27 January 2013

Metro Ahad disabotaj? Biar bonar??? (Update)

DIKEMAS KINI (7.30 PM):
Aku dapat tahu pihak JPM sedang menyiasat kemungkinan ada unsur sabotaj sehingga berlaku "kesilapan" yang sangat tidak wajar dilakukan oleh Metro Ahad hari ini. Ini kerana difahamkan "kesilapan" tersebut hanya melibatkan Metro Ahad edisi Lembah Klang, sedangkan bagi edisi-edisi utara, selatan, pantai Timur serta Sabah dan Sarawak tidak wujud kesilapan tersebut.

Seorang rakan di dalam industri surat khabar negara memaklumkan aku biasanya untuk muka surat hiburan lebih-lebih lagi edisi Ahad dicetak lebih awal (sehari atau dua hari) berbanding muka surat utama. Jadi, kesilapan seperti itu sepatutnya tidak berlaku atau boleh dikesan sebelum surat khabar masuk pasaran.

Entahlah....


POS ASAL:
"KAMI SAMA-SAMA SUKA DAN ROZITA BALAS CINTA SAYA ~ NAJIB RAZAK"

Mampus... memang mampus..! Itulah gamaknya maki hamun Ketua Pengarang Metro kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut. Perghhh... bukan kecik-kecik anak buat silap, kesilapan yang boleh menggoncangkan Seri Perdana beb!

Aku duk hitung-hitung sekarang ini nasib KP Metro dan juga editor hiburan Metro Ahad sedang berada di hujung tanduk. Silap perkara lain tak apa, tapi bila kaitkan Najib dengan Che Ta yang juga janda meletup, mau tidak ada orang lain yang meletup-letup!


Pergh... KP Metro & Editor hiburan Metro Ahad bolehlah cari kotak!

Hahahaha....

25 January 2013

Orang Pas panas hati dengar khutbah Jumaat hari ini

Surah al-Ikhlas yang dibacakan khatib hari ini jelas tentang hak kalimah Allah. Tapi orang Pas tetap tak boleh terima...

Keluar daripada masjid selepas solat Jumaat, aku nampak ada beberapa jemaah berjubah sedang menepuk-nepuk belakang bahu seorang rakannya. Mereka berbual-bual tapi kurang jelas di pendengaran aku. Bila aku melewati kumpulan jemaah itu, aku dengar lelaki yang ditepuk bahu itu bersuara..."Tunggulah akhirat nanti...!!"

Aku tersengih dengan "ugutan" jemaah itu sebab aku tahu dia dan rakan-rakannya pasti penyokong tegar Pas yang sakit hati dan merah telinga mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan khatib hari ini. Isunya mengenai kalimah Allah.

Khatib dengan berapi-api menyeru umat Islam mempertahankan kalimah Allah agar jangan sampai digunakan oleh penganut agama lain. Beliau membacakan beberapa petikan al-Quran yang menjelaskan bahawa kalimah Allah adalah milik umat Islam dan haram bagi umat Islam membenarkan penganut agama lain menggunakannya.

Khatib juga menyebut bahawa kufur seseorang Islam itu jika membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam kitab-kitab agama lain.

Dush... dush... dush...

Mau tidak panas berapi puak-puak Pas yang ada dalam masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini sebab khutbah yang disediakan oleh Jakim itu memang menusuk dalam jantung. Tapi macam biasalah, puak-puak ni mana nak percaya segala seruan yang dibuat oleh kerajaan UMNO.

Bagi mereka hanya percayakan Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim. Jadi segala seruan termasuk khutbah-khutbah yang disampaikan itu semuanya tidak betul, fitnah dan seruan orang tak mengamalkan ajaran Islam.

Baca tafsiran surah al-Ikhlas di sini... Tafsiran bukan dari sudut politik!

Gua kasi kipas... biar sejuk sikit hati puak-puak Pas... Hehehe...!

21 January 2013

PRU-13 dah dekat weih... mailah pakat undi Pas...!

Pok Nik sign surat apa tu?

