30 August 2013

Akhirnya Proton fikir soal nyawa pemandu dan penumpang! Terima kasih....

Kira-kira 4 tahun lepas, aku ada membebel pasal kereta Proton dalam blog aku ni. Aku membebel pasal ciri-ciri keselamatan dalam kereta Proton sangat rendah yang menjadi salah satu punca tingginya kejadian kemalangan maut di negara ini.

Antara yang aku desak dalam entri aku tu supaya Proton tingkatkan ciri keselamatan. Jadikan penyediakan AIRBACK dan ABS sebagai mandatori. Maknanya mesti ada, kalau tak ada tak layak dijual.

Baca artikel penuhnya di sini !

Dan selepas 4 tahun akhirnya Proton mengeluarkan keretanya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu pada Proton Suprima, model hackback dari Proton Preve. Kalau dilihat pada brosernya, antara ciri keselamatannya ialah:

Proton Suprima S juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dengan enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.
Alhamdulillah... Akhirnya apa yang aku suarakan didengari oleh pihak pengurusan Proton. Itulah yang kita mahu dan itulah sepatutnya dilakukan Proton jika mahu bersaing dalam pasaran terbuka.

Aku bercakap soal ciri keselamatan Proton ini berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai pengguna. Kereta pertama aku Proton Saga. Kemudian aku tambah lagi satu untuk isteri Proton Waja. Akhirnya Proton Saga aku jual sebab bumbung dah berkurap dan berkudis, aku beli pula Proton Iswara Aeroback Special Edition warna merah. Murah memang murah tapi cukup tidak selamat. Sembur air pun bunyi macam hujan jatuh atas atas zink.

Sekarang aku pakai kereta Jepun dan Eropah. Bukan tak suka produk tempatan tapi aku lebih memikirkan keselamatan aku dan anak-anak. Kereta Eropah yang aku miliki sekarang dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi. Begitu juga dengan kereta Jepun itu.

Malangnya, selepas berpuluh tahun mengeluarkan kereta, baru sekarang Proton memikirkan soal keselamatan pemandu dan penumpang, selepas beratus-ratus nyawa melayang. Tak apalah. Bak kata orang putih "Better late than never!".

Teruskan usahamu Proton! Maju Proton majulah industri automobil negara!

22 August 2013

Wow! UMNO pantas beri sumbangan kepada mangsa nahas bas Genting!!

Wow! UMNO begitu pantas memberikan sumbangan kepada mangsa terkorban nahas bas Genting semalam. Hari ini Wanita UMNO mengumumkan sumbangan sebanyak RM1,000 seorang kepada mangsa yang terkorban dan khabarnya ibu pejabat UMNO juga akan memberikan sumbangan.

Yang aku peliknya, kenapalah UMNO sebegitu pantas menghulurkan bantuan sedangkan daripada 37 mangsa yang mati, setakat ini hanya seorang sahaja Melayu/Islam manakala sebahagian besarnya adalah para Cinabeng selain warga asing.

Lihat senarai mangsa yang maut dikenal pasti setakat ini:

RAKYAT MALAYSIA:
1) Chan Fook Choy
2) Chan Lai Huat
3) Sub Moy @ Sak Moy
4) Sek Sooi Chan
5) Lee Fook Wah
6) Law Tiaw Meng
7) Law See Kee
8) Yap Hing
9) Muhammad Rasid Jantan
10) Ng Ah Heng
11) Choo Peng Kwan
12) Kwan Chin Yii
13) Sia Chin Shin
14)  Loww Kwai Heng
15) Udamjit Singh 

WARGA ASING:
1) Sukhviv Singh - India
2) Auther Mash - India
3) Rafik Ali Buai Habac Chu - Bangladesh
4) Bhuiyan Rifique Ali - Bangladesh
5) Kim Dong O - Korea Selatan

Aku bukan anti tapi buat apa UMNO nak tunjuk simpati tak bertempat. Yang mati kebanyakannya Cinabeng dan puak-puak Cinabeng kalau naik Genting tak ada kerja lain melain untuk berjudi di kasino. Manakala selebihnya melancong. Melayu yang meninggal dunia pula ialah pengawal keselamatan di resort berkenaan.

