22 May 2013

VIDEO: Betol ke ini tahap DPP kita atau satu lagi serangan Red Bean Army?

Tak berani nak komen banyak-banyak. Kalau betullah tahap DPP yang handle kes Teoh Beng Hock tempoh hari macam ni, aku ingat Ghani Patail kena buat sesuatulah. Video ini sudah tersebar ke seluruh pelosok alam maya dan memalukan negara.

Pejabat Peguam Negara perlu buat penjelasan apakah benar ini adalah DPP yang dilantik kerajaan untuk mengendalikan kes berprofil tinggi TBH ni? Atau apakah ini satu lagi serangan Red Bean Army untuk memburukkan institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara dan kerajaan BN?

Hemm.... Ghani Patail tolong jawab atau letak jawatan saja!

21 May 2013

AirAsia... Everyone can CRY! MAS kata adik Maryam Sofea sihat...

"NOW AZRAN AND TONY CAN CRY..."
Kenyataan media oleh MAS mengesahkan adik Maryam Sofea yang dihalang oleh staff AirAsia di Vietnam balik ke Malaysia disahkan sihat. Sebab itu MAS sedia bawa balik kanak-kanak ini bersama ibunya. Nak detail, baca kenyataan media MAS di bawah (terima kasih sahabat kerana hantar salinan ini kepada aku...!) :

Malaysian Hospitality Beyond Borders
20 MAY 2013, SUBANG: Malaysia Airlines received  numerous queries in regards to the predicament  faced by Izan Suhaila Mohd. Ali and her baby,  Maryam Sofea who were denied boarding on  another carrier yesterday.
This statement is to record the chronology of  events that transpired at the Malaysia Airlines  office at Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam that  led to the national carrier's decision to fly them  back to Malaysia.
Malaysia Airlines learned about the unfortunate  situation of Izan and Maryam from Tourism  Malaysia. As it is a standard procedure for all  passengers with symptoms of contagious disease  to get a fit-to-fly certification from a doctor,  Malaysia Airlines made the decision to take  Maryam Sofea to a doctor. This is to ensure that  no one passenger puts the health of another  passenger at risk.
As such, Malaysia Airlines staff picked up Izan and  her baby from the hotel they were staying in to be  brought to the clinic. The doctor examined the  baby and confirmed that she was no longer  contagious. It was said that she was out of the  incubation period and that the black spots are  actually just dry scabs.
Immediately after that, Malaysia Airlines worked  on preparing the travel documents for Izan,  Maryam and two other relatives. They were  booked onto flight MH759 that departed Ho Chi  Minh yesterday itself so that they would not have to  spend another night in Saigon and incur more  costs.
It was Malaysia Airlines staff from Saigon who  drove the family back to the airport from their  hotel. As they reached the airport at 1550 hours,  the Airport Services team had all the necessary  documentation ready to ensure a fast check-in. A  ground staff was especially assigned to escort the  family through Immigration & Customs. This was  important as there
was a query on the immigration  stamp in their passports due to the previous day’s  incident. Izan, baby Maryam and family managed  to board Malaysia Airlines flight MH759 and  departed Saigon for home at 1640 hrs.
Malaysia Airlines Group Chief Executive Officer,  Ahmad Jauhari Yahya said, "We are glad that the  team in Saigon displayed 100% Malaysian  Hospitality in this situation. The ability of the team  to act beyond their normal duties is to be highly  applauded. It is also commendable that they did  not break any rules of the standard procedures  that we follow but yet managed to go out of their  way in displaying a true spirit of compassion and  empathy. I would like to personally thank all the  staff that were directly involved in this case," he  added further.
Safety of customers is of paramount importance  at Malaysia Airlines and thus all measures were  taken to help the stranded passengers and at the  same time ensuring that no other passengers’  health are put at risk. 

Malaysia Airlines flies three times daily to Ho Chi  Minh City, Vietnam.

