26 February 2013

Kayakan anak dan parti anak beranak

Hehe... Anwar kata dia akan pastikan pemegang jawatan dlm "kerajaan PR" tidak jadikan anak beranak kaya raya tapi yang peliknya PR sendiri terdiri daripada anak beranak. Maknanya kalau PR jadi kerajaan, para menterinya terdiri daripada anak beranak.

Dalam PKR ada Anwar, ada Wan Azizah, ada Nurul Izzah yang merupakan anak beranak... Itu belum kira Azmin yang juga "madu" kepada Anwar hehe... Dalam DAP ada Lim Kit Siang, ada Lim Guan Eng ada menantu Betty Chew... Selain itu ada juga Karpal Singh dengan Gobind Deo.

Jadi macam mana depa duk kata tanak kayakan anak beranak kalau dah dalam Kabinet bayangan mereka pun para menteri diwakili oleh anak beranak...

Ciss... Itu cakap tarak serupa bikinlah!

22 February 2013

Nik Aziz dan binatang peliharaannya...

Nik Aziz kata pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama seorang gembala yang memberi makan kepada binatang peliharaan mereka.... Tapi ramai ustaz Pas hidup senang lenang atas pemberian derma orang ramai. Macam mana tu?

Kalau ini macam mana pulak tok guru?

Imbas kembali... Nik Aziz duk beri makan kepada binatang peliharaannya masa PRK Lunas...

18 February 2013

Psywar pembangkang... Ingat cerdik rupanya bodoh piang...

Keratan lawan web e-akhbar Jabatan Penerangan yang digodam... Kesian
Aku ingat pakar-pakar perang saraf dan perang siber upahan pembangkang ni cerdik rupanya bodoh tahap piang. Kok ya pun nak godam super impose surat peletakan jawatan Najib tu, biarlah nampak real macam UMNO super impose video Anwar dengan China Doll real punya. Ini tidak, cacat sana sini dan sekali tengok pun dah tau ini dah tak betul.

Antara kebodohan paling ketara:

1. Guna jenis karakter (font) berbeza dengan font asal. Tengok tang tajuk keratan "PM Secara rasminya meletak jawatan". Dah tonggeng langgang mana nak capital mana tidak... Heheh...

2. Penerbitan Utusan Malaysia... Hehe... Apa kaitan dengan Utusan Malaysia? Bukankah Jabatan Penerangan menyalurkan berita kepada pihak akhbar termasuk Utusan dan bukannya Utusan yang beri laporan kepada Jabatan Penerangan... Hahaha

3. Kementerian... Apa hubungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam isu ini? Wakakakaa... Bodohnya!

4. Kandungan... Mana ada kenyataan media lebih-lebih lagi keluaran agensi kerajaan pakai  nama semberono macam Nik Aziz, DSAI... DSAI tu apa? Nama anak babi ke?

5. Dan kalau PM nak letak jawatan, bukan Jabatan Penerangan atau Utusan Malaysia yang keluarkan kenyataan tetapi oleh Jabatan Perdana Menteri.

Jelas sekali sesiapa sahaja yang menceroboh dan menggodam laman web ini dan memalsukan surat tersebut adalah individu yang sangat bodoh. Kebodohan balaci-balaci pembangkang yang duk buat cerita palsu ini disebabkan pemimpin mereka dua kali lebih bodoh. Contoh pemimpin pembangkang 2X lebih bodoh ialah Nizar Jamaludin yang kata PM akan letak jawatan sebab tekanan oleh Mahathir dan TPM!

Wakakaka...

Psst... Kau orang nak ke Malaysia dipimpin oleh orang-orang bodoh macam ni? Oh tidak!!

12 February 2013

PRU-13: Ahmad Said, Idris Jusoh (pasti) ke Parlimen?

Ini mesej yang baru aku terima. Seorang rakan nun di Terengganu mengirimkan aku mesej menerusi WhatsApp yang mengandungi senarai nama calon-calon bagi negeri Terengganu untuk PRU-13 ini. Banyak nama yang aku tak pernah dengar dan tak berapa kenal. Walaupun ia bukanlah senarai yang sahih tetapi dimaklumkan, senarai itu diberikan oleh orang-orang kanan MB Terengganu sendiri.