Seingat aku tak pernah mana-mana parti Cinabeng baik MCA, Gerakan atau jauh sekali DAP beri sumbangan kepada mangsa kemalangan baik membabitkan kaum dia apatah lagi kalau mangsanya adalah orang Melayu.

Melayu yang dihempap jambatan runtuh di Pulau Pinang, ada kerajaan DAP Penang sibuk-sibuk nak bagi sumbangan? LGE buat bodoh saja. Tapi bila menara penebat kilat atas bangunan UMNO hempap Cinabeng tudia... siang malam duk tunggu depan lubang tu. Lepas tu marah-marah kat UMNO. Macamlah UMNO yang tiup angin kencang sampai tumbang tiang tu!


Tapi macam biasalah pemimpin UMNO... Selalu sangat lebih sudu daripada kuah. Bukan tak boleh bagi sumbangan tapi berpada-padalah dan lihat pulak kesnya. Lepas ni kalau ada kes kemalangan bas lagi agak-agak UMNO nak keluar duit bagi sumbangan tak?

Waythamoorthy tergolek kena pelempang Zahid... Wakakaka!


Waythamoorthy, bekas pemimpin Hindraf yang bawa puak-puak India turun di jalan raya dan mendakwa kerajaan Melayu/BN telah buat penghapusan etnik seperti di Sarajevo masa zaman pemerintahan Pak Lah dulu hari ini kena pelempang dik Zahid Hamidi.

Sebabnya pemimpin yang dilantik Najib sebagai timbalan menteri di JPM selepas menandatangani MOU dengan BN semasa PRU-13 lalu itu tak sayang mulut dok persoal tindakan polis tembak 5 penjenayah yang sekaum dengannya.

Ekoran mulut lancang itu, Zahid mencabar Waytha agar lepaskan jawatan timbalan menteri dan kembali ke pangkuan Hindraf jika cuba campurtangan dalam kementerian lain. Mentang-mentang PM yang lantik, dia ingat dia boleh hentam polis sesedap hati.

"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri  kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang  kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai  dan rumah mana dia duduk.

"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan  bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin  Hindraf lagi. Jangan campur tangan dalam kerja  polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka  menembak tanpa mengenal pasti sasarannya  (trigger happy)," kata Zahid dalam satu majlis di Putrajaya hari ini.  (Rujuk laporan Utusan Online)

Haha.... Padan muko! Dia lupa yang menteri jaga polis sekarang bukan lagi menteri amaran macam dulu. Ini Zahidlah... Zahid yang pernah kasi penumbuk kepada seorang mamat yang kacau anak perempuan dia. Zahid ni lain sikit yeop! Bengkeng...

Tambah pulak sekarang demam pemilihan UMNO yeop. Zahid tu cakap saja nak pertahan jawatan Naib Presiden UMNO tapi silap-silap dicalonkan akar umbi untuk menduduki kerusi no. 2 dalam UMNO. Maklum sekarang ini akar umbi  UMNO cuma nampak Muhyiddin dan Zahid sahaja lantang mempertahankan agama Islam, orang Melayu dan tidak mudah tunduk desakan pembangkang dan Cinabeng. Kalau dah dicalonkan takkan nak tolak yeop!

Aku pun setuju dengan Zahid. Kalau Waytha ni tak puas hati dengan polis sebab tembak kaum dia (walaupun jelas-jelas mereka penjenayah tegar) elok dia letak jawatan jadi timbalan menteri. Buat malu Kabinet Najib jeh. Lagi pun aku percaya ramai rakyat tak setuju pun dengan pelantikannya sebagai timbalan menteri. Apa jasanya?

Lagipun rakyat masih ingat betapa beratnya tuduhan Hindraf terhadap kerajaan Malaysia. "Penghapusan etnik".. Gila apa... Satu fitnah yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.  Tak cukup dengan itu, Hindraf juga jelas-jelas masih berkiblatkan negara India dengan mengangkat Gandhi sebagai idola mereka. Tak cukup dengan itu Hindraf juga sanggup mengadu kepada Britain agar negara kuasa besar itu ambik tindakan terhadap Malaysia.

Tapi semua fitnah dan hasutan jahat Hindraf seolah-olah sudah dimaafkan hanya dengan menandatangani MOU. Tak cukup dengan itu pemimpin mereka macam Wathy pun nak diangkat sebagai menteri. Salah siapa?

