28 June 2013

Azeez Rahim chairman Tabung Haji? ................... [speechless] ~ (UPDATE)

TERKINI (1 Julai 2013):
Tabung Haji sahkan Azeez dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji mulai hari ini... Dushh!!


POS ASAL:
Betul ke perkhabaran yang aku terima menyatakan Azeez Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji? Blogger otai, Rocky Bru ada tulis dalam blognya hari ini pasal pelantikan Ahli Parlimen Baling ini bakal menjadi pengerusi Tabung Haji. Terkedu aku dengar...

Aku memang tak ada masalah pun dengan Azeez dan dia pun tak kenal aku walaupun sedikit sebanyak aku kenal siapa dia sebelum menjadi wakil rakyat ni terutama ketika dia dalam Pemuda UMNO dahulu. Azeez inilah yang cipta skuad Putra dalam Pemuda UMNO yang pelancarannya dibuat besar-besaran di Melaka suatu ketika dahulu. (Skuad Putra... bukan Kelab Putra 1Malaysia)

Bukan soal skuad Putra yang aku nak sentuh, tapi untuk majlis pelancaran skuad ini sudah tentu beliau mahu buat promosi besar-besaran nak tunjukkan kat Mahathir (pada masa itu sebagai Presiden UMNO) tentang hebatnya "mamak" yang satu ini.

Sekali lagi, bukan soal skuad Putra yang aku nak persoal. Itu lantak dialah. Tak ada kena mengena dengan aku, cuma aku nak ceritakan bagaimana si Azeez ini sudah "permainkan" kita orang yang diberi projek untuk buat pelbagai barangan untuk mempromosikan skuad Putra ini - dari t-shirt, baju, topi, payung, belon hinggalah laman web. Kos semuanya sudah tentu makan ratusan ribu kalau tak juta sekali pun.

Bila kami submit sebut harga kat Azeez, dia bukannya nak kasi wang pendahuluan untuk kami memulakan kerja, sebaliknya dia cuma menyerahkan sekeping surat bertandatangan beliau.

"Hang bawa surat ni pergi jumpa Petronas, TNB, Telekom.... Diorang confirm bagi sponsor....!" Itulah lebih kurang apa yang dia cakap. Tepok dahi kawan aku yang bawa sebut harga tu kat dia.

Tapi yang tak bestnya, dia sempat pesan.... "Kalau dapat sponsor jangan lupa 10 % untuk aku....!!" Dusssshhhh........... Nak pengsan kawan aku dengar. Dahlah duit untuk projek Putra tu kami kena cari sendiri penajanya. Lepas tu kalau dah dapat kena bagi pulak kat dia! Ni projek  siapa punya ni?? Last-last kami tarik diri.

Habis cerita maka Putra pun dilancarkanlah dan semua barangan yang asalnya kami nak buat, terhasil juga. Siapa dapat projek tu aku pun tak nak ambil tahu... Lantak kaulah! Tapi last-last aku dapat juga tahu, rupanya yang jadi "mangsa" kawan aku jugak!

Aku tak tahulah hutang Pemuda/Putra/Azeez kat kawan aku yang khabarnya jutaan ringgit juga itu sudah langsai ke belum.  Setahu aku belum.

Atas sebab itulah aku sampai sekarang gelar mamak ni "Azeez 10 persen"... Heeee...



Sekarang mamak ni nak jadi Pengerusi Tabung Haji pula! Entahlah... Tak boleh nak cakap apa dah!

Pesan aku pada Azeez, kalau betul kau jadi Pengerusi Tabung Haji, tolonglah jangan buat perangai macam dulu. Duit Tabung Haji tu duit orang kampung yang nak pergi Mekah. Jangan sampai tak lama kemudian terpampang dalam paper cerita pasal kau kena panah petir!

27 June 2013

Jonker Walk... Bukti Cina bersatu!

Aku dah acap kali menyentuh soal kesatuan hati kaum Cina dalam mempertahankan sesuatu berkaitan dengan bangsa tersebut, waima kandang babi sekali pun. Dan isu Jonker Walk memberikan bukti sekali lagi bahawa orang Cina tanpa mengira fahaman politik, bersatu mempertahankan sesuatu milik mereka.