Daripada senarai nama tersebut, aku cukup tertarik bila nama MB Ahmad Said dan bekas MB Idris Jusoh masing-masing disenaraikan untuk bertanding di peringkat Parlimen. Mat Said di Kemaman dan Deris di Besut. Kalau betul senarai nama ini dikeluarkan orang kuat MB sendiri maknanya, Mat Said memang mahu melepaskan kerusi "Menteri Besar" kepada orang lain. Rela atau atas arahan pihak-pihak tertentu tidaklah aku tahu. Lagi pun senarai itu bukan senarai nama yang sahih!

Kalau betul Mat Said dan Deris bertanding di Parlimen, ia sudah tentu seiring dengan cadangan aku sebelum ini agar kedua-duanya diletakkan di kerusi Parlimen sebagai jalan penyelesaian "persengketaan" kedua-dua pemimpin itu sejak PRU-12 lalu. Jadi, bila kedua-duanya sudah bertanding di Parlimen, bermakna Terengganu bakal mendapat MB baharu selepas PRU-13 nanti.

Tapi bila aku tanya siapakah orang itu, sudah tentu orang UMNO dan BN Terengganu sendiri pun tidak pasti. Sebabnya seperti yang aku katakan dalam entri aku sebelum-sebelum ini bahawa nama-nama MB akan dicadangkan oleh baginda sultan bagi memastikan peristiwa zaman Pak Lah tahun 2008 lalu tidak berulang.Siapa yang sultan yakin, percaya dan boleh bekerjasama itulah yang bakal dilantik sebagai MB.

Namun bak kata kawan aku tu, masih terlalu awal nak berbincang soal siapa calon MB Terengganu selepas ini sebab apa yang lebih penting ialah memastikan BN terus berkuasa di negeri "keropok lekor" itu. Itu yang lebih utama.



Pssttt... Ikut senarai nama yang diberi, nama seorang rakan aku diletakkan sebagai calon di salah satu kerusi Parlimen. Aku nak ucap tahniah awal-awal walaupun calon yang sebenar hanya diketahui selepas proses penamaan calon! Welcome back Dato!

Shila Amzah kahwin lari?

Cerita-cerita nakal tersebar kononnya Shila Amzah dan kekasih hatinya Sharnaaz sudah pun berkahwin. Ini berikutan tindakan Shila yang menghilangkan diri selama seminggu sejurus hubugan cintanya dikatakan terputus ekoran kongkongan si bapa.

Shila konon-kononnya sudah berkahwin lari dengan Sharnaaz. Video klip permohonan maafnya di YouTube menguatkan lagi cerita-cerita nakal ini apabila Shila kelihatan berpakaian putih ala pasangan selepas akad nikah. Apakah cerita ini benar? Kenapa Shila melarikan diri ke Kemaman, Terengganu?

Hanya Shila sahaja boleh menguraikan "krisis" ini...


06 February 2013

Nik Aziz suruh PSY tutup aurat...? Wakakaka...


Kalau aku kata Nik Aziz MB paling BODOH ramai orang Pas dan orang Kelantam marah aku. Tapi inilah bukti sebetulnya Nik Aziz memang tak layak jadi MB, jauh sekali jadi Perdana Menteri.  Ia juga jawapan kepada persoalan kenapa Nik Aziz "kluk-klek" bila membuat kenyataan kepada media tentang sesuatu isu. Sebabnya memang dia tak tahu apa-apa pun selain putar belit ayat Al-Quran.

Apa sahaja reporter tanya dia akan jawab dan siap dengan perbandingan zaman Rasulullah. Tapi sebetulnya dia tak faham pun soalan yang ditanya. Sebab tu bila reporter tanya pasal PSY, penyanyi K-Pop yang tersohor di dunia Nik Aziz dengan selamba suruh penyanyi lelaki tu menutup aurat. Auw!!

Bukan aku kata, tapi Malaysia Kini yang report pasal tu... Hehehe! Nik Aziz oh Nik Aziz... Kesian kau! Inilah padahnya kalau jenis orang tua yang nak menongkat langit dengan jawatan MB. Hehehe... Aku ingat kalau cicit dia baca yang moyangnya ni duk melalut pasal PSY suruh tutup aurat, mesti cicitnya pun ketawa berguling-guling... Wakakaka....

싸이 ... 종료 aurat, 제발 ...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...