28 March 2013

Tudiaaa... DAP berkempen sampai kat Singapork!

Memang beriya-iya benar DAP nak menakluk bumi Malaya ni. Tengoklah usaha puak-puak depa nak pastikan parti itu dapat mentadbir Putrajaya atau sekurang-kurangnya merampas Johor, sampai sanggup berkempen sehingga ke negara jiran.

Agaknya keadaan begitu mendesak sekarang ini melihat sokongan orang Melayu terhadap UMNO/BN semakin melonjak sehinggakan DAP terpaksa merayu anak-anak Malaya yang ada kat Singapork supaya balik mengundi dan memangkah pembangkang.

Hemm... Pembangkang sampai buat lagu tu untuk pastikan kemenangan mereka, UMNO/BN takat mana pulak? Takkan nak harapkan Najib dan Muhyiddin saja kut?

**Gambar ini dikirim seorang sahabat aku yang bertugas di Johor Bahru. Terima kasih sahabat!

Cara pemimpin pembangkang jawab soalan wartawan


Berikut jawapan para pemimpin pembangkang apabila menjawab soalan mudah wartawan dalam sidang media anjuran mereka...

WARTAWAN : 1 + 1 berapa?

LIM GUAN ENG : Haiya, satu kali salah kila pun mau bising... sembilan kali betul punya talak bising... Lu apa macam?

NIK AZIZ  : Zame Rasulullah dulu meme 1 + 1 memang ado tetapi UMNO tok seh nop melaksanoke unde-unde Isle, maka hare bagi sesiapa memangkoh UMNO...

MAT SABU : Psstt... Mahfuz.... apa jawapan dia??? Aku tak tahu kira...!!

KHALID IBRAHIM : Syyy... syyyaaa.... syyaaabb... syaaabassss....!!

ANWAR IBRAHIM : U dari mana? U ulang I saman U balik.... Dah sembahyang maghrib belum? Lebih baik pergi sembahyang dulu... Ini media UMNO ni tak habis-habis nak tabur fitnah...!!


27 March 2013

Insya-Allah Parlimen bubar hari ini...

TERKINI:
Ramai yang marah-marah aku sebab dengan tanpa rasa bersalah mengatakan Parlimen bubar hari ini (27 Mac) walhal habok pun tadak.

Hari ini 1 April pun ramai yang buat kejutan bodoh bulan April menyatakan Parlimen dibubar. Tak kurang juga kata Anwar mati kena racun... Tapi itu semua April Fool!

Bab kata bubar Parlimen ni janganlah marah aku sebab aku pun orang yang bagi tahu. Bahkan cerita bubar Parlimen ni dah menjadi sebutan di bibir rakyat sejak 2 tahun lalu.
 
POS ASAL:
Insya-Allah Parlimen bubar hari ini. Begitu mantap jawapan seorang sahabat ketika aku tanyakan soalan berhubung tempoh pembubaran Parlimen bagi diadakan PRU-13.

Maklum hari ini (Rabu 27 Mac 2013) adalah tempoh terakhir bagi DUN Negeri Sembilan. Kalau DUN itu tidak dibubarkan hari ini, esok DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri dan kerajaan pimpinan Mat Hassan dianggap kerajaan sementara.

Puak-puak depa tak boleh terima kalau BN terus menguruskan negeri itu sebagai kerajaan sementara. Tak boleh sebab tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, negeri-negeri atau negara diperintah oleh kerajaan sementara. Tidak....

Jangan tanya aku kenapa puak-puak mereka begitu tak puas hati bila Najib belum umumkan pembubaran Parlimen walhal mereka juga dulu bermati-matian tidak mahu bubar DUN negeri-negeri dikuasai mereka sebelum cukup tempoh 5 tahun. Sekarang bila Tok Jib nak tunggu sampai cukup tempoh, depa duk pakat kata kerajaan BN bacul sebab takut bubar Parlimen.

Heee...

Pagi-pagi nanti moh pakat berbaris depan pintu pagar Istana Negara, tunggu Tok Jib mengadap Yang Dipertuan Agong. Mana tau lepas mengadap Agong, Tok Jib buat sidang akhbar depan pagar istana untuk memaklumkan bahawa...

"DYMM Yang Dipertuan Agong telah perkenan untuk pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan..." 

Ops!





21 March 2013

Kau memang siallah Gomo! ~ Anwar

Sial! Patutlah Anwar saman Papa Gomo RM100 juta. Rupa-rupanya blogger gemuk ini simpan banyak video seks yang pelakonnya semua ada mirip-mirip Ketua Pembangkang ini.