Dato' Najmuddin Abdullah
Head, Strategic Communications
Malaysian Airline System Berhad
Admin Building 1, MAS Complex A
Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang
MALAYSIA

P: +60.3.7863 4991
F: +60.3.7847 3085
M: +60.19.338 7777
najmuddin.abdullah@malaysiaairlines.com


INI KALILAH... AIRASIA TERDUDUK. INI SEMUA GARA-GARA MULUT CELUPAR MELAYU AIRASIA LUPA ASAL USUL MCM AZRAN OSMAN RANI... RAFIDAH BOLEH DUK DIAM, TONY BOLEH PERTAHAN... TAPI SAMPAI BILA AIRASIA BOLEH BERTAHAN TANPA SOKONGAN PENUMPANG MELAYU? 

20 May 2013

Tudia Azran "AirAsia"... Patutlah dia tak suka dipanggil Melayu...


Inilah contoh orang Melayu yang lupa asal usul. Sudah berjaya hasil kebijaksanaan kerajaan yang diperintah oleh orang Melayu sejak lebih 50 tahun lalu, kini Azran Osman Rani membuktikan bahawa dia antara ribuan orang Melayu yang menyesal dilahirkan Melayu.


Mungkin atas sebab itulah Azran kini melupakan asal usulnya dan mahu hidup sebagai orang "tanpa batasan bangsa". Melayu seperti apakah yang sanggup bergambar separuh bogel bersama isteri ketika isterinya sarat mengandung. Melayu seperti apakah yang mengeluarkan anaknya daripada sekolah kebangsaan hanya kerana menilai sekolah itu "terlalu melayu" dan "terlalu keagamaan".
"When I came back from overseas. Malaysia in the last 10 years has become a lot more inward and ethnic-focused. It’s come to a point where [my wife] Azreen and I pulled out our son from Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara because it was a very different school environment from when we were in school 20 years ago. It’s now very Malay-centric and very religious. We’ve put our son in Sri KDU." - thenutgraph.com

Jadi tidak hairanlah kalau dia begitu anti dengan Utusan Melayu yang dianggap rasis. Lihatlah siapa Azran Osman-Rani ini....

Baca siapa Azran Osman Rani di sini!
Nota: Azran Osman juga adalah anak saudara kepada Anwar Ibrahim. Bapanya, Rani Ibrahim adalah abang kandung Anwar.

Azran (belakang sekali) mungkin sekarang ini tidak sanggup lagi mahu berbaju melayu sebab pakaian itu "terlalu Melayu"...

19 May 2013

Akta Hasutan: Adam Adli dah kena angkut... 27 lagi bakal menyusul!!

Berikut kata-kata Adam Adli ketika perhimpunan Black 505 di Stadium Kelana Jaya yang membuatkan dia ditahan di bawah Akta Hasutan semalam. Baca dan fikir sendiri, apakah memang patut budak ini ditahan atau tidak:
"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada  agen-agen daripada UMNO sekalipun, nama saya  Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan  890703075357, ambil butiran saya, buat  laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua  yang ada di sini kita harus susun dan kita akan  turun ke jalan raya untuk rampaskan kuasa, boleh  atau tidak?, boleh atau tidak?, boleh atau tidak?

“Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli  kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita  akan turun ke ke jalan raya, sebab akhirnya dalam  dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihan raya  takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh  tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat.”

Ikut kata polis hari tu, daripada 33 orang yang berucap pada perhimpunan tersebut, 28 daripada mengeluarkan perkataan berbau hasutan yang boleh didakwa di bawah akta tersebut. Adam Adli dah kena, maknanya ada 27 orang lain.

Tahniah Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru... Dah lama rakyat bersabar dengan kerenah Anwar dan konco-konconya yang tidak putus-putus berusaha untuk menghuru-harakan negara.

INI KALILAH ANWAR DAN KONCO-KONCONYA KENA...!!

17 May 2013

Rayuan Shuhaimi ditolak... PRK DUN Sri Muda?

Wow...!! Pilihan raya kecil DUN Sri Muda berkemungkinan besar bakal diadakan. Ini berikutan permohonan penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei yang merayu berhubung kes menghasut ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Baca laporan Bernama ini:
PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) — Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.
Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.
Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.
"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini,” kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh. 
Shuhaimi bakal dihadapkan di mahkamah 5 Jun ini dan jika bersalah dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000. Dan jika Shuhaimi didapati bersalah dan dikenakan hukuman tersebut, maka kedudukan Shuhaimi sebagai ADUN secara automatik akan gugur.

