22 August 2013

Waythamoorthy tergolek kena pelempang Zahid... Wakakaka!


Waythamoorthy, bekas pemimpin Hindraf yang bawa puak-puak India turun di jalan raya dan mendakwa kerajaan Melayu/BN telah buat penghapusan etnik seperti di Sarajevo masa zaman pemerintahan Pak Lah dulu hari ini kena pelempang dik Zahid Hamidi.

Sebabnya pemimpin yang dilantik Najib sebagai timbalan menteri di JPM selepas menandatangani MOU dengan BN semasa PRU-13 lalu itu tak sayang mulut dok persoal tindakan polis tembak 5 penjenayah yang sekaum dengannya.

Ekoran mulut lancang itu, Zahid mencabar Waytha agar lepaskan jawatan timbalan menteri dan kembali ke pangkuan Hindraf jika cuba campurtangan dalam kementerian lain. Mentang-mentang PM yang lantik, dia ingat dia boleh hentam polis sesedap hati.

"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri  kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang  kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai  dan rumah mana dia duduk.

"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan  bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin  Hindraf lagi. Jangan campur tangan dalam kerja  polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka  menembak tanpa mengenal pasti sasarannya  (trigger happy)," kata Zahid dalam satu majlis di Putrajaya hari ini.  (Rujuk laporan Utusan Online)

Haha.... Padan muko! Dia lupa yang menteri jaga polis sekarang bukan lagi menteri amaran macam dulu. Ini Zahidlah... Zahid yang pernah kasi penumbuk kepada seorang mamat yang kacau anak perempuan dia. Zahid ni lain sikit yeop! Bengkeng...

Tambah pulak sekarang demam pemilihan UMNO yeop. Zahid tu cakap saja nak pertahan jawatan Naib Presiden UMNO tapi silap-silap dicalonkan akar umbi untuk menduduki kerusi no. 2 dalam UMNO. Maklum sekarang ini akar umbi  UMNO cuma nampak Muhyiddin dan Zahid sahaja lantang mempertahankan agama Islam, orang Melayu dan tidak mudah tunduk desakan pembangkang dan Cinabeng. Kalau dah dicalonkan takkan nak tolak yeop!

Aku pun setuju dengan Zahid. Kalau Waytha ni tak puas hati dengan polis sebab tembak kaum dia (walaupun jelas-jelas mereka penjenayah tegar) elok dia letak jawatan jadi timbalan menteri. Buat malu Kabinet Najib jeh. Lagi pun aku percaya ramai rakyat tak setuju pun dengan pelantikannya sebagai timbalan menteri. Apa jasanya?

Lagipun rakyat masih ingat betapa beratnya tuduhan Hindraf terhadap kerajaan Malaysia. "Penghapusan etnik".. Gila apa... Satu fitnah yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.  Tak cukup dengan itu, Hindraf juga jelas-jelas masih berkiblatkan negara India dengan mengangkat Gandhi sebagai idola mereka. Tak cukup dengan itu Hindraf juga sanggup mengadu kepada Britain agar negara kuasa besar itu ambik tindakan terhadap Malaysia.

Tapi semua fitnah dan hasutan jahat Hindraf seolah-olah sudah dimaafkan hanya dengan menandatangani MOU. Tak cukup dengan itu pemimpin mereka macam Wathy pun nak diangkat sebagai menteri. Salah siapa?

Bila bercakap soal MOU antara Hindraf dengan BN ni teringat aku dengan Perjanjian Pangkor melibatkan puak komunis dengan kerajaan. Konon supaya komunis letak senjata tapi kenyataannya fahaman komunis masih menebal dalam kalangan rakyat sehingga hari ini terutama puak-puak Cinabeng DAP.

Share this

0 Comment to "Waythamoorthy tergolek kena pelempang Zahid... Wakakaka!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.