PRU dah dekat weih... Mailah pakat pangkah Pas. Tok Nik menjanjikan syurga kepada mereka yang pangkah dan sokong Pas. Tengoklah bintang "listen... listen... listen..." pun Tok Nik dah sign guarantee letter untuk masuk syurga... Korang bila lagi?

Ni berita awal malam ni aku dapat khabarnya PARLIMEN DIBUBAR JUMAAT 22 FEB 2013, PENAMAAN CALON SABTU 16 FEB 2013 DAN PEMBUANGAN UNDI PADA SABTU 30 MAC 2013... Khabarnya tarikh ini sudah diserahkan kepada Peguam Negara untuk disahkan! Wow...

Tambahan sikit.... ISNIN 1 APRIL 2013 ... Anwar angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia...!!

Putrajaya bakal miliki kuil Hindu paling unik... Dushh!!

Pura di Tanah Lot, Bali ini dikatakan kuil Hindu paling cantik di dunia. Tapi Putrajaya bakal miliki kuil Hindu paling unik...!!

Laporan Bernama Online...
PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama)— Pusat pentadbiran negara, Putrajaya bakal memiliki kuil Hindu paling unik di negara ini yang akan dibina di Presint 20, dengan kos RM12 juta.
Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S. Samy Vellu berkata kuil yang dinamakan Sri Lalithambikai Alayam itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.
"Majlis pecah tanah dijangka pada bulan Mac ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada September nanti. Kita yakin ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Perbadanan Putrajaya meluluskan pembinaan kuil satu tingkat dan ruang pejabat dua tingkat di Presint 20 itu pada 20 Sept lepas, mengikut Seksyen 22 (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Menurut Samy yang juga bekas Presiden MIC, keunikan reka bentuk kuil itu akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Putrajaya. 

Teringat aku masa buat "lawatan" ke Putrajaya beberapa tahun lepas. Orang di JPM dengan bangga kata Putrajaya tidak akan mempunyai rumah ibadat lain selain masjid. Bukan takat gereja, tokong atau kuil, nak cari pokok-pokok yang ada colok kat bawahnya pun tak ada, bahkan rumah-rumah kecil warna merah yang berhias colok dan buah limau pun tak dapat lihat kat Putrajaya.

Sebabnya, Putrajaya dibuka oleh orang Melayu, orang Islam. Tak macam Kuala Lumpur dibuka oleh orang Cina. Jadi "kemelayuan" dan "keislaman" Putrajaya akan dikekalkan. Sebab itu di Putrajaya tersergam dua masjid yang indah, Masjid Putra dan Masjid Sultan Zainal Abidin. Itu antara yang dimaklumkan ketika lawatan aku itu.

Tapi bila baca laporan Bernama hari ini, aku duk fikir sama ada aku yang tersalah dengar pasal Putrajaya ini atau dah ada perubahan dasar kat Perbadanan Putrajaya? Entahlah...

Dekat-dekat pilihan raya umum ini apa sahaja boleh berlaku!

19 January 2013

Suruhanjaya siasat pendatang Cina dapat kerakyatan

Anak-anak pendatang asing Cina kat Kuala Lumpur duk berarak nak halau Melayu ketika 13 Mei...
Salah satu perkara yang aku memang suka pasal Tun Dr Mahathir sejak dulu ialah bila dia bercakap sinis dan smash orang. Sedap di halwa telinga tapi pedihnya menusuk sampai ke lubuk hati. Tak semua orang boleh bercakap macam tu.

Hari ini dia smash puak-puak pembangkang yang duk persoal dia kasi kewarganegaraan kepada 200,000 pendatang kat Sabah masa zaman pentadbirannya. Dia kata buat apa nak persoal sebab semua yag diberi kerakyatan tu semua dah bercakap bahasa Melayu, mengamalkan budaya setempat dan tak buat tahik kat negara ini.

Dia kata, kalau puak-puak pembangkang duk persoal dia kasi kewarganegaraan kat pendatang kat Sabah, Tun dengan sinis juga suruh tubuh jawatankuasa siasatan diraja menyiasat pemberian kerakyatan kepada sejuta pendatang dari Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman semasa Malaysia nak merdeka dulu.