Bila bercakap soal MOU antara Hindraf dengan BN ni teringat aku dengan Perjanjian Pangkor melibatkan puak komunis dengan kerajaan. Konon supaya komunis letak senjata tapi kenyataannya fahaman komunis masih menebal dalam kalangan rakyat sehingga hari ini terutama puak-puak Cinabeng DAP.

20 August 2013

3 pemain bola baling selesai hajat 5 minit je sorang? Huh aloh...

Wow! Kat gelanggang bola baling ketiga-tiga mamat ni cukup hebat. Kalau tak hebat takkanlah ada negeri nak ambil depa main.
Yup... memang kat gelanggang bola baling cukup hebat tapi kat "gelanggang lain"... huk aloh... kesian.

Ini adalah cerita pasal tiga pemain bola baling Sukma  WP yang kena caj sebab rogol seorang pengiring pasukannya  ketika Sukma 2013 tempoh hari. Ikut laporan kes, ketiga-tiga mereka melepaskan nafsu dalam masa 10 minit sahaja atau tak sampai 5 minit seorang.

Huk aloh....
PETALING JAYA 20 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 September depan untuk sebutan semula kes tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 yang didakwa merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, bulan lepas.
Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Gin Han memaklumkan pihaknya masih belum menerima laporan forensik, perubatan, dan kimia berhubung kes itu.
Pada 11 Julai lepas, Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19; Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Megat Farzeril dan Mohammad Shaizzad diwakili peguam Muhammad Fadhli Mat Sutris manakala Adib Adha diwakili peguam Stephanie Wong. - BERNAMA

Memang tak berbaloilah. Sedapnya 5 minit tapi silap haribulan boleh duduk kat penjara 20 tahun. Itulah tak dengar nasihat mak bapak dan orang tua. Kan dah menyusahkan hidup sendiri dan keluarga.

Patutlah orang tua-tua cakap... Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu! Aku harap kes ni jadi pengajaran kepada semua, termasuk para atlet dan pengiring sekali!




Pssttt... Lain kali belajar dengan Pak Sheikh Anwar macam mana nak henjut sampai pagi...!!

19 August 2013

Akar umbi UMNO marah sikap Najib!

Mesyuarat cawangan UMNO sedang berlangsung di seluruh negara sekarang dan sebahagian besarnya sudah selesai bermesyuarat dan memilih pimpinan masing-masing termasuk sayap-sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri.

Namun di sebalik kehangatan pemilihan pimpinan cawangan, khabarnya suara-suara akar umbi yang membentangkan usul-usul dengan lantang mengecam Najib kerana dikatakan lembik dan gagal mempertahankan agama Islam, Melayu dan keselamatan rakyat.

Para ahli UMNO yang berada di peringkat bawah tidak senang dengan sikap bertolak ansur Najib terhadap para penghina agama Islam, kaum Cinabeng yang terus menerus mencabar hak Melayu serta menuntut pelbagai perkara yang tidak masuk akal.

Najib juga dihentam kerana cepat bertindak menghapuskan ISA dan Akta Darurat (EO) selepas diasak oleh pihak pembangkang yang jelas menunjukkan lemahnya daya tahan Najib dengan serangan pihak pembangkang.

"Ini kalau ada yang berani mencabar jawatan Presiden silap-silap Najib boleh terlungkup. Kalau tengok kelantangan suara-suara akar umbi, aku yakin Najib boleh hanyut..." kata seorang saudara selepas selesai mesyuarat satu cawangan UMNO di Johor semalam.

Saudara aku tu kata nampaknya sekarang ini hanya Muhyiddin dan Zahid Hamidi sahaja yang lantang mempertahankan Melayu, Islam dan mengekang desakan pihak Cinabeng termasuk usaha membatalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dirancang kerajaan.

"Harapkan Najib... hemmm.... Hancusss....!" dengus saudara aku tu.

Hemmm... Kalau betullah akar umbi sendiri menilai Najib sedemikian aku tertanya-tanya juga apakah Najib masih boleh diharapkan untuk membawa UMNO dan BN mempertahankan kedudukan pada PRU-14 nanti. Atau apakah nasib beliau sama dengan apa yang terjadi terhadap Pak Lah ~ mendapat desakan agar melepaskan jawatan.