Aku kata mirip sebab dalam video seks China Doll, yang mirip-miripnya perutnya buncit sedangkan perut Anwar kempis, tegap sebab selalu masuk jim. Lepas tu keluar pula video yang mirip-mirip juga tapi kali ni dengan jantan. Perut yang mirip-mirip ini perutnya kempis, tegap macam selalu pergi jim.

Aisshhh...

Petang ni Gomo perdajal lagi Anwar dengan keluarkan pula video perbualan manja seorang lagi mirip-mirip Anwar dengan lelaki lembut dalam satu bilik. Siap  pula ada pengakuan si mirip-mirip dia bergegas dari rumahnya di Segambut sebab nak jumpa si jantan ni. Opss... si mirip-mirip tinggal kat Segambut jugak ke?

Hemm... Kau memang siallah Gomo! Tak pasal-pasal sekarang Anwar duk melilau carik Kedutaan mana lagi nak menyorok. Kedutaan Turki? Australia? AS? atau Israel ops... Israel tak de kat Malaysia... Singapore ada!

Tapi lebih sial lagi si Gomo ni sebab duk tayang sikit-sikit videonya... Kasi FULL la bro! Minggu depan Parlimen dah nak bubar ni...!



Pssst....! Apa Anwar, para peguam dan pakar-pakar strategiknya duk bincang kat Tropicana sekarang yek?? Hemmm... Gomo gomo! Kau memang sial! (kata Anwar)

20 March 2013

Kenapa Anwar tidak saman Presiden UMNO?

Anwar kata ini fitnah UMNO tapi dia saman Papa Gomo, bukannya Presiden UMNO! Hehehe...
Pelik! Setiap kali ada pihak yang mendedahkan aktiviti songsang Anwar di Internet, dengan pantas dia menuduh itu adalah fitnah dan konspirasi UMNO. Baik rakaman video bersama China Doll mahupun terbaru, aksi panas dengan seorang lelaki.

Peliknya, walaupun Anwar menolak tuduhan bahawa dia adalah lelaki-lelaki dalam rakaman video atau gambar tersebut, namun dia tidak pernah membuktikan bahawa lelaki-lelaki tersebut bukan dirinya. Dan yang lebih pelik kenapa dia tidak saman UMNO atau Presiden UMNO kerana membuat kerja jahat memfitnahnya dengan rakaman video dan gambar berkenaan.

Tindakan Anwar yang menyaman blogger picisan macam Papa Gomo semata-mata blogger itu memaparkan gambar seorang lelaki sedang bercumbuan dengan lelaki lain menampakkan kepelikannya. Ini kerana tindakan itu seolah-olah mengiyakan bahawa lelaki di dalam gambar tersebut adalah dirinya tetapi pada masa sama menuduh ia fitnah jijik UMNO.

Kalau benar itu adalah hasil fitnah UMNO, Anwar sepatutnya menyaman UMNO atau Presiden UMNO atau Ketua Penerangan UMNO atau sesiapa sahaja orang UMNO yang dipercayai dalang dan bukannya blogger picisan yang huduh dan gemok macam Papa Gomo.

Lagipun apa sangat nilai Papa Gomo jika nak dibandingkan Presiden UMNO? Bukankah nilai berita lebih hebat jika Anwar menyaman Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia. Barulah ceritanya lebih hebat untuk dilapor berulang-ulang oleh CNN atau lain-lain stesen TV antarabangsa.

Tapi malang, Anwar tetap Anwar. Seorang pengecut dan penakut. Dia hanya berani saman blogger picisan macam Papa Gomo tapi tak berani nak saman Presiden UMNO a.k.a Najib.
Pelikkan?

Psssttt.... Boleh ulang ke? U ulang I saman U... 

18 March 2013

Parlimen bubar minggu depan?

Bisik-bisik sampai ke telinga aku pagi ini menyatakan Najib akan membubarkan Parlimen minggu depan bagi membolehkan PRU-13 dijalankan April ini. Ikut kata jurubisik tu, Parlimen dijangka dibubarkan minggu ini tetapi tanda-tanda ia menjadi kenyataan masih samar. Banyak perkara berlaku minggu ini, termasuk keputusan STPM dan SPM.

Memandangkan minggu ini kemungkinan besar tidak menjadi kenyataan, Parlimen dijangkakan pula akan dibubar minggu depan. Jangan tanya aku kenapa Najib memilih minggu depan tetapi bubar atau tidak, April nanti akan terbubar sendiri Parlimen.

