21 September 2013

3 anak bekas PM, seorang menantu bekas PM...

Tu dia aih. Hari ini merupakan "hari raya" bagi ahli-ahli UMNO seluruh negara kerana hari ini ialah hari penyerahan borang pencalonan bagi calon-calon yang nak bertanding pada pemilihan UMNO kali ini. Dari jawatan tertinggi Presiden hinggalah pucuk pimpinan di peringkat bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Wow! Khabarnya proses penyerahan borang calon di Kota Kinabalu sesak teruk sampai ada yang pengsan... Huhu..! Bak kata kawan aku yang juga penyokong tegar UMNO.... Selamat Hari Raya UMNO!!!

Menarik pemilihan kali ini menyaksikan nama tiga anak bekas Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO akan merebut jawatan masing-masing di peringkat Pusat. Mereka ialah DS Najib Razak iaitu anak PM kedua, Tun Razak yang akan mempertahankan jawatan Presiden. Hemmm.... Nampak macam menang tanpa bertanding saja. Tapi tunggulah sehingga 5 petang ini apabila tempoh penyerahan borang tamat. (Psstt... khabarnya Ku Li nak cabar Najib)

Dua lagi anak PM ketiga, DS Hishammuddin anak Tun Hussein yang akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang turut akan ditentang oleh anak PM keempat, Datuk Mukhriz anak Tun Mahathir. Wow... Nampaknya bekas PM Malaysia meninggalkan legasi masing-masing untuk menjadi penerus kepimpinan mereka dalam UMNO.

Ops..! Jangan lupa, PM kelima pun tinggalkan legasi juga. Tapi bukannya anak, cuma menantu iaitu Khairy Jamaludin yang akan pertahan jawatan Pemuda UMNO.

Aku tahu ramai di luar sana yang tidak senang dengan situasi ini. Mereka yang bencikan UMNO tentunya akan persoal kenapa anak menantu pemimpin UMNO nak bertanding merebut jawatan tertinggi parti. Dah tak ada orang lain ke?

Hehe... pihak di sebelah sana jangan kata dulang paku serpih yeop! Pihak pembangkang baik PKR, DAP mahupun Pas lagilah teruk. Sekurang-kurang Najib, Hisham, Mukhriz mahu menduduki kerusi tertinggi UMNO ketika bapa mereka sudah meninggal dunia atau bersara. (Kecuali KJ yang menjadi Ketua Pemuda UMNO ketika bapa mentua masih menjadi PM/Presiden UMNO).

Tapi lihatlah di pihak DAP. Keluarga Lim menguasai barisan kepimpinan parti dengan bapa Lim Kit Siang masih menjadi Penasihat parti dan anaknya pula, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung parti iaitu jawatan yang mempunyai lebih kuasa daripada Presiden.

PKR lagilah teruk. Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Umum parti, isterinya Wan Azizah sebagai Presiden dan anak, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden. Itu belum kira Azmin Ali yang juga mempunyai "hubungan istimewa" dengan Anwar.

Pas pun juga sudah terkena tempias. Nik Amar iaitu anak kepada Mursyidul Am Pas, Nik Aziz khabarnya bakal dicalonkan untuk menduduki kerusi no. 2 dalam parti. Perkara itu sudah diberi bayangan oleh Nik Aziz yang mahukan kerusi Timbalan Presiden untuk mereka berstatus "ulama" dan beliau sendiri sudah mempunyai calonnya tetapi enggan mendedahkan nama. Ramai yang membuat tekaan calon Timbalan Presiden Pas dalam kepada Nik Aziz itu ialah anaknya sendiri Nik Amar... Wallahuakhlam!

Itu dalam negara. Di luar negara pun fenomena peralihan kuasa daripada ibu bapa kepada anak menantu juga berlaku terutama di India, Pakistan bahkan Hillary Clinton isteri bekas Presiden Amerika, Bill Clinton turut mencuba nasib bertanding jawatan Presiden AS. Cuma beliau tewas, dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Negara AS.

Jadi kesimpulannya, puak pembangkang dan mereka yang bencikan UMNO tak usahlah nak mengata UMNO konon sebagai parti pewaris kepada anak-anak menantu kerana dalam DAP dan PKR lagi terusk. Dah macam sistem monarki dah. Jawatan tertinggi parti diwariskan oleh si bapa kepada anak atau isteri dan mereka yang cuba "mengganggu" proses  itu akan dicantas awal-awal.

Sangat demokratik parti mereka kan? Heee...

Share this

1 Response to "3 anak bekas PM, seorang menantu bekas PM..."

  1. UMNO Bhgn Arau lagi best, Tok laki jd Ketua Bhgn, adik dia jd Timb. Ketua. Bini dia jd Ketua Wanita. Anak menakan jd Ketua Puteri, anak Tok Bisan si laki jd ketua Pemuda.

    Lepad nie masa mesyurat Bhgn, saya cadangkan BAHAGIAN ARAU jadi BAHAGIAN POK DAN KASSIM

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.