Dan apabila keadaan itu berlaku maka SPR berhak mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan jawatan ADUN Sri Muda berkenaan. Apakah ini yang bakal berlaku di Sri Muda? Meh kita pakat tunggu...

Selain di DUN Sri Muda, aku dapat tahu beberapa kerusi Parlimen dan DUN juga berkemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil memandangkan beberapa wakilnya  sedang dan akan berhadapan dengan kes mahkamah.  Ada di antaranya macam susah nak terlepas. Wow...!!

Mari kita tunggu dan lihat siapa yang kenaaaaAAAAA!!!

15 May 2013

Hindraf, Transparency dalam kabinet Najib.... Ustaz Nasa tiada! (Updated!)

TAMBAHAN:
Betul ke Timbalan Menteri Pelajaran, Mary Yap Kain Ching itu presiden persekutuan sekolah mubaligh? Kalau betul maknanya lengkaplah sudah Kabinet Najib kali ini. Semua ada... Hindraf, Transparency Malaysia, sekolah mubaligh... Malangnya pemimpin bertaraf ulama tak ada. Yang ada hanya Jamil Khir Baharom. Itu pun tak layak dipanggil ulama... Hemmm...!

POS ASAL:
Terkejut dengan barisan Kabinet yang diumumkan oleh PM petang ini? Sudah pasti... sebab tiba-tiba nama CEO Maybank, Wahid Omar berada dalam senari Kabinet. Turut mengejutkan ialah Presiden Transparency International Malaysia, Paul Low dan Pengerusi Hindraf Widyamoorthy.

Malang nama Ustaz Nasarudin Mat Isa yang disebut-sebut bakal membarisi Kabinet Najib tidak pula disenaraikan. Kalau tidak sudah pasti Nik Aziz jatuh pengsan, Anwar boleh terduduk dan Hadi Awang mengucap panjang. Sayang ia tidak berlaku.

Orang Selangor pula terkejut sebab nama Noh Omar tiada dalam senarai menteri Najib. Mungkin disebabkan kecewa dengan kekalahan teruk BN di negeri itu maka Noh digugurkan. Shaziman pula dikhabarkan awal-awal menolak untuk dilantik sebagai menteri.

Berikut senarai penuh Kabinet Najib:

PERDANA MENTERI - Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI - Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI-MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:

1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
2. Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Datuk Seri Idris Jala (Senator)
4. Tan Sri Joseph Kurup
5. Datuk Seri Shahidan Kassim
6. Nancy Shukri
7. Joseph Entulu Anak Belaun
8. Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. P. Waytha Moorthu (Senator)

MENTERI KEWANGAN:
1. Datuk Seri Najib Tun Razak
2. Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN - Datuk Ahmad Maslan

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin
2. Datuk Seri Idris Jusoh

TIMBALAN MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
1. Datuk Mary Yap Kain Ching
2. P. Kamalanathan

MENTERI PERTAHANAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN - Datuk Abdul Rahim Bakri

MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (memangku)
TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN - Datuk Ab. Aziz Kaprawi

MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI - Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

MENTERI KERJA RAYA - Datuk Fadillah Yusof
TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA - Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Datuk Seri Mustapa Mohamed
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI - Hamim Samuri

MENTERI LUAR - Datuk Seri Anifah Aman
TIMBALAN MENTERI LUAR - Datuk Hamzah Zainuddin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Hasan Malek
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (Senator)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA  - Datuk Jailani Johari

MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Richard Riot Anak Jaem
TIMBALAN MENTERI SUMBER MANUSIA - Datuk Ismail Abd. Muttalib

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Seri Shafie Apdal
TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH - Datuk Alexander Nanta Linggi

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Abdul Rahman Dahlan
TIMBALAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN - Datuk Halimah Mohd Saddique

MENTERI BELIA DAN SUKAN - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN  - Datuk M. Saravanan

MENTERI  KESIHATAN - Datuk Seri Dr. S.Subramaniam
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN - Datuk Seri Hilmi Yahaya

MENTERI  WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN - Datuk Dr. J.Loga Bala Mohan (Senator)