Tapi jurubisik aku kata, Najib tak akan biarkan ia terbubar dengan sendiri sebaliknya beliau akan memutuskan tarikh tersebut. Cuma Najib sengaja "melambat-lambatkan" permainan sebagai salah satu taktik permainan. Bukan main bola saja ada taktik melambat-lambatkan permainan, dalam politik dan pilihan raya pun ada. Hehehe...

Apa pun marilah kita sama-sama tunggu sama ada benar Najib akan bubar Parlimen minggu depan atau tidak. Bagi aku bubar bila pun BN pasti akan terus memerintah Malaysia dan kemudian menyaksikan beberapa ahli politik veteran mereka berundur (sebab dah tua sangat dah) antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hadi Awang, Nik Aziz manakala seorang lagi terpaksa dimasukkan Tanjung Rambutan!

Kenapa Lim Kit Siang pilih bertanding di Johor? (Dikemas kini!)

TERKINI (18 Mac 2013 / 10:30pm)
Sah Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah. Anwar terpaksa ketepi Chua Jui Meng yang turut berhasrat bertanding di kerusi tersebut semata-mata nak jaga hati DAP. Maklum, menimbun fail bukti liwat I & II Anwar ada pada Pengerusi DAP, Karpal Singh! Dan terbukti juga PKR terus jadi kuda tunggangan DAP! Wassap yo!


POS ASAL:
Memang betullah pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang akan bertanding di salah satu kerusi "selamat" di Johor. Bagaimanapun Parlimen yang dia akan tandingi belum dapat dipastikan. Mungkin di Labis atau juga di Nusa Jaya, belum dapat disahkan. Tetapi yang pasti DAP benar-benar berusaha untuk menguasai Johor pada PRU-13 nanti.

Kalau benarlah Kit Siang nak tinggalkan Ipoh Timur untuk ke Johor maka jelaslah bahawa DAP Johor memerlukan pemimpin veteran itu untuk memimpin pembangkang di negeri itu pada PRU-13. Tambahan pula mereka tidak  boleh mengharapkan kepada Chua Jui Meng yang kini masih lagi mempunyai aura BN.

Tambahan pula, DAP sedar bahawa kerusi Ipoh Timur yang disandang oleh Kit Siang memang "selamat" dan boleh dilepaskan kepada calon lain. Bahkan mereka yakin pengundi di Ipoh Timur akan tetap memangkah mereka walaupun DAP meletakkan seekor babi sebagai calon, asalkan ada cop roket.

Maka atas sebab itu, Kit Siang mencari rumput lain yang boleh dimerahkan di negeri Johor, negeri yang menjadi salah satu sasaran untuk pembangkang khususnya DAP untuk dirampas mereka - selain Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Lagipun DAP sedar mereka ada "big brother" di seberang tambak yang boleh memberi aura kepada mereka dan pengundi Cina untuk memilih mereka.

Kesungguhan DAP untuk menguasai Johor diperkukuhkan lagi dengan hasrat mereka yang mahu bertanding di 15 daripada 26 kerusi Parlimen Johor dan sudah pastilah tumpuannya di kawasan bandar di negeri ini.

Aku yakin orang Melayu di Johor masih tebal dengan sentimen kemelayuannya kerana Johor adalah negeri Melayu sejati tapi bagi kalangan orang Cina, sukar untuk dipastikan. Sama ada mereka sokong BN atau sokong DAP, yang pasti ia memberi keuntungan kepada mereka. Cuma kalau ada Melayu yang bagi undi kat depa, aku tak tahulah tang mana keuntungan Melayu tu dapat.

Tapi aku yakin orang Johor tidak akan mudah menyerahkan negeri itu kepada pembangkang, lebih-lebih lagi kepada Kit Siang dan konco-konconya.

17 March 2013

Kes Lahad Datu buat rakyat makin benci pembangkang

Kalau betul Anwar berjuang untuk rakyat dan negara, kenapa tidak guna Misuari untuk pujuk Jamalul Kiram tarik balik tenteranya dari Lahad Datu?
Ini bukan aku kata tapi beberapa rakan aku yang selama ini bersikap "atas pagar" dalam soal politik. Mereka kata isu Lahad Datu menyerlahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, Tony Puaka, Lajim Ukim atau pun Hadi Awang. Kenyataan mereka yang mengaitkan kes Lahad Datu sebagai konspirasi UMNO nyata menimbulkan kemarahan rakyat, apatah lagi kalangan anggota polis dan tentera.

Kenyataan Tony Puaka memang membuatkan hati rakyat terutama orang Melayu menggelegak. Mereka tidak boleh terima kenyataan seorang Cina yang sesedap mutut menuduh kejadian di Lahad Datu sebagai permainan politik UMNO. Sebabnya kita semua tahu, kes Lahad Datu melibatkan orang Melayu dan beragama Islam. Yang mati mempertahankan negara adalah orang Melayu/Islam dan yang menceroboh sehingga mengorbankan ratusan nyawa di pihak mereka juga orang Melayu dan beragama Islam.