Apabila Idris Haron memutuskan laluan di Jonker Street dibuka semula kepada semua trafik, ramai orang Cina bangkit dan bertegang urat membantah tindakan kerajaan Melaka itu. Sebabnya Jonker Street yang setiap malam diadakan pasar malam dinamakan Jonker Walk, di mana 100 peratus peniaganya orang Cina.

Mereka tidak peduli jika penutupan laluan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar Melaka meningkat. Mereka tidak peduli, asalnya mereka dapat berniaga. Dan Jonker Walk bukan sahaja dipertahankan oleh DAP, malahan MCA dan Gerakan, parti-parti yang dikuasai oleh orang Cina. Tidak cukup dengan itu, semua media berbahasa Cina dan dimiliki kaum itu, termasuk Malay Mail (akhbar Melayu yang kini dikuasai Cina). Itulah bukti penyatuan orang Cina.

Cubalah orang kita, orang Melayu dan Islam. Apakah akan bersatu hati mempertahankan hak kita? Minta maaflah... Itu tidak akan berlaku. Tengok sajalah isu berkaitan penghinaan raja-raja Melayu atau penghinaan terhadap Islam, Rasulullah. Hanya sebahagian orang Melayu/Islam sahaja bertempik membantahnya tetapi orang lain (kerana kepentingan politik) sebaliknya menyokong puak-puak yang menghina dengan 1001 alasan.

Isu kalimah Allah dan murtad. Apakah orang Pas bersatu hati dengan orang Melayu/Islam lain? Tak ada maknanya.... Sokong puak-puak ini adalah!

Sedarlah weih... Bersatulah kita!

Baca juga:
1. Apa akan jadi jika DAP, MCA & Gerakan bersatu
2. Apa jadi kalau larang pasang mercun masa Chap Goh Meh? 
3. Melayu perlukan UMNO dan Pas

26 June 2013

Kalau bukan Noh Omar... Siapa?

Aku baca blog kawan-kawan pasal pelantikan Noh Omar sebagai Pengerusi UMNO Selangor. Kebanyakannya menyatakan rasa tidak puas hati dengan pelantikan bekas Menteri Pertanian ini. Macam-macam alasan yang diberi bagi menggambarkan ketidaklayakan Noh menerajui UMNO Selangor.

Malangnya rakan-rakan blog dan para pengomentar tidak pula mencadangkan nama lain yang lebih sesuai untuk menerajui UMNO Selangor. Lalu jika pelantikan Noh tidak dipersetujui, siapa lagi yang lebih layak menerajui negeri itu yang bebanan tugasnya amat berat  - memastikan BN merampas kembali Selangor pada PRU-14!

Aku bukanlah kenal sangat dengan Noh tapi aku tahu dia antara pemimpin paling senior di Selangor. Pengalamannya di peringat Pusat jangan cakaplah. Dia menjadi Setiausaha Parlimen  ketika zaman Tun Mahathir. Di zaman Pak Lah, dia naik pangkat jadi timbalan menteri dan kemudiannya menteri. Begitu juga di bawah Najib, Noh turut kekal sebagai menteri sehinggalah tidak dipilih semula selepas PRU-13.

Aku percaya ketiadaan nama Noh dalam senarai Kabinet Najib 2013 ada kaitan dengan usaha PM untuk memantapkan UMNO Selangor dan orang paling layak (dari segi seniority) adalah Noh Omar (selepas Zin Badak didakwa penyebab utama kekalahan teruk BN di Selangor pada PRU-13).

Kita harus ingat bahawa siapa sahaja yang menerajui UMNO Selangor sebenarnya akan memikul beban yang amat berat, jauh lebih berat daripada pengerusi UMNO negeri-negeri lain. Sebabnya, Selangor (seperti kata PM) adalah jantung negara dan jantung itu kini dikuasai pembangkang untuk tempoh 5 tahun lagi.