Hemm betul jugak! Kalau ikut syarat memang mereka ni tak layak pun jadi warganegara Malaysia sebab sudahlah cakap Melayu langsung tak reti sampai tujuh keturunannya hari ini, tak mengamalkan langsung budaya setempat (malahan orang tempatan pula disuruh ikut depa) dan dah mula buat macam-macam tahi.

Tapi sebab orang Melayu baik maka mak bapak dan datuk nenek puak Cina DAP jadi rakyat Malaysia. Bahkan mereka dibenarkan menjalankan perniagaan dengan bebas sampaikan kekayaan mereka tak habis sampai keturunannya hari ini. Bahkan mereka juga dibenar buka sekolah Cina, bercakap bahasa Cina dan kekalkan nama Cina.

Aku percaya kalau mak bapak Lim Kit Siang jadi pendatang di Indonesia, dia tak ada peluang nak guna LIM KIT SIANG, nak bercakap bahasa Cina, nak hantar Lim Guan Eng ke sekolah Cina dan menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun. Sebabnya, Indonesia mengamalkan semua pendatang Cina DIWAJIBKAN mengamalkan budaya setempat, menggunakan nama Indonesia dan bercakap menggunakan bahasa Indonesia kalau nak jadi warganegara mereka. Kalau tidak mahu, mereka boleh balik semula ke Tanah Besar Cina.

Tapi sebab mereka tahu dan sedar kalau balik ke Cina tentu mereka merempat, maka pendatang Cina di Indonesia akur dengan kehendak kerajaan negara itu. Maka jangan hairan kalau orang Cina di Indonesia boleh sahaja namanya Melayu, Jawa, Sundal atau Batak sekali pun. Sebabnya mereka nak jadi orang Indonesia.

Kaum mereka kat Malaysia yang beruntung sebab tidak dikenakan sebarang syarat untuk oleh orang Melayu untuk jadi warganegara Malaysia. Tapi sekarang ini keturunan mereka nak bersikap kurang ajar dan tak sedar diri. Kontrak sosial yang dibuat datuk nenek mereka dipersoal. Bahkan sekarang ini bercita-cita besar untuk menguasai politik Malaysia selepas selama ini mereka menguasai ekonomi dan pendidikan di negara ini.

Cakap banyak tak guna! Kalau orang Cina (Kristian) nak sangat guna nama Allah, kita orang Melayu nak tuntut tutup sahaja sekolah Cina dan India. Tak ada dalam dunia di luar Cina dan India ada sekolah khas macam ini waima di Singapork sekali pun. Ada berani ke LIM GUAN ENG?

Tutup kandang babi pun mereka boleh mengamok satu negara, inikan pula tutup sekolah Cina! Cisss.... Memang dasar puak kurang ajar!!!

17 January 2013

Pembangkang kecut! BN bakal menang 160 kerusi pada PRU-13...

Impian pembangkang untuk menawan Putrajaya dan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hanyalah tinggal angan-angan Mat Jenin. Hasil pengiraan kasar mendapati Barisan Nasional (BN) mampu memenangi 160 kerusi Parlimen pada PRU-13 yang akan berlangsung (semakin jelas dan pasti) pada Mac ini.

Wow... Mana datangnya 160 kerusi yang bakal dimenangi BN itu? Ish... ish... ish.. Tak logiklah dengan mengambil kira 700,000 (hehehe... figur Keadilan Daily) orang menghadiri Himpunan Shamsidar tempoh hari tak akan mungkin BN mampu menang dengan jumlah kerusi sebanyak itu dan sekali gus melepasi jumlah dua pertiga majoriti. Haishh... pahit benar untuk ditelan puak-puak sebelah sana.

Namun berdasarkan congakan bodoh, BN sebetulnya mampu mempertahankan Putrajaya malah boleh menang dengan majoriti dua pertiga dengan syarat... sekali lagi... dengan syarat... BN mampu mempertahankan kesemua 140 kerusi yang dimenangi mereka pada PRU 2008 lalu dan merampas 10 kerusi lagi daripada pihak pembangkang. Uik... Ingat senang ke?