MENTERI  PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Seri Douglas Uggah Embas
TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI - Datuk Noriah Kasnon

MENTERI  TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili
TIMBALAN MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR - Datuk Seri Mahdzir Khalid

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
TIMBALAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI - Datuk Tajuddin Abdul Rahman


MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN - Datuk Joseph Salang Anak Gandum

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Ewon Ebin
TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI - Datuk Dr. Abu Bakar Mohd. Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Seri G.Palanivel
TIMBALAN MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR - Datuk Dr. James Dawos Mamit

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Rohani Abdul Karim
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT - Datuk Azizah Mohd. Dun

13 May 2013

Gunakan kuasa kita..."BUY MUSLIM FIRST, NON-MUSLIM LAST"

Meh kita gunakan kuasa kita sebagai pengguna. Mulai hari ini marilah kita semua menyokong produk-produk dan perniagaan rakan-rakan sesama Muslim kita kerana tanpa sokongan kita, produk dan perniagaan orang Islam di Malaysia tidak akan maju. Bantu Muslim, bantu ekonomi umat.

Berikut antara senarai produk keluaran Muslim tempatan:

1. Roti Gardenia
2. Bihun Jati Bernas
3. Minyak Masak Tiara
4. Minyak Masak Saji
5. Susu Manis Pekat Saji
6. Susu Manis Cair Saji
7. Sajimee
8. Mayonis Saji Mayo Saji
9. Marjerin Pelangi
10. Sos Cili Pelangi
11. Sos Tomato Pelangi
12. Jem Peanut SunBear
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D'herbs
33. Mydin
34. MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
36. Minyak masak keluaran Sime Darby
37. Kicap Cap Kipas Udang, kicap Tamin, Kicap Jalen
38. Kedai Rakyat 1Malaysia
39. Kedai Koop 1Malaysia
40. Klinik-klinik muslim
41. Rempah ratus Adabi
42. Minyak dan gas masak PETRONAS
43. Minuman tenaga keluaran Orang Kampung - Tongkat Ali, Kacip Fatimah dll

(SILA TAMBAH SENARAI INI DI BAHAGIAN KOMEN)

BARANGAN KELUARAN MUSLIM DIJAMIN HALAL, BARANGAN  "HALAL" KELUARAN NON-MUSLIM  BOLEH DIRAGUI. BANYAK YANG PALSUKAN SIJIL HALAL ATAU SIJIL HALAL DARI NEGARA LUAR SEPERTI THAILAND, KEMBOJA DAN CINA YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH JAKIM!

* Nota: Kempen ini mendapat sokongan PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA"

12 May 2013

Azmin ditipu Anwar... Khalid bakal angkat sumpah MB (update!)

TERKINI:
Esok (13 Mei 2013), Khalid Ibrahim bersama Pesuruhjaya Pas Selangor dan wakil DAP akan menghadap Sultan Selangor. Ia berkaitan mendapatkan perkenan sultan untuk pelantikan MB. Sumber-sumber memaklumkan aku Khalid sah-sah bakal ditabal sebagai MB Selangor buat penggal kedua berturut-turut. Azmin hanya mampu gigit jari...

POS ASAL:

Azmin Ali orang paling setia dengan Anwar. Bukan setakat sanggup mati kerana Anwar, bahkan bininya sendiri pun dia sanggup kongsi dengan Anwar. Tapi malangnya Anwar bukanlah seorang yang suka menjaga hati orang lain. Dia lebih banyak bersikap "habis madu sepah dibuang".

Atas sebab hampir semua orang kanan Anwar yang sama-sama berjuang ketika dia dipecat daripada Kabinet UMNO dahulu sudah meninggalkannya. Sikapnya suka tabur mani samalah jika dia menabur janji. Lepas tabur tak mandi wajib... kakaka...!

Dan impian Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor bakal berkubur selepas Khalid disahkan akan kembali menduduki kerusi empuk itu. Ia sekali gus memungkirkan janji Anwar untuk menabalkan "madu"nya itu sebagai MB Selangor sebagaimana dijanjikan sebelum ini.