Lalu untuk memastikan UMNO/BN kembali merampas Selangor, mereka memerlukan seorang pemimpin yang senior, berpengalaman dan mempunyai sokongan kuat di peringkat bahagian. Benar, Noh ada kekurangan di sana sini tetapi biarlah kita lihat kekuatannya. Lagi pun mana ada pemimpin yang sempurna?

Dalam keadaan sekarang semua pihak khususnya pemimpin akar umbi dan penyokong UMNO Selangor perlu memberi sokongan padu terhadap Noh sebab perjuangan kita sekarang ialah bagi memastikan kemenangan BN pada PRU-14. Itu kuncinya... Lagi pun jawatan Pengerusi UMNO ini bukannya tetap dan berpencen. Kalau Najib nilai tidak bagus, ia boleh ditukar bila-bila masa.

Buat masa sekarang terimalah dahulu Noh.. beri beliau peluang bekerja dan kemudian buatlah penilaian.... Boleh tak gamaknya?

25 June 2013

Gara-gara bersumpah... Anwar terkena sumpahan?

Akhirnya Anwar Ibrahim bersumpah... tapi bukan sumpah mubahalah menafikan dia terbabit meliwat Saiful Bukhari atau bersetubuh dengan pelacur China tetapi sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen semalam.

Sumpah Anwar dibuat selepas sebelum ini beliau bermati-mati menyatakan PRU-13 tidak bersih serta adil dan 27 kawasan Parlimen dikatakan berlaku penipuan oleh SPR yang menyaksikan beliau menghasut rakyat menerusi himpunan Blackout 505 di seluruh negara termasuk di Padang Merbok dua hari sebelum itu.

Cara beliau berkempen menghasut dan mengajak rakyat bangkit menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU-13 seolah-olah membayangkan bahawa beliau akan memboikot upacara angkat sumpah berkenaan kerana menolak keputusan pilihan raya umum lalu.

Namun ketika ribuan pengikut dan penyokongnya sanggup bergadai nyawa dan mati syahid ala Husam Musa, alih-alih beliau mengangkat sumpah di Parlimen kelmarin ketika ratusan pejuangnya berbaring di jalanan di luar Parlimen dalam panas terik dan jerebu teruk.

Ekoran tindakan Anwar yang cakap tidak serupa bikin itu, khabarnya ribuan penyokong beliau yang selama ini termakan hasutan mamat yang bercita-cita nak jadi PM itu, membuat pusingan U dan balik menyumpah seranah Anwar. Masakan tidak, sebelum ini beriya-iya menolak keputusan PRU tetapi semalam mengangkat sumpah, sekali gus menandakan beliau mengiktiraf keputusan pilihan raya baru lalu.

"Ini apa hal ini...?? Dia ajak kita semua turun jalanan, berdemo menentang UMNO/BN kerana mencuri kemenangan PR dalam PRU-13, alih-alih dia sendiri pergi ankat sumpah. Memang puki***." Keluh seorang jiran aku di kedai kopi kawasan taman perumahan aku pagi ini.

"Betul tu... Memang haram jadah. Dah la kita sanggup redah panas dan jerebu sebab nak sokong dia, alih-alih dia pulak kencing kita. Anwar satu hal... Babi Tian Chua pun sama. Azmin pun sama gak... Ini siapa tipu siapa ni? SPR tipu kita ke Anwar yang tipu kita ni??? Memang ^%$@#^!&%@?<>

Aku sengeh saja dengan dua jiran aku duk maki hamun Anwar pagi-pagi buta. Memang Anwar layak kena maki pun... Kalau boleh ludah terus kat muka dia.. Jerit seorang lagi jiran yang aku tau penyokong tegar Pas.

Dalam hati aku... nasib baiklah jiran-jiran aku ini golongan marhain dan tak ada daulat. Kalau tidak dah pasti Anwar dah jadi katak kalau tidak babi sekali pun sebab kena sumpah seranah penyokong sendiri...

Hehehe... Anwar... Anwar... Raja Drama betullah kau ni...!!

20 June 2013

Perginya penyajak orang hulu...

ALFATIHAH!

Penyair Terengganu yang terkenal menerusi sajak-sajak orang hulu, Ibrahim Mohd Taib meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kereta di Kuala Berang, Hulu Terengganu pagi tadi.

Berahim ini terkenal dengan sajak-sajak menggunakan loghat daerah orang hulu Terengganu antaranya "Mok, aku nak tubaik" dan "Jadilah Awang".  Dengan kembalinya ke Rahmatullah, mata selepas ini tiada lagi lantunan sajak-sajak orang hulu dan yang tinggal hanya sebuah nama.

Lihatlah lantunan sajaknya ini..


Psss.... Kalau tak faham boleh bertanya orang Terengganu!

19 June 2013

Tsunami media... Bagaimana dengan The Star ?

Tsunami media pasca PRU13 dilaporkan telah melanda industri persuratkhabaran di negara ini. Ia berikutan penghijrahan 30 wartawan termasuk editor kanan Malaysian Insider ke Malay Mail (surat khabar Melayu yang kini dimiliki oleh Cina dan barisan editornya dimonopoli oleh orang bukan Melayu... Apa sudah jadi?). Manakala seorang editor kanan NST pula telah melompat ke Malaysian Insider untuk mengisi kekosongan di portal berita propembangkang itu.

Ada yang mendakwa tsunami media ini sebenarnya telah dicatur oleh individu tertentu bagi menghadapi PRU14.  Aku tak berani nak komen tentang dakwaan wujudnya percaturan ini. Baca tulisan Gelagat Anwar di sini..

Apa yang menjadi persoalan ialah kedudukan barisan editor dan pucuk pimpinan The Star yang sejak akhir-akhir ini semakin ketara bertindak sebagai lidah tidak rasmi DAP.  Apakah pucuk pimpinan MCA sudah tiada daya untuk mengawal barisan editor di surat khabar milik parti itu sehingga semakin berani menjadi media suara DAP atau perlakuan akhbar itu mendapat restu pucuk pimpinan MCA?

Bukan sekali dua The Star mencetuskan kontroversi tetapi sudah acap kali. Bermula artikel restoran menyediakan sajian babi sebagai pakej juadah Ramadan, isu gambar penyanyi Barat bertatu kalimah Allah sehinggalah iklan kempen BN/MCA semasa PRU13 lalu.  Itu belum masuk soal penerbitan beberapa artikel penulis yang menghentam UMNO dan orang Melayu secara terang-terangan.

Semalam, akhbar itu mencetuskan pula isu apabila menyiarkankan "iklan" yang melabelkan Rosmah sebagai wanita paling berpengaruh di Malaysia serta wajah-wajah pemimpin wanita pembangkang - Hannah Yeoh, Ambiga dan Nurul Izzah.

Malahan akhbar itu juga secara terang-terangan mahukan kerajaan membina monumen memperingati segerombolan Cina komunis dibunuh tentera British di Batang Kali dan pelbagai tuntutan lain. (Baca di sini...)

Jika benar MCA merestui arus yang dibawa The Star hari ini, wahh... itu sesuatu yang amat berbahaya bagi BN pada masa depan. Dan jika benar MCA tidak tahu menahu soal aliran politik para editor di The Star, maka Chua Soi Lek selaku Presiden MCA perlu berbuat sesuatu terhadap barisan editorial akhbar tersebut.

MCA jika mahu kembalikan sokongan orang Cina, mereka patut memecat Ketua Pengarang The Star.... Soalannya... Berani ke Soi Lek?

16 June 2013

Bertelekung tapi tayang tetek... Adoiii sakit kepala!

Adoiii... Sakit kepala duk fikir apa motif minah ni duk ambil gambar tetek ketika masih dalam keadaan bertelekung sembahyang. Nak tayang buahnya yang ranum dalam telekung ke atau saja-saja buat kerja bodoh. Ambil gambar tak apa lagi, lepas tu duk pos kat Facebook tu apa ke jadah?