Tak susah sebetulnya nak rampas 10 lagi kerusi daripada pembangkang sebabnya BN hanya perlu merampas lima kerusi daripada 23 kerusi yang dimenangi Pas pada 2008, lima kerusi daripada 29 kerusi DAP dan 10 lagi daripada 31 kerusi yang dimenangi oleh PKR. Kesemua kerusi yang BN sasarkan adalah kawasan-kawasan di mana pihak pembangkang memenangi dengan jumlah majoriti yang kecil. Ini bermakna, dengan meletakkan calon yang sesuai dan semua orang UMNO dan Melayu bersatu, Insya-Allah itu boleh jadi kenyataan.

Sebagai contoh UMNO/BN buta-buta boleh rampas satu kerusi Pas di Parlimen Pasir Mas yang kini disandang oleh Ibrahim Ali yang pada 2008 bertanding atas tiket Pas. Malahan, BN juga boleh berkira-kira di beberapa kerusi di Kedah.

Bagi kerusi PKR pula, nak dapatkan 10 daripada 31 kerusi cukup mudah sebab sekurang-kurangnya enam kerusi sudah boleh diborong kerana enam Ahli Parlimen PKR sudah keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan BN hanya perlu berusaha gigih sedikit untuk mencari empat lagi kerusi. Ada beberapa kerusi yang berpotensi termasuk Lembah Pantai. (huhu bye bye Nurul Izzah!)

Kerusi DAP pula? Hemmm... Nampak macam susah tapi sebetulnya tak susah sebab BN hanya mahu mengambil lima kerusi sahaja daripada 29 kerusi dimenangi DAP sedangkan parti itu hanya mempunyai 19 kawasan hardcore termasuk Kepong, Bukit Bintang dan Ipoh Timur. Tapi ada beberapa kawasan lain menampakkan DAP lemah dan boleh dirampas jika strategi MCA berkesan. Khabarnya kawasan-kawasan itu sudah dikenal pasti. Wow... boleh kecut telor Lim Kit Siang!

"Sekarang ini apa yang penting PM perlu meletakkan calon yang tepat manakala semua pemimpin di peringkat bahagian mesti akur dengan pemilihan calon yang dibuat dan menerimanya dengan hati terbuka. Semua orang UMNO dan Melayu bersatu hati... Insya-Allah kita boleh terus memerintah negara," kata seorang sahabat dengan penuh yakin ketika aku bertemunya semalam.

Dan ketika kami bersembang-sembang sambil menyuap nasi sempat juga kami berkira-kira tarikh PRU-13. Sifirnya begini... Najib suka no. 11 dan kebetulan 11 Mac jatuh pada hari Isnin dan Najib akan bubar Parlimen pada hari tersebut. Kemudian penamaan calon boleh dibuat sama ada 16 atau 17 Mac. 23 Mac pula bermula cuti persekolahan sehingga 31 Mac. SPR dijangka akan memberi tempoh berkempen selama 14 hari dan pembuangan undi boleh dibuat pada 29 atau 30 Mac... Hehe..! 

Betul tak Tok Jib?

14 January 2013

RM289,000 dikutip semasa Himpunan Shamsidar... Wow!

Kira bang jangan tak kira.... Nanti masukkan dalam tabung DAP ya!
Wow! Kaya... kaya... Sebanyak RM289,000 berjaya dikutip hasil derma orang ramai semasa Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka Sabtu lepas. Itu baru kutipan peserta yang masuk dalam stadium, yang kat luar ada dekat setengah juta peserta lagi. Kalau kutip sorang seringgit, mahu tambah lagi RM1 juta.

Wow... Boleh tampung kos pilihan raya!




Psssttt.... Dekat-dekat pilihan raya BN duk bagi bantuan kepada rakyat, pembangkang duk mintak bantuan daripada rakyat.... Takpa bantuan kerajaan tu jahat, derma korang tu jihad! Ambik jeh laaa!