Kalau betullah UMNO parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, mempertahankan agama Islam dan mendaulatkan Raja-raja Melayu, maka UMNO tidak boleh lagi bersikap berdiam diri. Mereka perlu berani... berani menolak pemimpin yang lemah, lembik dan tidak berdaya waiman Najib sekali pun.

Tambahan dengan sistem baru dalam proses pemilihan pucuk pimpinan, ahli-ahli di peringkat akar umbi mempuyai peluang untuk menukar pucuk pimpinan yang dianggap gagal dan lemah, untuk menjulang nama-nama mereka yang kuat dan perkasa mempertahankan agama, bangsa dan negara. Bukannya pemimpin yang akur dengan kemahuan isteri, para penasihat dan kehendak pembangkang.

UMNO boleh ucap selamat tinggal kepada para pemimpin sedemikian.  Ada berani ke?

05 August 2013

LKS anak beranak kasi taruk dalam "New Village" kat Kamunting.... Ada berani?

Bahana ISA dihapuskan!! Puak pembangkang yang mendokong fahaman liberalisme mendesak supaya filem pro-komunis 'New Village' tidak diharamkan.

Antara alasan yang diberi ialah kerajaan perlu bersikap terbuka dan menerima pandangan alternatif tersesuatu insiden atau peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara.

Jika dilihat hujah sebegitu ia sudah tentu akan menarik sokongan rakyat yang tidak faham mengenai kedudukan isu tersebut dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Melayu sebagai Bangsa Teras dengan dianugerahkan Hak-Hak Istimewa tertentu di dalam Perlembagaan Negara.

Antara tempoh tahun 1948 hingga tamatnya pengisytiharan Darurat I pada 31 Julai 1960, dianggarkan lebih 12,000 anggota Rejimen Askar Melayu DiRaja gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan negara daripada ancaman dan serangan komunis.

Darurat II yang bermula dari tahun 1974 hingga 1982 memperlihatkan anggota dan pegawai tinggi pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjadi sasaran komunis.

Mangsa pertama ialah Timbalan Penguasa Polis (TPP), Wong Lin Hoon  yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

Kemudian pada 12 Julai 1973 pula, Ketua Inspektor Chin Kou ditembak mati di Serdang, Kedah.

Ini disusuli pada Oktober 1973, apabila Detektif Sarjan Chong Kek Oh ditembak mati di Sungai Siput, Perak.

Detektif Konstabel Lee See Kaw ditembak mati di Malim Nawar, Perak pada 3 Januari 1974.

Pada 20 April 1974, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin ditembak mati di Melaka dan empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua dibunuh di Chemor, Perak.

Pada 6 Jun 1974, anggota Parti Komunis Malaya bertindak dengan lebih berani apabila menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Beliau gugur akibat tujuh das tembakan pada 7 Jun 1974 ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman.

Begitu juga dengan Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak yang di tembak mati oleh pengganas komunis dalam tahun 1975.

Pembangkang sengaja menutup fakta sejarah ini kerana kononnya mahu memperjuangkan nilai-nilai keterbukaan dan kesamarataan.

Mereka tidak fikir perasaan dan kemusnahan hidup telah ditanggung oleh beribu anggota polis dan askar yang terkorban di tangan komunis.

Pembangkang mempunyai agenda licik untuk menyebarkan fahaman komunis secara halus melalui filem dengan mempengaruhi fikiran dan minda generasi muda yang tidak tahu mengenai sejarah perjuangan negara melawan anasir komunis.

Sebelum itu pembangkang juga amat lantang mendesak kerajaan supaya membenarkan bekas Pengerusi PKM, Chin Peng pulang ke Malaysia.

Bagaimana mungkin kerajaan atau juga keluarga anggota keselamatan yang dibunuh komunis boleh membenarkan manusia yang dipanggil 'Butcher of Malaya' atau Penyembelih Malaya ini pulang ke tanah air.

Adakah pembangkang mahu mewujudkan keadaan tegang dalam negara dengan kepulangan Chin Peng kerana orang Melayu khususnya tidak akan menerima kehadiran Bapa Komunis Malaya itu di bumi Malaysia?

Kini Ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzin pula mengatakan kerajaan tidak patut haramkan filem New Village.

Beliau berkata kononnya desak pengharaman filem itu adalah daripada golongan konservatif yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat moden.

Kononnya pengharaman hasilan seni, filem dan buku, kerana menyalahi prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.

