11 September 2013

Hisham tercorot... Mukhriz gugat Zahid?

Pemilihan UMNO belumpun berlangsung malah borang pencalonan pun belum diajukan tetapi cakap-cakap tentang nasib calon yang nak bertanding dah kedengaran. Jawatan paling hot dibualkan ialah Naib Presiden UMNO.

Setakat ini tiga penyandang iaitu DS Hishammuddin Hussein, DS Ahmad Zahid Hamidi dan DS Shafie Apdal sudah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan mereka. Mereka akan dicabar pula oleh orang lama yang juga bekas Naib Presiden iaitu TS Isa Samad dan DS Ali Rustam. 

Lain-lain calon belum ada lagi yang mengesahkan untuk masuk gelanggang walaupun Dt Mukhriz Tun Mahathir ada menyebut untuk mempertimbangkannya. Tarikh tutup penyerahan borang pencalonan ialah 28 September.

Bagaimanapun, kini berlegar SMS dan suara-suara konon kedudukan sokongan akar umbi terhadap calon-calon Naib Presiden yang bertanding sudah dapat diketahui. Pelik, macam mana boleh keluar "soalan bocor" seperti ini sedangkan "ujian" sebenar belum bermula.

Mengikut cakap-cakap itu Zahid kini mendapat sokongan tertinggi dalam kalangan akar umbi yang akan membuat pemilihan pada 19 Oktober ini. Nama Zahid mencangak selepas beliau mengembalikan "kejantanan" PDRM dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri melalui pelbagai operasi, terutama membanteras jenayah berat serta pendatang haram.

Zahid juga lantang mempertahankan kalimah Allah, mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mempermainkan Islam, mempersendakan agama dan para Cinabeng yang tidak menghormati kedaulatan negara dan kesucian Islam.

Manakala kedudukan Hishammuddin pula dikatakan tercorot setelah gagal mengangani pelbagai isu berkaitan agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu. Beliau yang lebih gemar memberi amaran demi amaran dianggap sebagai menteri yang lembik.

Berikut kedudukan calon-calon Naib Presiden seperti yang beredar menerusi SMS dan laman sosial:
1. Zahid Hamidi
2. Shafie Apdal
3. Isa Samad
4. Mohd Ali Rustam
5. Hishammuddin Hussein

Dan seandainya Mukhriz memasuki gelanggang beliau dikatakan berpeluang cerah untuk mengisi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden. Malahan dikatakan Mukhriz mampu menggugat kedudukan Zahid jika Menteri Besar Kedah itu menyahut seruan akar umbi.

Apapun ini hanyalah berdasarkan jangkaan dan ramalan sesetengah pihak sahaja sedangkan keputusan sebenar hanya dapat diketahui selepas semua bahagian UMNO membuat pemilihan 19 Oktober ini.

Share this

0 Comment to "Hisham tercorot... Mukhriz gugat Zahid?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.