12 January 2013

Anwar kecewa Himpunan Shamsidar berlangsung aman

Nampak ramai sebab Stadium Merdeka kecil... kalau buat kat Stadium Nasional Bukit Jalil pasti kelihatan lebih kosong. - Foto FB PDRM
Anwar Ibrahim pastinya kecewa apabila Himpunan Shamsidar berlangsung dalam keadaan aman damai di ibu negara hari ini. Malahan sehingga kini tiada sebarang kejadian buruk berlaku termasuk insiden polis pukul peserta demo, FRU sembur air dan gas pemedih mata dan lain-lain.

Sebaliknya kehadiran sejumlah kecil polis hanyalah untuk mengawal lalu lintas dan menjadi "penunjuk arah" kepada para peserta himpunan yang datang dari seluruh pelosok negara menyebabkan Anwar mati kutu walaupun beberapa ceramah diadakan di beberapa lokasi bagi membangkitkan semangat dan kemarahan para penyokong mereka.

Keadaan ini sudah pasti menggagalkan Anwar untuk menunjukkan sekali lagi kepada dunia tentang kekejaman dan ketidakadilan kerajaan Malaysia yang patut mendapat perhatian dunia termasuk PBB sekali pun.

Anwar berharap apabila berlaku rusuhan antara pihak berkuasa dan peserta demonstrasi (lagi besar lagi bagus, kalau ada kematian laaaagiii baguss...) bagi membolehkan beliau merayu kepada Barat untuk membantu menjatuhkan kerajaan BN.

Ramai yang bertanya kenapa mereka beriya-iya mahu mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar dan dilengkapi kemudahan letak kereta yang lebih luas dan lapang dan kemudahan pengangkutan awam terjawab.

Sebabnya jika mereka berhimpun di stadium lebih besar seperti Stadium Bukit Jalil, ia akan menampakkan jumlah peserta himpunan tidak ramai kerana stadium Bukit Jalil mampu menampung sehingga 100,000 orang berbanding Stadium Merdeka yang separuh daripadanya.

Maknanya kalau mereka berhimpun di stadium lebih kecil, ia akan kelihatan padat walaupun jumlahlah jauh lebih kecil berbanding Perhimpunan Gelombang Merah anjuran UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu.

Sudah pasti pihak pembangkang akan mewarwarkan bahawa Himpunan Shamsidar mendapat kejayaan dengan penyertaan 500,000 orang, lengkap dengan gambar-gambar superimpose yang menggambarkan jumlah peserta yang luar biasa ramai.

Sedangkan menurut kenyataan pihak polis, ia dianggarkan antara 50,000 hingga 60,000 orang sahaja berdasarkan kapasiti stadium dan keluasan kawasan sekitarnya.

Apa pun nyata strategi kerajaan yang "membiarkan" puak pembangkang berdemonstrasi di kawasan tertutup seperti stadium dan bukannya di jalanan atau Dataran Merdeka ternyata membuahkan kejayaan yang membuatkan Anwar semakin kehilangan modal untuk memburukkan kerajaan.

Psssttt.... Tunggu laporan palsu pembangkang...!

10 January 2013

ULASAN: Antara Bible Melayu dan Melayu bebal

KALIMAH Allah kini boleh digunakan oleh orang Kristian di dalam kitab-kitab Bible versi bahasa Melayu mereka sebagai terjemahan kepada "God".

Itulah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan pucuk pimpinan pakatan pembangkang yang diumumkan pula oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana berdasarkan kenyataan dibuat oleh Hadi, orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan. Maaf... Saya tidak jelas apa yang dimaksudkan "asalkan ia tidak disalahgunakan".

Akan tetapi semuanya jelas bahawa pihak gereja mahukan kalimah Allah diluluskan penggunaannya di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu mereka... sekali lagi, versi bahasa Melayu.

Hal ini secara terang dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menyampaikan perutusan sempena Hari Natal baru-baru ini.

Jadi, isu utamanya bukan soal orang bukan Islam mahu menggunakan kalimah Allah sebab jika sekadar  menyebut, melafaz atau menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai perkataan Allah ia bukanlah satu masalah, jauh sekali untuk melarangnya.

Namun, apa yang dibimbangkan sekarang ialah mereka mahu menggunakan kalimah itu di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu mereka.

Dan jika Pas atau Hadi sendiri melihat ia bukan suatu perkara yang perlu dirunsingkan, satu isu remeh yang  sengaja dimomokkan oleh UMNO, bermakna Hadi telah menjilat ludah sendiri ketika beliau menghamburkan kata-kata kafir terhadap UMNO yang konon mengekalkan undang-undang kafir (Rujuk Amanat Haji Hadi 1981).

Saya tertarik dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah yang katanya ia umpama satu dakwah di mana apabila orang bukan Islam menggunakan kalimah ini, akhirnya hati mereka terbuka untuk memeluk Islam.

Saya tertarik dengan kenyataan Nik Aziz itu kerana ramai kalangan orang Cina di Kelantan dan Terengganu bukan sekadar sering menyebut perkataan Allah di bibir mereka malahan ramai di antaranya yang mampu mengucap dua kalimah Syahadah dan membaca Bismillah dengan lancar. Namun, mereka tidak juga beriman kepada Allah dan kekal kafir sehingga akhir hayat mereka.

Lalu, apakah orang bukan Islam  akan terbuka hati mereka untuk memeluk Islam kerana sering menyebut "Allah" ketika membaca Bible bahasa Melayu?  Saya percaya apa yang harapkan oleh  Nik Aziz itu cumalah sebagai ayat penyedap hati untuk penyokongnya.

Satu lagi persoalan yang perlu Hadi jawab, untuk apa kitab-kitab Bible ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sedangkan kita semua tahu bahawa orang yang menggunakan bahasa Melayu  adalah kalangan orang Melayu yang 99.9999 peratus daripadanya beragama Islam.

Terus terang saya katakan bahawa saya tidak nampak ia satu keperluan melainkan ada "muslihat" di sebalik penerbitan Bible Melayu.

Jika mereka mahu menyatakan bahawa Bible-bible ini untuk keperluan penganut mereka, kenapa diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan bukannya  bahasa Cina atau India?

Sejak bila pula orang bukan Melayu di negara ini begitu "cintakan bahasa Melayu" sehinggakan kitab-kita mereka pun mahu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu?

Kenapa mereka mahu menterjemahkan kitab mereka ke dalam bahasa Melayu sedangkan mereka tidak mahu bertutur bahasa Melayu dalam percakapan harian dan enggan menghantar anak-anak mereka memasuki sekolah kebangsaan, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar?  Cintakan bahasa Melayu atau ada udang di sebalik batu?

Dalam hal ini, para pemimpin pembangkang yang beragama Islam, apatah lagi yang bergelar ulama atau tok guru perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung soal kalimah Allah.

Jika berilmu sekali pun, banyak pertimbangan perlu diambil kira apabila membuat kenyataan berhubung soal ini.

Isu kalimah Allah bukan soal UMNO, Pas, DAP atau PKR tetapi soal akidah umat dan kesucian Islam.  Ia juga bukan soal A.L.L.A.H tetapi tentang ALIF LAM LAM HAH. 

Jika mahu berkuasa sekali pun, janganlah digadai Islam kepada yang kafir.  Jika mahu mengambil hati DAP sekali pun jangan hati umat Islam sendiri dicarik-carik.

Subhanallah!

09 January 2013

Kalimah Allah: Jawapan untuk Nik Aziz, Hadi dan Anwar

Nik Aziz kata: Biarlah orang bukan Isle pakai kalimah Allah. Ia macam berdakwah juga. Kalau orang bukan Isle guna kalimah Allah, siapa tahu kalau hati mereka terbuka dan masuk Islam.

Aku kata: Orang Cina di Kelantan dan Terengganu bukan sekadar boleh sebut Allah malahan ramai yang boleh mengucap dan sebut Bismillahirahmanirrahim dengan lancar. Tetapi mereka tidak juga memeluk Islam dan tetap sebagai orang kafir. Jadi, kalau Nik Aziz nak harapkan orang kafir guna kalimah Allah akan masuk Islam, aku rasa Nik Aziz ni kuat berangan.