Ini adalah kenyataan seorang yang lahir dalam zaman Malaysia sudah bebas daripada ancaman komunis dan boleh menikmati kehidupan yang bahagia dan aman hasil perjuangan anggota keselamatan negara.

Ole kerana kejahilannya maka bolehlah beliau buat kenyataan sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti terhadap keluarga mangsa keganasan komunis.

Golongan yang mempertahankan 'New Village' tidak pula mengambil sikap yang sama terhadap filem patriotik Tanda Putera yang diterbitkan oleh sorang pengarah Melayu.

Antara orang yang pertama yang lantang membantah penayangan tanda Putera ialah pemimpin Dap yang takut rahsia pembabitan mereka dalam tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di bongkar oleh filem tersebut.

Filem itu terpaksa dibatalkan tayangannya beberapa kali kerana kerajaan tertekan oleh kritikan pembangkang dan dipaksa melalui proses penyuntingan yang lebih ketat.

Filem yang memaparkan pensejarahan peristiwa yang tidak boleh dipertikaikan dipaksa untuk dilambat-lambatkan tayangannya tetapi filem yang mengagungkan fahaman komunis mahu ditengahkan.

Berbeza dengan Tanda Putera, filem 'New Village' mengintepretasi zaman darurat dari kacamata komunis iaitu musuh utama negara.

Dalam keadaan sikap rasis dan perkauman yang semakin menebal akibat hasutan pembangkang, adakah negara bersedia untuk menambah kepada suasana rapuh kini dengan menimbulkan satu lagi isu kontroversi?

Generasi Cina yang kebanyakannya mempunyai warisan pembabitan komunis di dalam keluarga mereka kini berjuang untuk membersihkan mana datuk moyang mereka supaya mereka pula diangkat sebagai hero dan pejuang kemerdekaan! Melalui filem ini mereka cuba memesongkan fakta sejarah dengan memberikan tumpuan kepada kesengsaraan yang pihak komunis terpaksa lalui ketika melawan pihak penjajah.

Filem ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu helah untuk menanam kebencian terhadap orang Melayu kerana berpihak kepada pihak British menentang komunis.  PKM menentang penjajah Inggeris bukan dengan tujuan untuk memerdekakan Malaya ketika itu tetapi untuk menubuhkan sebuah negara komunis yang didominasi oleh kaum Cina. menjajahnya. 

Sudah tentu jika ini berlaku berakhirlah institusi raja-raja Melayu dan bangsa Melayu akan dihapuskan dari tanah air mereka.

Hemm...Elok jika ISA diwujudkan semula dan jadikan Kamunting sebagai kampung baru puak-puak yang mendukung komunis ini!   

03 August 2013

Puak DAP tak boleh tahan dengan tema Hari Kemerdekaan ke-56

Aku yakin dan percaya puak-puak Cinabeng DAPig tidak senang duduk dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 negara tahun ini. Masakan tidak! Ketika puak-puak Cinabeng sedang menjulang perjuangan komunis sehingga sanggup memfilemkannya menerusi The New Villages,  alih-alih kerajaan buat tema sambutan kemerdekaan seperti ini.

Dan sudah pasti puak-puak Cinabeng DAP akan mempolitikkan tema Hari Kemerdekaan kali ini kerana ia benar-benar menikam sanubari puak-puak ini yang bukan sahaja mengangkat perjuangan komunis malahan turut menjadi tali barut pencerobohan pengganas Kiram di Lahat Datu.

Tak boleh... tak boleh tahan! Puak-puak Cinabeng sudah pasti akan sakit hati dengan tema seperti ini. Nanti adalah pemimpin Cinabeng yang kata tema ini bersifat rasis, memperkecilkan peranan komunis dan Cinabeng dan ada pula anak Cinabeng yang sanggup buat video klip menghentam tema Hari Kemerdekaan dan memaki hakum pemimpin kerajaan. Kat dalam Facebook jangan ceritalah...

Inilah perangai puak-puak Cinabeng yang semakin naik tocang selepas tiada lagi ISA dan EO yang dihapuskan kerajaan BN selepas mengikut telunjuk Cinabeng semata-mata mahu menjaga hati mereka. Yang akhirnya dibuktikan pada PRU-13 lalu bahawa puak-puak Cinabeng memang tidak boleh dipercayai... Penipu besar!

