01 September 2013

Warkah terakhir buat kekasih sebelum maut menjemput...




Warkah terakhir arwah untuk sang kekasih... - Foto On The Scene



"Saya Muhammad Fizrul  Ramli berjanji memutuskan hubungan dengan  (nama gadis). Saya tidak akan mengganggu /mencari (nama gadis) lagi. Saya akan  memulangkan gambar (nama gadis).

Itulah sepucuk warkah yang ditulis oleh Muhammad Fizrul Ramli yang ditujukan kepada kekasihnya atau bekas kekasihnya (yang namanya dirahsiakan). Warkah itu adalah warkah terakhir Muhammad Fizrul kepada si gadis yang dicintainya itu sebelum dia maut dalam kemalangan jalan raya di lebuh raya ELITE petang semalam.

Surat tersebut bersama sekeping gambar yang sudah dikoyak-koyak ditemui bersama beberapa  barang milik arwah yang bertaburan di  tempat kejadian.

Surat itu bertulisan tangan dan sudah basah serta  berlipat. Surat itu ditandatangani oleh arwah dan pihak si kekasih mungkin satu perjanjian bahawa hubungan pasangan ini sudah berakhir.

Dalam kejadian petang semalam kereta MyVi dipandu arwah terbabas ketika hujan lebat sebelum merempuh tiang lampu dan sebatang pokok. Turut terbunuh rakannya, Azwan Abd. Aziz, 21. Kedua-duanya mati di tempat kejadian.

Cerita lanjut boleh baca dalam On The Scene di sini!


Kereta MyVi dipandu arwah selepas terbabas dan merepuh tiang lampu dan sebatang pokok di Lebuh Raya Elite petang semalam. - Foto On The Scene

Aku tak boleh bayangkan perasaan si gadis berkenaan apabila mengetahui tragedi yang menimpa ke atas sang (bekas) kekasih. Daripada surat itu aku boleh bayangkan mereka membuat keputusan untuk berpisah tetapi ternyata perpisahan itu adalah perpisahan buat selama-lamanya. Arwah pergi meninggalkan kekasih kerana dijemput Allah.

Subhanallah maha suci Allah Tuhan sekalian alam.

Al-fatihah buat Muhammad Fizrul Ramli dan Azwan Aziz. Sesungguhnya apa yang berlaku adalah kerana ketentuan Allah.

Amin

Share this

0 Comment to "Warkah terakhir buat kekasih sebelum maut menjemput... "

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.