Hadi dan Anwar kata: Orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah asalkan "tidak disalahgunakan".

Aku kata: Orang kafir tidak akan salah gunakan kalimah Allah kerana tujuan mereka meminta izin menggunakan kalimah itu adalah untuk muatkan di dalam Bible versi bahasa Melayu. Maknanya penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka.

Persoalannya, kenapa perlu ada Bible berbahasa Melayu sedangkan kita semua tahu orang Melayu yang berbahasa Melayu adalah 99.9999 peratus beragama Islam? Kenapa perlu ada bible bahasa Melayu? Kenapa Bible diterjemah dalam bahasa Melayu sedangkan mereka tidak menggunakan bahasa Melayu pun dalam perbualan harian mereka. Malah mereka tidak mahu menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah kebangsaan.

Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim..... Memang bukan kesalahan bagi orang kafir nak guna perkataan A.L.L.A.H dan aku sendiri tidak pernah menghalang mereka menyebut Allah, menyanyi lagu-lagu negeri yang ada perkataan Allah.

Tetapi apa yang aku, kita dan orang Islam di luar Pas dan PKR pertahankan ialah kalimah ALIF LAM LAM HAH dan mereka mahu menggunakannya di dalam Bible bahasa Melayu!

08 January 2013

Kalimah Allah: Sultan Selangor bakal dicarut puak-puak Pas!

Sultan Selangor bakal dicarut oleh puak-puak Pas ekoran kenyataan kerasnya yang tidak membenarkan mana-mana agama selain Islam menggunakan kalimah Allah. Tak percaya tengoklah nanti... Sebelum ini pun baginda pernah difitnah dengan pelbagai keburukan hanya kerana mempertahankan kalimah Allah dan isu murtad.

Antara fitnah yang ditabur puak-puak Pas termasuk mengaitkan baginda dengan seorang pelakon bukan Melayu terkenal, menyebarkan gambar-gambar mengenai perilaku anaknda baginda dan macam-macam keburukan lagi. Pendek kata siapa sahaja yang bersanggah dengan kenyataan Nik Aziz, mereka akan dicarut-marut tak kira sultan atau mufti sekali pun.

Tapi mana-mana individu waima pelacur sekali pun, jika membuat kenyataan yang selari dengan Pas akan disanjung tinggi dan silap hari bulan diberi panggilan ustaz atau ustazah walaupun baca al-Fatihah pun tonggeng langgang. Itulah Pas... "Punoh Abis Semuo".

Apatah lagi hari ini jugak dikhabarkan Nik Aziz mempertahankan pendiriannya yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain. Nik Aziz kata bila orang kafir guna kalimah Allah, lama-lama mereka akan masuk Islam. Katanya, penggunaan kalimah Allah ni macam berdakwah jugak lah!! Dushhh...!!

Sama ada Nik Aziz tak faham soalan atau memang dia jenis pemimpin tak ada fikiran. Sebab masalah utama di sini ialah orang bukan Islam nak guna kalimah Allah dalam kitab bible berbahasa Melayu. Maknanya apa tu? Apakah maknanya kalimah Allah itu untuk mendakwah orang bukan Islam masuk Islam atau dakwa bukan Islam untuk memurtadkan orang Melayu?

Tolonglah Nik Aziz ooiii....

Dan bila Sultan Selangor bertitah agar MAIS dan JAIS mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mempersoal dan perlekeh fatwa yang sudah dibuat mengenai penggunaan kalimah Allah itu, Anwar dengan sesuka hati mak bapak menuduh MAIS tak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor.

Dia duk pula kata MAIS tu badan bebas dan dipengaruhi UMNO. Kepala bapak dia!



Fakta Perlembagaan: Sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri seluruh Semenanjung kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan yang ketua agamanya adalah Yang Dipertuan Agong.

07 January 2013

C.E.C = Cer Ejas Cikit rupanya.... Hemmm!