Dan kalau orang tanya kenapa kerajaan lambat bertindak terhadap puak-puak Sulu ini, alasan aku mudah sebab mereka orang Melayu dan sama-sama Islam. Kita tidak mahu sehingga berlaku pertumpahan darah. Sebab itu kerajaan lambat bertindak. Tapi sebab mereka mulakan dahulu, maka berlakulah insiden berdarah sedemikian.

Apakah Tony seronok melihat orang Melayu saling berbunuhan sehingga dia mencetuskan provokasi sedemikian? Dan pertanyaan juga, kenapa Anwar yang kononnya mempunyai hubungan akrab dengan Nur Misuari tidak bertindak sebagai pendamai dengan memujuk orang Sulu berundur daripada Sabah? Kenapa? Apakah ia membenarkan laporan risik Filipina bahawa pencerobohan orang Sulu ke Sabah kerana mendapat restu pemimpin tertentu dari negara ini? Benarkah?

Sedangkan aku percaya, jika Anwar benar-benar mengaku tidak terlibat dengan insiden di Lahad Datu, dan jika Anwar mengambil langkah berunding dengan Jamalul Kiram dengan bantuan Nur Misuari sekali gus menamatkan sengketa di Lahad Datu, aku yakin sokongan rakyat terutama di Sabah terhadap pembangkang pastinya melonjak dan membawa signifikan kepada Anwar bagi menghadapi PRU-13.

Malangnya, pembangkang menggunakan isu Lahad Datu untuk memburuk-burukkan BN dan tidak kurang juga yang memperkecil dan memperlekeh PDRM dan ATM. Kenyataan Hadi Awang lebih BODOH lagi apabila mendakwa "kemiskinan" rakyat dan ketiadaan kemudahan asas di Lahad Datu membawa pencerobohan. Bodoh sebab Hadi Awang buat kenyataan itu tanpa melihat realitinya.

Apapun aku nak ucap terima kasih kepada Jamalul Kiram sebab dengan menghantar bala tenteranya ke Sabah, ia membongkar hati busuk pemimpin pembangkang khususnya Anwar dan Tony Puaka dan lebih berterima kasih kerana Lahad Datulah maka pembangkang bakal kehilangan lebih banyak undi khususnya dari kalangan anggota polis dan tentera serta ahli keluarga mereka.

In Shaa Allah, PRU-13 Putrajaya kekal milik BN, Kelantan milik BN dan Kedah juga kembali ke pangkuan BN....!!!

Apa dah jadi bro MTB?

Aku gelak bila baca mesej kawan-kawan dan para pembaca blog aku sebab lama benar aku tidak kemas kini Mesin Taip Buruk. Ada yang fikir aku sakit teruk sehingga tidak mampu lagi dah nak update blog. Ada yang ingat aku dah pecat perut kena doa dik Nik Aziz sebab selalu sangat kutuk orang tua tu kaw-kaw. Ada juga ingat aku dah kena buatan orang, sihir dik penyokong pembangkang sebab selalu sangat hentam depa.

Hehe... Nak gelak pun ada. Sebetulnya aku masih sihat walafiat, malahan makin berisi adalah. Untuk makluman, aku tidak sempat nak kemas kini blog aku lantaran kesibukan aku dalam tugas-tugas hakiki, penglibatan dalam beberapa NGO dan lain-lain. Memang aku dah miss banyak isu termasuk isu Lahad Datu dan terbaru perihal video seorang mamat yang cukup dikenali sedang melampias nafsu dengan seorang jantan lain.

Tak kemas kini blog tidak bermakna aku sudah berundur daripada penulisan aku dalam blog. Tidak... aku masih bernafsu untuk mengupas, mengulas dan membongkar isu-isu seputar negara. Cuma buat masa sekarang, aku kena fokus terhadap tugas hakiki yang selama ini menjadi tempat aku cari makan menyara keluarga. Lagi pun aku bukannya cari makan dengan blog. Tak macam puak-puak sebelah sana yang sanggup menipu rakyat, menabur fitnah melalui blog sebab nak cari makan dan menyara keluarga. Tidak... tidak! Aku masih boleh bezakan mana yang halal mana haram.

In shaa Allah aku akan kembali berblog selepas ini.

Apa pun aku ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca setia blog aku. Walaupun dah lama tidak ada bahan baru, masih ramai yang mengunjungi blog aku setiap hari. Terima kasih bebanyak...!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...