Apa yang pasti sekarang ini sudah wujud tanda-tanda ketidakpuasan hati Azmin terhadap Anwar dan Wan Azizah. Serangan melalui laman sosial dan twitternya sejak akhir-akhir ini membuktikan bahawa Azmin sudah hilang sabar terhadap pucuk pimpinan partinya. Yelah, sebagai Timbalan Presiden PKR sewajarnya dialah paling layak menjadi MB dan bukannya Khalid Ibrahim yang sudah terbukti MB yang gagal.

Apakah Azmin terus merelakan dirinya ditipu lagi oleh Anwar? Apakah Azmin akan bertindak keluar parti sepertimana rakan-rakan seperjuangannya sebelum ini? Apakah Azmin rela melihat Khalid mengangkat sumpah sebagai MB buat kali kedua?

Heemmm...

08 May 2013

GEMPAK! Ustaz Nasa dalam senarai Kabinet Najib?

Betul ke? Ustaz Nasa (kiri) akan menggantikan tempat Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Gempak bohhh.... Betul ke nama bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasarudin Mat Isa akan dilantik dalam barisan Kabinet Najib? Ada sumber-sumber memberitahu Ustaz Nasa akan  dilantik sebagai Senator dan akan ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri dan menjaga hal ehwal Islam.  Peranannya menyatukan umat Islam yang kini berpecah belah.

Kalau betullah, nyata Najib membuat satu sejarah kerana melantik seorang menteri Kabinet dalam kalangan wakil parti pembangkang. Ini kerana sehingga kini Ustaz Nasa dikatakan masih lagi menjadi ahli Pas walaupun namanya tidak dicalonkan oleh partinya pada PRU-13.

Selain Ustaz Nasa, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga disebut-sebut akan menjadi menteri penuh penggal ini. Walaupun beliau sebelum ini tidak disenangi kerana mempunyai kaitan dengan Pak Lah, namun banyak pihak juga mahukan beliau menjadi menteri penuh. Apatah lagi dengan rekod kecemerlangannya dalam PRU-13 ini.

Itu dua perkara yang dimaklumkan kepada aku setakat ini.

Berikut ramalan aku tentang beberapa muka baru yang bakal membarisi barisan Kabinet Najib penggal ke-13 ini:
  • Datuk Johari Ghani (Menteri)
  • Khairy Jamaludin (Menteri)
  • Rosnah Rashid Shirlin (Menteri)
  • Ghani Othman (Senator - Menteri)
  • Mas Ermiyanti (Timbalan menteri)
  • Irmohizam  (Timbalan menteri)

Selain itu soal siapa yang bakal menjadi MB Terengganu dan MB Negeri Sembilan juga dikhabarkan panas berikutan kedua-dua "Mat" iaitu Mat Said dan Mat Hassan tidak mendapat perkenan sultan dan yang dipertuan besar. Lebih parah Mat Said khabarnya sanggup main kotor asalkan dapat mempertahankan jawatannya itu.

Bayangkan dalam keadaan BN hanya menang dengan perbezaan dua kerusi berbanding pembangkang (17/15) Mat Said dikatakan sanggup keluar UMNO jika beliau tidak dilantik sebagai MB.

Seperti yang aku tulis lama sebelum ini, pelantikan MB dan CM selepas PRU-13 bagi negeri-negeri yang dimenangi BN akan diputuskan oleh sultan di negeri masing-masing dan bukannya PM. Baca di sini. Maka kuasa penentu siapa yang layak menjadi MB bergantung di tangan sultan. Dan itulah nasib yang menimpa dua Mat ini..

Mat... oh Mat....!!

07 May 2013

Pandangan ringkas keputusan PRU-13...