Menurut empunya akaun Facebook ini, dia bekerja dengan sebuah institusi perbankan terkemuka di ibu negara. Mungkin sudah berkahwin sebab duk puja hubby-nya. Kalau betul nak tunjuk aset kat hubby janganlah diposkan ke FB yang membolehkan satu dunia tengok. Haishh...

Aku harap para wanita di luar sana berhati-hatilah kalau bergambar terutama menggunakan telefon bimbit.  Kalau nak rakam gambar anunya sendiri, janganlah diposkan ke mana-mana laman sosial sebab nantinya akan membesarkan kemaluan sendiri. Buruk padahnya...

Wajah cantik tapi sayang....

Untuk suami atau bakal suami atau...???

Apa motif?

Sah... Wanita ini sudah memadamkan akaun Facebooknya tetapi aku percaya ribuan orang sudah memuat turun gambar-gambarnya dan sudah tersebar di laman-laman blog dan FB lain.

Itulah orang cakap "fikir dahulu sebelum buang"!

11 June 2013

Bukti Cina DAP makin kurang hajar......

Ini bukti puak-puak Cina DAP makin kurang hajar. Aku sendiri tak tahu nak cakap apa. Kalau aku cakapkan nanti aku pulak kena tahan di bawah Akta Hasutan. Silap-silap tidor lokap seminggu sedangkan puak-puak yang menghasut menerusi kain rentang ini tetap tidur lena kat rumah bertilam empuk...

Cuma aku nak tanya, apakah kita masih mahu terus berlembut dan menjaga hati mereka? Jelas-jelas mereka cuba cetuskan semula Peristiwa 13 Mei. KDN, PDRM tolong ambil tindakan segera sebelum ada orang Melayu yang mengamok...!!


Nota... Gambar diambil sekitar Gelang Patah!

10 June 2013

Kenyataan JCM sahkan Anwar pemimpin paling bodoh di dunia!

Baca kenyataan Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM), Ng Lum Yong di bawah dan anda boleh mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim memang pemimpin paling bodoh di dunia tapi bercita-cita nak jadi PM. Bodoh ke tidak korang tengok kenyataan yang aku merahkan itu.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN JARINGAN CINA MALAYSIA ... Nah ambik kau!

"Sebab utama DS Anwar Ibrahim (Anwar)  terutamanya menangguhkan persaraan politiknya  sebagaimana dua kali dijanjikannya ialah katanya  masih ada lagi perkara yang belum selesai hendak  diselesaikannya. Perkara itu disebut oleh Anwar  sebagai berlakunya penipuan dalam PRU13.

Kononnya kemenangannya telah dirampas oleh  pihak kerajaan. Pada saya, jika kerajaan mampu  merampas kemenangan Anwar, lebih baik  kerajaan merampas kemenangan di Gelang  Patah, Permatang Pauh atau di Marang. Tetapi  semua orang tahu kerajaan tidak mampu  merampas kemenangan sesiapa pun sebab itulah  Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan  lain-lainnya boleh menang. Jika kerajaan boleh  merampas kemenangan negeri pula, sudah tentu  kerajaan boleh merampas kerajaan negeri  Selangor tetapi rakyat masih memilih Pakatan  Rakyat.

Kepimpinan PAS dan Pemimpin Asing Senada

Walaubagaimanapun, kemarahan Anwar ini  sangat-sangat berbeza dengan suara kepimpinan  PAS seperti Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama  PAS, Kerajaan PAS Kelantan, Pengerusi  Perhubungan PAS Terengganu dan ramai lagi  yang bersuara lembut dengan mengucapkan  Tahniah kepada DS Najib, malah mereka  menerima kekalahan mereka sebagai takdir.

Di luar negara, pemimpin-pemimpin asing seperti  Presiden Amerika, Perdana Menteri Singapura,  Presiden China, Perdana Menteri Palestin,  Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri  Australia, Thailand dan banyak lagilah  memberikan ucapan tahniah. Malahan, Presiden  Barrack Obama secara mengejut menelefon DS  Najib untuk mengucapkan tahniah dan seterusnya  memaklumkan akan hadir ke Kuala Lumpur untuk  persidangan Global hujung tahun ini.