Mengikut kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak yang bertanggungjawab mengatur program sambutan kemerdekaan kali ini,  tema kali ini lebih bersifat  perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik  dan kesatuan negara bangsa.

Ia  bagi  memberikan peringatan kepada rakyat akan  kepentingan bersatu mempertahankan negara  di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang  dan cintakan negara.

Itu kata kerajaan BN yang cintakan kedamaian dan keamanan negara tapi bagi puak-puak Cinabeng DAP dan pemimpin Melayu dalam PKR, mereka tidak senang melihat negara aman dan damai. Mereka mahukan huru-hara macam di Mesir dan Syria. Mereka mahu lihat rakyat marahkan kerajaan sehingga sanggup turun ke jalan raya dan menggulingkan kerajaan yang sudah dipilih rakyat. Inilah kehendak mereka.

Jadi tema Kemerdekaan kali ini jelas-jelas bertentangan dengan kehendak mereka. Sudah tentulah mereka menentangnya dan akan mempolitikkannya. Untuk apa? Supaya rakyat marahkan kerajaan. Supaya puak-puak Cinabeng merasakan mereka ditindas, supaya puak-puak Tamil merasakan kaum mereka dipinggir. Itulah mereka mahukan.

"Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep  sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus  kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik,  kedaulatan dan keselamatan negara. Insiden  pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi  iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama  dalam bidang ketenteraan." 

Itu kata kerajaan BN. Tapi bagi puak-puak pembangkang mereka tak mahu wujud perpaduan perpaduan ni. Kalau boleh seluruh rakyat berpecah-belah, bergaduh sesama sendiri dan kalau boleh biar wujud pergaduhan antara kaum. Itu jam barulah Cinabeng-cinabeng DAP boleh menguasai pemerintahan negara.

Itu mereka mahu. Sebab itu mereka seronok bila ada Melayu tolol macam Anwar yang duk pecah belahkan Melayu dengan pelbagai penipuan dan hasutan sehingga rakyat percaya. Malahan mereka juga senyum lebar apabila Nik Aziz duk menolak perpaduan antara UMNO dan Pas. Sebab bagi mereka berpecah belah lagi untung untuk mereka maa... Ingat konsep "pecah dan perintah"? Itu macam laa...

Kesimpulannya bagi aku mudah saja... Cinabeng tetap Cinabeng. Buatlah apa sahaja....

01 August 2013

GEMPAR! Pelakon Hollywood kena serang di Johor Bahru....!!!

Pelakon terkenal Hollywood, Dolph Lundgren yang sering melakonkan watak hero tahan lasak setanding Rambo telah diserang oleh sekumpulan orang jahat ketika beliau berada di Johor Bahru baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau yang tiba di bandar raya itu untuk mencari anak gadis seorang kenamaan yang terperangkap di Johor Bahru. Dalam usahanya menyelamatkan gadis berkenaan Lundgren telah diserang oleh zombie yang memenuhi bandar raya JB!

Huh...! Sabau... sabau... Sebetulnya itu ada sedikit jalan cerita filem Battle of The Damned yang dilakonkan oleh Lundgren dengan sesi penggambaran dilakukan sepenuhnya di Johor Bahru.

Mengikut jalan ceritanya, penduduk di sebuah negara di Asia Tenggara telah bertukar menjadi zombie kerana pencemaran bahan kimia. Beberapa orang masih terselamat termasuk gadis yang aku maksudkan tadi. Ludgren berusaha untuk mengeluarkan mereka dari negara terbabit dan pada masa yang sama cuba menghapuskan zombie-zombie berkenaan.

Haha... Aku rasa filem ini belum ditayangkan di panggung tempatan. Tapi aku dah tengok di Internet. Ceritanya nampak macam mengarut sikitlah. Tapi sebab lokasi pengambarannya di Malaysia, maka aku layan sajalah.

Pada mulanya aku tak tahupun ia dibuat di Johor Bahru. Aku sangka di KL atau Lembah Klang. Sebab mereka menggunakan shot-shot dekat. Jadi tak nampak keseluruhannya.  Tapi diakhir cerita dimaklumkan lokasi pengambaran dibuat di JB. Malahan produksi Hollywood ini juga banyak menggunakan tenaga krew tempatan.

Tahniah!

Ini thriller filem Battle of The Damned: