah satu punca tingginya kejadian kemalangan maut di negara ini.

Antara yang aku desak dalam entri aku tu supaya Proton tingkatkan ciri keselamatan. Jadikan penyediakan AIRBACK dan ABS sebagai mandatori. Maknanya mesti ada, kalau tak ada tak layak dijual.

Baca artikel penuhnya di sini !

Dan selepas 4 tahun akhirnya Proton mengeluarkan keretanya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu pada Proton Suprima, model hackback dari Proton Preve. Kalau dilihat pada brosernya, antara ciri keselamatannya ialah:

Proton Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.
Alhamdulillah... Akhirnya apa yang aku suarakan didengari oleh pihak pengurusan Proton. Itulah yang kita mahu dan itulah sepatutnya dilakukan Proton jika mahu bersaing dalam pasaran terbuka.

Aku bercakap soal ciri keselamatan Proton ini berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai pengguna. Kereta pertama aku Proton Saga. Kemudian aku tambah lagi satu untuk isteri Proton Waja. Akhirnya Proton Saga aku jual sebab bumbung dah berkurap dan berkudis, aku beli pula Proton Iswara Aeroback Special Edition warna merah. Murah memang murah tapi cukup tidak selamat. Sembur air pun bunyi macam hujan jatuh atas atas zink.

Sekarang aku pakai kereta Jepun dan Eropah. Bukan tak suka produk tempatan tapi aku lebih memikirkan keselamatan aku dan anak-anak. Kereta Eropah yang aku miliki sekarang dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi. Begitu juga dengan kereta Jepun itu.

Malangnya, selepas berpuluh tahun mengeluarkan kereta, baru sekarang Proton memikirkan soal keselamatan pemandu dan penumpang, selepas beratus-ratus nyawa melayang. Tak apalah. Bak kata orang putih "Better late than never!".

Teruskan usahamu Proton! Maju Proton majulah industri automobil negara!

Share this

0 Comment to "Akhirnya Proton fikir soal nyawa pemandu dan penumpang! Terima kasih...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.