Di samping itu juga, negeri-negeri seperti  Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang membentuk  kerajaan masing-masing sebagai satu tanda  mereka menerima dan mengiktiraf keputusan  PRU13. Jika mereka menolaknya, sudah tentu  mereka akan memulaukan pembentukan kerajaan  di negeri masing-masing.

Himpunan-himpunan selepas PRU13, walaupun  bertujuan mengajak rakyat bangun menjatuhkan  kerajaan, namun saya lihat ianya bersifat  sementara sahaja. Majoriti rakyat  pastimenolaknya. Ianya adalah kerana Anwar tidak  dapat menerima kekalahan, termasuklah mereka  yang tewas seperti Saifudin Nasution dan Mat  Sabu oleh kerana kalah maka mereka  menghabiskan masa mereka dengan membantu  Anwar memanaskan pentas-pentas himpunan.

Rakyat Malaysia Majoriti Senyap

Majoriti rakyat Malaysia sukakan keamanan,  kedamaian dan kesenangan supaya mereka boleh  hidup bahagia, boleh mencari rezeki di mana di  Malaysia anda boleh menjadi lebih kaya daripada  sesiapa sahaja asalkan anda rajin berusaha.  Mereka mahukan keamanan supaya boleh  menghantar anak-anak mereka bersekolah,  nelayan dan pekebun gembira menjual hasil  mereka, penjual kereta boleh bergembira kerana  dapat menjual kenderaan mereka 10 atau lebih  dalam sebulan.

Rakyat mahu hari Sabtu dan Ahad serta cuti  umum untuk bersama keluarga, beristirehat  dengan tenang dan melancong dalam negara  dengan gembira. Tidak ada demo sana demo sini  yang merosakkan kegembiraan rakyat, yang  menyebabkan macet, kekotoran di sana-sini yang  menjelekkan mata memandang. Si anak melawat  keluarga di kampung, dusun atau sahabat handai  yang sudah lama ditinggalkan. Mereka yang  melanjutkan pelajaran boleh berdiskusi dengan  aman dan selesa di dalam kampus tanpa sebarang  gangguan.

Fasa Selepas PRU13

Selepas PRU13 ialah parti-parti yang menang  akan menubuhkan kerajaan masing-masing di  peringkat negeri dan persekutuan. Maka rakyat  kembali bersatu untuk bekerja dengan lebih tekun  menjayakan diri masing-masing, keluarga,  masyarakat dan seterusnya negara.

Fasa berpolitik sudah tamat sebenarnya,  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah  mula memanggil mereka yang berjaya untuk  ditemuduga, Matrikulasi dan Pusat Asasi di  Universiti sudah mula menerima pelajar awal Jun  ini, manakala syarikat-syarikat bisnes mula  berurusan dengan pihak Kementerian dan  Perbendaharaan untuk mempercepatkan urusan  tuntutan kerja mereka, pemandu Teksi menunggu  nama mereka ditemuduga untuk urusan permit  teksi individu bagi yang belum memilikinya,  workshop mula menerima kereta untuk  dibaikpulih, peperiksaan semakin dekat,  konvokesyen semakin dekat, bulan Ramadan pun  sudah mampir.

Anwar patut berhenti demo. Perkara ini sudah  terlalu lama menjadi kebiasaan Anwar sejak awal  tahun 1970 lagi ketika berpiket kerana kurangnya  penggunaan bahasa Melayu di iklan-iklan kedai di  sekitar Kuala Lumpur ketika itu. Sudah lebih 40  tahun Anwar berdemo, kini berdemo untuk  menjadi Perdana Menteri.

Bagaimana mengurus Anwar?
Rakyat Malaysia boleh menidakkan cara Anwar  untuk menjadi Perdana Menteri melalui proses  jalanan.  Anwar memberi info kurang tepat kepada  orang ramai kononnya mereka memperolehi  majoriti popular dengan 5.6 juta undi berbanding  diperolehi BN dengan jumlah 5.3 juta undi,  selebihnya pula milik Calon-Calon Bebas dan Undi  Rosak. Kena kira juga walaupun mereka Calon  Bebas!  Anwar sengaja tidak melihat hal ini dan  tidak hendak mengulas angka 133 dan 89.