Aku tak nak tulis panjang-panjang kenapa BN menang tapi tak senang pada PRU-13 kali ini. Aku nak straight forward. Berkias-kias tak guna.
  • Tsunami Cina.. Betul... itu tak boleh dinafikan. Bukan di Selangor saja tapi di seluruh negara. Soalannya kenapa berlaku penolakan besar2 Cina terhadap BN? Salah Najib? UMNO? DAP? PKR? MCA? Gerakan? Muhasabah diri.
  • Kempen Ubah/Ini Kalilah... Kempen pembangkang menjadi. BN pula buat tak kisah dengan gerakan ini. Cuma duk harap Utusan dan TV3 atau blog2 tertentu duk kaunter. Bila rakyat boikot baca Utusan atau tengok TV3, maklumat sebenar tak sampai. Tak ada ceramah umum pemimpin UMNO/BN di pelosok negara. 
  • Terlalu fokus serang peribadi Anwar, Nik Aziz... Serangan keterlaluan ke atas Anwar dan Nik Aziz menimbulkan simpati pengundi.
  • Masalah orang UMNO... Biasa perangai orang UMNO termasuk para pemimpin Pemuda. Projek diutamakan, bantu parti disambillewakan. Tak pernah nak buat turun padang.  Kalau PM tak turun padang tak adalah. Nak harap ketua2 bahagian jauh sekali. Kalau tak di padang golf, kat coffee house hotel. Duk lebat sembang pasal projek, pasal pompuan atau pasal nak cantas orang itu ini. Dah dekat2 nk PRU baru sibuk buat kerja sebab nak tunjukkan kat PM dia buat kerja. Harap dapat jadi calon.
  • Masalah calon... Winnable candidate or wincable candidate? Aku rasa wincable candidate. Kalau tidak takkan semua pegawai yang bekerja di pejabat PM jadi calon. Datuk Shahlan, Fahmi, Shafie dan beberapa lagi. Itu belum lagi orang itu orang ini di peringkat negeri. Siapa buat penilaian tentang winnable candidate? Entah..
  • Pemimpin UMNO kaya/tunjuk kekayaan... Kalau Anwar kata UMNO kuat rasuah memang senang rakyat nak percaya. Mahunya tidak. Baru jadi Ketua Pemuda bahagian dah sibuk dengan projek sana-sini, berkereta mewah ke hulu ke hilir, rumah tersergam indah... Itu belum jadi ketua bahagian atau lain2. Salah Anwar? Rakyat? Atau pemimpin UMNO? Muhasabah diri...
  • Beberapa orang UMNO/pegawai tinggi kerajaan lompat seberang... Nak tak nak kena akui ini juga memberi kesan kepada pengundi. Rakyat percaya orang2 seperti ini. Kita boleh kata orang itu kecewa sbb itu lompat tapi rakyat tak peduli. Mereka tak nampak semua tu.
  • Ketua Penerangan UMNO/BN... tak ada pengalaman. Tak pandai dekati rakyat. Ikut kepala dia saja bukan ikut kemahuan rakyat. Patut ditukar...
  • Orang muda tolak BN (umo 19 - 30 tahun)... Alasan lama sangat memerintah, rasuah, kronisme, tidak islamik, rasis, pentingkan bangsa Melayu, simpati dengan Anwar, Nurul Izzah, Nik Aziz...
  • Perkasa... Pun ada pengaruh terhadap pengundi bukan Melayu. Terlalu tebal kemelayuan sehingga dituduh rasis. Orang nampak Perkasa=UMNO... Habis!
 Tambahan untuk Selangor...
  • Masalah Zin Badak... Penyelaras BN negeri konon. Kalau ketua pemuda kawasan sendiri bertanding nak lawan dia, apa maksudnya tu?
  • Isu calon... Bekas wakil rakyat yang dah kena reject diambil balik. Calon pernah ada skandal (tak kira bersalah atau tidak) pun nak dicalonkan semula. Mereka yang bekerja siang malam selama 5 tahun kena reject. Budak hingusan yang baru nak kenal jalan masuk kawasan dijadikan calon.
  • Sabotaj... Sedikit sebanyak berlaku disebabkan pemilihan calon.
  • Pengaruh Mat Taib... Pun beri kesan cukup besar terhadap sokongan Melayu.
  • Orang Zin Badak verses Noh Kambing.... Ini pun antara punca
Itu sahaja berdasarkan penilaian singkat aku.  Sama ada korang nak setuju tak nak setuju lantak pi lah!
Yang pasti.... BN hampir tewas, UMNO menang besar, MCA kalah teruk, MIC pun kalah lagi, DAP menang besar, PKR tak ada peningkatan, Pas lagilah...

Yang pasti PRU-13 ... Melayu lawan Cina+Melayu+Islam ... pemenang... CINA DAP + PKR