OOooo.... Sekarang barulah aku tahu apa makna C.E.C yang DAP duk pakai selama ini. Rupa-rupanya CEC tu "cer ejas cikit".... Maksudnya setiap keputusan dalam pemilihan CEC ni boleh diejas-ejas mengikut kehendak pucuk pimpinan rupanya.

Yalah bila pemilihan DAP tidak memilih wakil Melayu dan lebih ramai wakil India dalam barisan kepimpinan parti, depa boleh pula buat-buat silap pengiraan walhal itu semua adalah taktik depa nak "ejas" keputusan undian supaya orang-orang tertentu boleh menang.

Hehe... Inilah tabiat DAP. Macam-macam mana sekali pun tetap jugak nak ejas. Kalau tak ejas tak nama DAP-lah. Yalah kalau bukan sebab ejas-mengejas macam manalah Lim Kit Siang boleh menjadi pemimpin seumur hidup DAP. Kalau bukan sebab ejas-mengejas takkanlah Lim Guan Eng yang juga orang Melaka boleh jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dan atas sebab ejas-mengejas antara Ngeh-Nga dengan Nik Azizlah maka Nizar Jamaludin boleh jadi MB Perak (untuk tiga bulan) walaupun secara lojik dik akalnya Pas memang tak layak jadi MB pun. Ejas bang jangan tak ejas... Heee

Bila dalam pemilihan DAP baru-baru ini, orang Melayu kalah teruk maka DAP pun ejas-ejas supaya Zairil Abdullah (nama Melayu tapi darah Cina) boleh menang pemilihan walaupun pada awalnya dah kalah teruk. Tapi sebab nak beli undi orang Melayu pada PRU-13 nanti maka DAP pun ejaslah mana-mana yang patut sehingga Zairil boleh dapat tambahan 500 undi selepas pengiraan semula.

Haishhh... Apa punyalah Microsoft Excell ni sampaikan boleh berlaku kesilapan pengiraan lagu tu. Hemmm DAP patut saman saja Microsoft dan Bill Gates sebab kelemahan Excel menyebabkan berlaku kesilapan pengiraan tersebut. Mungkin sebab Tony Phua tak sempat nak ejas Bill Gates, itu pasal jadi lagu tu... Hahaha...

Apa pun terima kasih aku nak ucap kat Microsoft Excel sebab mencelikkan rakyat seluruh negara terutama di Pulau Pinang bahawa DAP cuma pandai cakap bila bercakap pasal pilihan raya bersih, walhal depa nak urus tak sampai 2,000 pengundi pun boleh jadi "kotor". Hehe...

Itulah masalahnya bila parti dipimpin oleh warga emas yang sudah nyanyuk manakala Setiausaha pula berkuasa melebihi seorang Presiden. Haishhh....

Weih... DAP! Bubar jelah CEC tu. Buat pemilihan baru.... Ada berani ke?


04 January 2013

Akhirnya rakyat Selangor dapat air percuma...

Aku nak ucap terima kasih kepada kerajaan PKR Selangor, khususnya MB Khalid Ibrahim kerana akhirnya melunaskan janji pilihan raya umum 2008 lalu iaitu menyediakan bekalan air percuma kepada seluruh rakyat negeri ini.

Sesungguhnya kami rakyat negeri Selangor menyokong penuh usaha ini dan kami berjanji pada PRU-13 kami akan memberikan sokongan pada kepada kerajaan Selangor sekarang. Kami tak mengharapkan BN untuk memenuhi kemahuan rakyat. Rakyat mahu air percuma dan sekarang kerajaan Selangor sudah tunaikan. Tak apa lambat sedikit asalkan janji dikotakan.

Inilah bukti keprihatinan kerajaan PKR khususnya Khalid Ibrahim terhadap rakyat negeri. Sesuai benar dengan moto "negeri berkebajikan". Sudah lama benar kami tunggu janji ini ditunaikan. Alhamdulillah... akhirnya Allah makbulkan kemahuan kami, inilah berkat doa Tok Guru Nik Aziz.


Aminnnnn....

Lihatlah... Rakyat tak perlu bayar bil air. Semuanya FREE.... tinggal tadah baldi saja. Terima kasih Khalid Ibrahim.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...