Jika kita melihat statistik PRU13, sebenarnya undi  popular PR ialah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur,  Perak, Kelantan dan Selangor sahaja, yakni di  kawasan majoriti Cina yang memberi sokongan  kepada DAP. Bukannya di seluruh negara pun,  lima negeri sahaja pun.

Di negeri Sabah, Sarawak, Johor, Negeri  Sembilan, Melaka, Kedah, Pahang, Perlis dan  Terengganu majoriti popular dimenangi oleh BN  iaitu 9 negeri.

Maka, rakyat jangan terpedaya dengan mainan  angka di pihak Anwar. Tetapi sebenarnya,  kemenangan 133 kerusi sudah cukup untuk  menutup mulut 89 angka.

Saya tidak hairan jika Anwar boleh mengumpul  30ribu di Pulau Pinang, 10 ribu di Seremban, 20  ribu di Johor atau katanya 40 ribu di Kelana Jaya.  Saya tidak akan hairan kerana jentera di belakang  kepada semua himpunan itu ialah DAP dan ya juga  oleh PKR. Jumlah pengundi dalam PRU13  baru-baru ini melebihi 10 juta orang, malah rakyat  Malaysia sudah mencecah 30 juta, saya fikir lebih  ramai rakyat Malaysia menolak demonstrasi atau  himpunan seperti itu, hanya merekaini silent  majority yang tidak suka hiruk-pikuk.

Pada saya, biarkan dia meluahkan kekecewaannya  di dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman  membolehkan mereka berhimpuan sesuka hati  mereka, dari 8.00 malam hingga 8.00 pagi esok  pun tidak mengapa, atau sambung saja 48 jam  tanpa henti menjeritlah, cakaplah apa sahaja di  dalam stadium kerana Akta Perhimpunan Aman  membenarkan.

Hanyasanya jika berlaku perkara yang  bertentangan dengan undang-undang, sudah  tentulah tindakan akan diambil sebagaimana ke  atas Adam Adli di bawah Akta Hasutan kerana  menghasut orang ramai untuk menjatuhkan  kerajaan melalui jalanan.

Sedangkan dua minggu lalu, Kerajaan Singapura  menangkap 21 rakyat Malaysia yang berhimpun  menentang keputusan PRU13 dengan 3 orang  daripada mereka ditarik balik pass kebenaran  bekerja di Singapura! Mana-mana negara akan  mengambil tindakan tegas ke atas rakyatnya yang  melanggar undang-undang, saya yakin jika Anwar  pun menjadi PM akan turut bertindak tegas ke  atas mereka yang melanggar undang-undang  keamanan, bukan begitu?

Kesimpulan
Benar kata Azmin Ali, ini negara kita maka marilah  kita bernegara dengan bijaksana. Kalau begitu,  makanya yang menang teruskan tanggungjawab,  yang kalah bermuhasabalah. Lihatlah bagaimana  Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim kalah terok pada  tahun 2008 di Baling tetapi boleh menang besar  pada tahun 2013.

Kabinet sudah dibentuk, rakyat Sabah dan  Sarawak mendapat hadiah yang paling besar di  mana 25 Menteri dan Timbalan Menteri dilantik  dari kedua-dua negeri tersebut. Inilah hadiah atas  sokongan yang kuat, dan inilah masa untuk  memajukan negeri Sabah dan Sarawak. Saya yakin  rakyat di Sabah dan Sarawak akan menikmati  pembangunan yang lebih besar selepas ini. Rakyat  di Sabah dan Sarawak hendaklah tidak  melepaskan peluang ini.

Kini, sudah sampai masanya kita bekerja.Lupakan  seketika hal-hal PRU13, mari kita bersama-sama  membangunkan negara kita mengikut bidang  kepakaran anda masing-masing."


(Terima kasih sahabat kerana kirimkan kenyataan JCM ini...)

Pegawai perhubungan politik MB Selangor sekadar makan gaji buta...!

Memang sahihlah pelantikan pegawai perhubungan politik di Pejabat MB Selangor sekadar untuk makan angin atau dipanggil makan gaji buta. Masakan tidak, tiga pegawai yang dilantik dilihat sebagai jawatan politik semata-mata itu sebetulnya tidak ada tugas pun setakat ini.

Biasanya pelantikan dibuat bagi menjalankan tugas yang ditetapkan tetapi para pegawai perhubungan ini - Saifuddin Nasution (PKR), Dr Dzulkifly (Pas) dan Teresa Kok (DAP) ini rupanya dilantik terlebih dahulu tetapi tugas belum dipastikan.

Inilah perangai kerajaan PKR Selangor. Kat perhimpunan haram 505, Anwar dan Kit Siang syok duk kutuk kerajaan UMNO/BN konon koruplah, kronismelah tapi kenyataannya kerajaan PKR Selangor jauh lebih teruk. Lantik kroni tapi tugas tak ada. Bukan aku yang kata tapi Dr Dzukifly sendiri yang mengaku kalau dia tak tahu apa tugasnya sebagai pegawai perhubungan politik MB yang khabarnya gaji mereka 5 angka.
"Namun sehingga kini, apa tugas, saya belum pasti," kata beliau. Beliau juga bimbang kalau-kalau berlaku pertindihan tugas dan tanggungjawab antara ketiga-tiga mereka memandangkan semuanya bekerja untuk kepentingan Pakatan Rakyat.. " ~ Dr Dzulkifly
Inilah orang kata penyalahgunaan kuasa. Mentang-mentang telah diberi kuasa oleh rakyat, maka puak-puak pakatan haram ini senang-senang hati nak wujudkan jawatan-jawatan yang tidak ada peranan semata-mata untuk beri "pekerjaan dan gaji besar" kepada para kroni mereka.

Baguslah... Selepas ada Penasihat Ekonomi RM1 yang tidak memberi sebarang nasihat melainkan untuk menggunakan dana kerajaan negeri bagi melobi puak-puak Yahudi Barat, sekarang Selangor ada pula 3 pegawai perhubungan yang tidak ada kerja.

Bagus... bagus... Nanti kalau duit kerajaan negeri dah kering boleh jual aset-aset Yayasan Selangor, gali lebih banyak lombong pasir. Kalau perlu jual saja Pulau Indah atau Pulau Carey... Yang penting asyukkkkk.....!!

04 June 2013

Kalau jadi macam ni... seram sejuk nak naik kapal terbang lagi

Pramugari SIA kelihatan pucat selepas berdepan pengalaman menakutkan apabila pesawat mereka menjunam 20 meter akibat dilanda angin ribut sehingga makanan untuk dihidang kepada penumpang jatuh bertaburan.
Rupa-rupanya salah satu penerbangan Singapore Airlines (SIA) baru-baru ini mengalami mimpi ngeri apabila pesawat SQ308 dari Singapore ke London berhadapan dengan ribut Ahad lepas. Kejadian tersebut berlaku ketika kru sedang menyediakan makanan kepada para penumpang.

Akibat ribut tersebut pesawat menjunam 20 meter menyebabkan semua makanan yang sepatutnya dihidangkan kepada penumpang bertaburan di lantai malahan minuman pula terpercik sehingga ke siling pesawat.

Dalam kejadian itu 11 penumpang dan seorang kru dilaporkan cedera.

Semuanya sempat diceritakan oleh salah seorang penumpang pesawat tersebut. Baca dan lihat gambar-gambarnya di sini... atau di sini...

Menurut yang empunya cerita,  hebatnya penumpang dan para krew SIA, walaupun mereka berdepan detik-detik mencemaskan namun tetap bersikap tenang.

Hemm... Aku ingat kalau kejadian itu berlaku ke atas pesawat MAS mahu puak-puak DAP duk menyalak menyalahkan UMNO menjadi punca kejadian seperti ini. Maklum, kalau tragedi bot karam kat Sungai Rajang pun Lim Kit Siang pun boleh salahkan UMNO dan BN...

Haishhh.....